SIAPA yang tidak gembira apabila menerima kejutan sempena sambutan hari ulang tahun. Namun, wajah ceria seorang ibu bertukar sayu sebaik membuka bungkusan yang mengandungi sebuah bingkai gambar. Menerusi satu video, wanita itu dengan sebak mengucup gambar yang menggabungkan beberapa foto ahli keluarganya. ARTIKEL BERKAITAN: Sayu saat punca mak sakit kaki terbongkar! Anak bergegas ke tempat kerja hantar 'hadiah tak mahal', sayangnya tak boleh nak peluk cium ARTIKEL BERKAITAN: Ibu menangis, anak kerja di warung, belajar setakat SPM hantar kejutan bunga duit selepas gigih menabung 2 tahun - "Ini yang saya mampu bagi mak" Salah seorang anaknya, Faridah Asmuni menjelaskan bahawa ia merupakan rakaman sempena hari ulang tahun ibunya, Habsah Suri ke-85 pada 19 Oktober lalu. Lebih mesra disapa Fida, katanya, dia sendiri tidak menyangka seorang kakaknya akan membuat kejutan hadiah dalam majlis yang turut dihadiri adik-beradik, sebahagian cucu dan cicit. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya sendiri tak tahu kakak buat kejutan. Kakak bingkaikan gabungan gambar semua ahli keluarga adik-beradik termasuk gambar arwah bapa di bahagian tengah. "Sebab itulah mak yang gembira selepas potong kek dan buka hadiah-hadiah lain, tiba-tiba sedih. Mak terkenangkan arwah bapa," katanya kepada mStar. Hadiah bingkai gambar yang menggabungkan foto kesemua ahli keluarga. Wanita berusia 45 tahun itu memberitahu, ibunya bergelar ibu tunggal selama 16 tahun selepas pemergian bapanya akibat sakit dada pada 2005. "Bila mak tengok gambar arwah bapa, mak teringat orang yang paling dia sayang. Sebelum ni mak pernah cakap, bapa meninggal dunia secara tiba-tiba. "Sebab arwah sakit dada pun secara tiba-tiba. Mak paling teringat arwah selalu beritahu sayang kat mak sebelum meninggal," ujarnya yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Kenangan... ibu (kiri) bersama arwah bapa. Menurut anak bongsu daripada 13 beradik itu, ibunya yang mempunyai 12 menantu, 45 cucu dan dan 22 cicit masih bertenaga jika dibandingkan dengan warga emas seusia dengannya. "Alhamdulillah, mak sihat. Umurnya 85 tahun, mak masih boleh buat aktivti kampung dan berjalan ke kebun dekat rumah, dan menyapu di halaman serta tengok ternakan ayam. "Mak kahwin muda pada usia 15 tahun. Dulu zaman mudanya selalu mengamalkan jamu, dan sekarang minum kopi O. Air kopi O mak buat memang sedap, kaw kaw!" tambahnya. Fida (baris kedua, dua dari kanan) bersama ibu (duduk, tengah) dan sebahagian adik-beradik. Fida berkata, ibunya yang dikenali sebagai Mak Besah atau Wak di Kampung Batu Puteh di Batu Pahat merupakan seorang yang begitu periang dan peramah. "Mak ni kalau first time jumpa orang pun dia peramah. Sampaikan kawan-kawan adik-beradik dan jiran-jiran di kampung jadikan dia mak angkat, layan macam mak sendiri. Mak amat merindui arwah bapa dan ingatannya terhadap orang tersayang cukup kuat walaupun di usianya 85 tahun FARIDAH ASMUNI "Dengan anak-anak pun mak sangat mengambil berat. Kalau anak-anak sibuk dengan komitmen masing-masing, mak yang rajin telefon anak-anak. "Dari dulu mak memang berdikari, macam-macam kerja dia buat. Menoreh getah, petik kopi, salai kelapa dan menjahit, semua mak boleh buat," ujarnya. Sebahagian anak, menantu, cucu dan cicit berkumpul bersama. Fida yang merupakan perancang hayat AIA berkata, keperibadian ibunya yang begitu ramah itu membuatkan dirinya amat disenangi ramai. "Alhamdulillah, cucu dan cicit pun seronok dengan mak... mak seorang selalu senyum. Jadi kejutan yang buat mak tiba-tiba berubah jadi sayu buat kami adik-beradik sebak. "Kami tahu mak amat merindui arwah bapa dan ingatannya terhadap orang tersayang cukup kuat walaupun di usianya 85 tahun," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI