suria

Tak ternilai 12 tahun bersama BFF... Pemuda plan kejutan, siap belajar gubah duit tapi semuanya selepas berlakon lupa tarikh lahir, agak-agak menjadi tak?

Faris membuat kejutan untuk sahabat baiknya, Rafhanah.

KAWAN senang dicari, tetapi sahabat sejati ibarat satu dalam 1,000.

Bertuahnya diri jika dikurniakan seorang sahabat yang sentiasa ada ketika di waktu susah dan juga senang, sebagaimana pemuda ini.

Demi menghargai sahabat karibnya, pemuda bernama Muhammad Faris Sulaiman ini membuat kejutan dengan menghadiahkan jambangan wang serta kek cawan yang dibuatnya sendiri kepada insan yang sentiasa berada di belakangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah ada kerja tetap tapi pemuda ini nak juga niaga Char Kuey Teow, akui hampir putus asa - “Niaga tepi jalan boleh jamin masa depan ke”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terhibur tengok gelagat lelaki ini tidur sambil dibawa arus banjir, tapi hakikatnya dia sedang kecewa! - “Tak boleh buat apa, layan sajalah”

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda yang senang disapa sebagai Faris ini berkata dia dan sahabat baiknya, Rafhanah Ramlan, 25, sudah bersahabat selama 12 tahun iaitu ketika masing-masing menuntut di sekolah menengah.

"Selain bekerja sebagai pelukis pelan di sebuah firma arkitek sebelah siang, saya mula berjinak-jinak berniaga makanan pada sebelah malam. Mula-mula saya jual donat bombolini kira-kira dua tahun lepas.

"Hana pun ikut sekali jual bombolini. Kadang-kadang kalau saya sedikit sibuk, dia tolong handle. Bisnes jual bombolini banyak cabaran. Kalau tak laku, dia ikut saya sekali pergi jual dekat fun fair, pasar karat sebab nak habiskan bombolini. Langsung dia tak merungut.

"Kemudian lepas berhenti jual bombolini, saya meniaga char kuey teow di Taman Teratai, Johor Bahru pada waktu malam sampai sekarang. Selain ada dua pekerja, Hana pun selalu datang tolong dan lepak di gerai saya.

bff 3

Faris membuat gubahan jambangan duit dan kek cawan untuk sahabat baiknya, Rafhanah.

"Dia tak penat untuk tolong saya, ringan tulang. Dia faham situasi saya yang kadang-kadang tak ada sale atau tak balik modal. Maknanya setiap jatuh bangun saya, dia ada. Sebab itu saya rasa nak buat kejutan sempena hari jadinya baru-baru ini sebagai menghargai persahabatan kami," kata pemuda berusia 25 tahun ini.

Menurut Faris, hari jadi Rafhanah jatuh pada tanggal 30 Oktober namun dia sengaja melakukan kejutan tersebut tiga hari lalu.

"Saya tak beri ucapan pun, buat-buat lupa masa tarikh 30 Oktober tu. Saya perasan juga dia macam tunjukkan perubahan seperti acuh tak acuh balas mesej. Tapi saya buat-buat tak tahu.

bff 2

Persahabatan terjalin sejak di bangku sekolah menengah.

"Sebenarnya saya sedang buat persiapan untuk kejutan kepadanya. Saya belajar buat jambangan duit tu dari TikTok. Itulah percubaan pertama. Kemudian saya bakar sendiri kek cawan. Saya ikut arahan dekat kotak kek tu saja. Mujur menjadi.

"Masa buat kejutan, saya kebetulan ke rumahnya untuk hantar barang yang dikirim daripada kawan kami untuknya. Bila dapat kejutan tu, dia memang teruja dan sebak," ujarnya yang menetap di Taman Pulai Perdana, Johor Bahru.

Maknanya setiap jatuh bangun saya, dia ada. Sebab itu saya rasa nak buat kejutan sempena hari jadinya.

MUHAMMAD FARIS SULAIMAN

Tidak menyangka perkongsiannya di TikTok meraih sehingga melebihi sejuta jumlah tontonan, Faris berkata dia terharu dengan komen-komen positif netizen yang mendoakan persahabatan mereka.

bff 1

Gambar kenangan ketika bersama rakan sekelas.

"Ramai yang komen, jagalah sebaik-baiknya kalau dapat sahabat macam ni baik. Kawan ni lain, sahabat ni lain... sentiasa ada ketika susah senang kita.

"Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang doakan baik-baik. Saya sendiri berdoa moga persahabatan kami kekal hingga ke jannah," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain