KEHADIRAN tujuh ekor kucing di rumah menjadi pelengkap kepada kehidupan wanita ini. Lebih meriah, dia turut menjaga tujuh lagi kucing yang diletakkan di pejabatnya. Menurut Adibah Affendy, 25, dia sebelum ini takut dengan kucing, namun perasaan itu mula berubah sejak beberapa tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Amboi! Kucing garang bertukar manja hanya selepas dipanggil ‘sayang’ - “Suami saya hadiahkan, tapi dia pun takut Ciko” ARTIKEL BERKAITAN: Apa saja demi haiwan! Dua gadis bergegas pergi kerja sanggup patah balik alih kucing mati, bangkai anjing pun pernah alihkan - “Kalau geli sekali pun, masih boleh tolong” "Sejujurnya saya sangat takut dengan kucing. Sejak tahun 2018, saya perlahan-lahan cuba untuk buang rasa takut sebab ada kucing bos kat pejabat. Akhirnya saya jadi pencinta kucing. "Jadi sekarang saya ada tujuh ekor kucing di rumah. Kemudian, di pejabat pun ada tujuh ekor lagi kucing. Asalnya cuma ada seekor kucing di pejabat, kemudian ia beranak. Bos pun OK, jadi kami letakkan di pejabat. Sangkar pun ada. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kesemua kucing di rumah dan di pejabat merupakan kucing jalanan yang kami rawat dan jaga," ujarnya yang mesra disapa Diba. Menurut wanita yang bekerja dalam bidang pemasaran itu, dia juga aktif memberi makanan kepada kucing-kucing jalanan biarpun sibuk dengan komitmen kerja dan peribadi. Diba turut berkongsi video mengenai kucingnya di media sosial. Jelasnya lagi, dia juga tidak kisah berhabis wang kerana percaya kepada konsep rezeki yang sudah tertulis untuk dirinya. "Selain kucing di rumah dan pejabat, setiap hari saya akan bagi makan kepada kucing-kucing luar. Memang banyak kita guna wang untuk kucing, tapi Alhamdulillah rezeki mencurah-curah. Saya ada order makanan untuk Greyman di Shopee. Tapi makanan tu sampai dua hari selepas Greyman mati. DIBA "Kucing ni macam terapi sebenarnya. Bila kita dah sibuk hadap kerja seharian, bila dapat tengok kucing, terus rasa tenang. Mereka menghiburkan kita. "Kucing-kucing ni saya dah anggap macam anak sendiri. Saya pun bahasakan mak saya sebagai nenek untuk kucing-kucing saya," ujarnya yang menetap di Skudai, Johor. Dalam pada itu, Diba turut berkongsi kisah salah seekor kucing miliknya yang mati pada Julai lalu. Antara kucing peliharaan Diba. Imbas Diba, kucing yang digelar Greyman itu sangat istimewa dan memberikan impak besar biarpun hanya sekejap berada dalam jagaannya. "Greyman ni asalnya kucing jalanan. Sebenarnya sejak Oktober tahun 2020 Greyman dah datang ke kawasan rumah saya. Jadi setiap hari saya bagi makan. "Pada April 2021, tiga hari ia menghilang. Saya ingatkan dah mati. Tiba-tiba jumpa Greyman dalam keadaan teruk. Saya bawa ke klinik dan rawat Greyman, selepas itu saya pun dah sayang dan jaga Greyman dalam rumah saya. Video mengenai kematian Greyman raih perhatian ramai di TikTok. "Tapi pada Julai lalu, Greyman mati disebabkan tiga virus serta masalah buah pinggang. Saya terasa sangat bila Greyman dah tak ada. "Lebih sedih, saya ada order makanan untuk Greyman di Shopee. Tapi makanan tu sampai tiga hari selepas Greyman mati. Ingatkan sempat," ujarnya sebak. Greyman mati pada Julai lalu. Selain kerjaya hakiki, Diba turut menjalankan perniagaan makanan seperti kek batik, cheesekut dan takoyaki. Di TikTok, Diba juga banyak berkongsi video berkaitan kucing-kucing miliknya yang meraih ratusan ribu tontonan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI