BERMULA dengan sebuah gitar yang dihadiahkan oleh ibu saudaranya, jejaka ini mempelajari instrumen itu dengan menonton tutorial di YouTube sahaja. Kebetulan pula, Mohd Irsyad Marhan, 23, sememangnya mempunyai bakat suara, sekaligus petikan gitar itu dapat mengiringi nyanyiannya yang menjadi hobi sejak dulu sehingga kini. Mengimbas kisah dirinya, pelajar dari Sabah yang mesra disapa Irsyad itu mendedahkan bakatnya mula menjadi perhatian rakan-rakan dan tenaga pengajar ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Vokasional Tawau, beberapa tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu sangat special” - Bob bikin kejutan lagi... video cover lagu dikongsi Melly Goeslaw, jejaka Sarawak rasa nak menjerit macam tarzan! ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu! "Saya memang suka menyanyi sejak kecil lagi. Tapi saya pun tak sedar yang saya boleh menyanyi sebenarnya. Kawan-kawan dan cikgu di kolej vokasional yang detect bakat nyanyian saya. "Ketika itu ada pertandingan nyanyian antara kolej vokasional. Kawan maklumkan pada cikgu sebelum saya dipaksa menyanyi. Cikgu minta saya audition. "Akhirnya saya masuk pertandingan tersebut, tapi tak menang pun. Tapi itulah kali pertama saya masuk pertandingan besar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Gitar pula saya belajar dalam tiga tahun lepas. Makcik yang bagi hadiah, jadi saya belajar sendiri dengan tutorial di YouTube. "Pada masa sama, saya juga ada tanya kawan-kawan yang pandai main gitar. Dari situ saya belajar dan asah skill gitar. Saya tak pernah ikuti mana-mana kelas muzik," ujarnya kepada mStar. Baru-baru ini, video memaparkan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh, Johor itu, sedang menyanyi lagu Saat Kau Pergi dendangan asal Vagetoz turut meraih perhatian ramai. Selain menyanyi, Irsyad juga boleh bermain gitar. Kata Irsyad, dia tidak sedar aksinya yang sedang menyanyi sambil memetik gitar di dalam tandas kolej kediamannya di UTHM telah dirakam oleh salah seorang rakannya. Malah, rakannya turut berkongsi video itu ke aplikasi TikTok sehingga ia meraih lebih 200,000 tontonan. "Yang rekod video tu kawan satu jurusan. Saya memang selalu bawa gitar masuk tandas dan menyanyi depan cermin. Kepada yang komen negatif, saya terima seadanya dan tak simpan dalam hati pun. IRSYAD "Gema dalam tandas memang sedap. Video itu dirakam di kolej kediaman kami.Tapi pada hari tu, saya masuk dan duduk dalam tandas. Pintu pun tertutup. Saya tak sedar kawan rakam video. "Kemudian dia post di TikTok. Tiba-tiba dah viral. Saya pun tak sangka," ujar pelajar bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerja itu. Menurut Irsyad, dia bersyukur apabila ramai netizen memuji mutu suaranya dan meminta lebih banyak video nyanyian dihasilkan pada masa akan datang. Malah kata Irysad, dia juga menerima dengan hati terbuka segala komen yang menegur aksinya menyanyi di dalam tandas tersebut. Irsyad tak sangka video nyanyiannya tular di TikTok. "Nak tak nak, memang akan ada komen negatif. Ada juga yang tegur, dia kata tak elok menyanyi dalam tandas. Saya pun sedar ia tak elok, tapi kadang-kadang sekadar nak hilangkan stres. "Ketika video itu dirakam, saya hanya menyanyi sambil main gitar, bukannya sedang buang air atau sebagainya. "Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada yang beri sokongan. Terima kasih sebab sudi dengar video nyanyian saya. InsyaAllah saya akan penuhi permintaan untuk nyanyi lagu lain pula. "Kepada yang komen negatif, saya terima seadanya dan tak simpan dalam hati pun. Saya juga tak menolak rezeki seandainya ada peluang dalam bidang nyanyian suatu hari nanti," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI