PEMBUKAAN Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura pada penghujung bulan lepas ternyata memberi sinar buat insan yang terpisah antara sempadan dua negara. Tidak terkecuali tentunya pasangan Jou Jasmine Muhammad Johari Jou, 26, yang lebih setahun tidak bersua dengan suaminya, Mohd Azriq Salarum, 29, gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda. Menurut wanita yang senang disapa Jasmin itu, suaminya bekerja sebagai juruteknik di Singapura dan kali terakhir pulang ke tanah air pada Ogos tahun lepas. ARTIKEL BERKAITAN: Birthday anak, tapi bapa dapat hadiah! Suri rumah tak sangka mampu hadiahkan kereta Honda walau tak sampai setahun jual ubat kurus ARTIKEL BERKAITAN: Dah boleh rentas negeri, anak pulang bawa kejutan hadiah untuk ‘seisi keluarga’ dalam kotak KFC... ayah sebak! - “Dua bulan saya simpan duit” Namun, dia pada Sabtu lalu dikejutkan dengan kepulangan suaminya, sekaligus mengakhiri kerinduan yang terbuku sejak sekian lama. Ketika dihubungi mStar, Jasmin sempat bercerita mengenai kisah perkenalan dia dan suami serta dugaan yang dilalui sepanjang menjadi pasangan jarak jauh (PJJ). View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kami sebenarnya kawan sekampung. Saya kenal suami ketika masih berusia 15 tahun. Kiranya lepas 10 tahun kenal, kami mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2020. "Syukur tak jadi pengantin Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada waktu itu, kami masih sempat buat majlis dalam suasana meriah macam dulu-dulu. Pasangan sama cantik sama padan ini disatukan pada Februari lalu, sebulan sebelum PKP dilaksanakan. "Suami pula memang dah kerja di Singapura sejak tahun 2018. Selepas kahwin, dia balik ke sana untuk bekerja. Kemudian PKP diumumkan pada Mac. Saya tak jumpa dia sehinggalah Ogos tahun lepas. "Selepas itu, dia pergi bekerja lagi ke Singapura sehinggalah pulang membuat kejutan secara tiba-tiba pada hari Sabtu lepas," ujarnya kepada mStar. Pernah sekali paip sinki rosak. Saya baiki sendiri berpandukan tutorial YouTube. JASMIN Menurut Jasmin, suaminya pulang pada petang Sabtu menaiki sebuah bas sebelum dijemput oleh kakak iparnya. Sehari selepas kepulangan itu, mereka berdua turut membuat kejutan untuk ibu suaminya, Zainab Kasmin, 70, yang menetap di Kota Tinggi, Johor. "Pada petang Sabtu, suami balik ke sini secara mengejut. Tiba-tiba balik rumah bawa bunga. Esoknya, kami buat kejutan untuk ibunya pula. Jasmin akui banyak cabaran dilalui sepanang berjauhan dengan suami. "Sepanjang pandemik, saya sering melawat ibu mentua sendirian. Jadi, kali ini pun saya kata nak balik seorang saja. Bila nampak suami, terus ibu mentua saya gembira. "Dalam gembira itu, rasa sebak pun ada sebab dah lama mereka terpisah. Kadang-kadang bila saya dan ibu mentua berbual, mesti dia tanya mengenai suami. Kesian sebab lama dia tak jumpa anak sendiri," ujarnya. Tambah Jasmin, dia sekeluarga mahu menghabiskan masa bersama sebaik mungkin sebelum suaminya pulang ke seberang tambak pada Januari ini. Jasmin turut berkongsi video kejutan itu sehingga ia meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok. Jasmin juga merupakan seorang peniaga kuih bulan. Bercerita mengenai pengalaman sepanjang menjadi pasangan PJJ, Jasmin akui dia banyak melakukan perkara yang tak pernah terlintas dek akal selama ini. "Semua benda kena buat sendirian. Uruskan rumah pun seorang diri saja. Orang nampak kita cool, tapi malam-malam kita menangis orang tak nampak. "Pernah sekali paip sinki rosak. Saya baiki sendiri berpandukan tutorial YouTube. Tak sangka menjadi, tapi mungkin tak secantik hasil kerja lelaki. Itu kali pertama saya baiki paip," ujarnya berseloroh. Selain bekerja sebagai ejen takaful, Jasmin turut berniaga mooncake (kuih bulan) secara dalam talian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!