DIA terpaksa merana selama bertahun-tahun lamanya, semuanya gara-gara masalah kulit yang dihadapi. Selain terpaksa menahan rasa gatal dan sakit yang tidak terperi, dia juga terpaksa berdepan dengan sikap masyarakat yang menyisihkan dirinya kerana merasakan bahawa penyakit kulit yang dialaminya itu boleh berjangkit. "Ada customer tegur, kenapa tangan tu berkurap, sejak tu saya selalu sorok tangan dalam baju bila depan orang," kongsi Nur Farhanah Meor Idris, 23 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sado tak hirau tanggapan ‘lelaki takut nak dekat’, angkat apa saja kalau tak pergi gym... tong gas pun boleh! ARTIKEL BERKAITAN: Pembuat kek kongsi detik sedih... harapkan pelanggan bayar penuh nak guna duit beli susu anak, tapi sesuatu berlaku sampaikan terpaksa jual separuh harga Mesra disapa Hana, gadis yang bekerja sebagai pembantu kedai itu berkata, dia sebenarnya disahkan mengalami masalah ekzema sejak berusia 15 tahun. Jelasnya, bukan hanya tangan, bintik-bitik merah itu turut merebak ke anggota badannya yang lain. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebenarnya bintik-bintik tu satu badan kecuali muka, mula-mula sikit tapi lama-lama merebak satu badan naik biji-biji yang ada air bisa. "Kulit pun jadi merah-merah lepas tu rasa pedih macam terbakar," katanya. Hana mengidap ekzema sejak berusia 15 tahun. Waktu malam, katanya, adalah tempoh yang agak menyeksakan bagi dirinya. "Waktu malam selalu susah tidur sebab satu badan gatal sangat-sangat dan bila bangun boleh nampak luka dengan nanah sebab saya tak sedar masa tidur saya garu. "Jadinya setiap malam saya terpaksa balut tangan pakai bandage untuk elakkan daripada tergaru tanpa sedar," katanya. Hana perlu balut tangannya pada waktu malam. Masalah kulit yang dialaminya turut menyebabkan dia dipandang hina oleh sesetengah golongan masyarakat. "Pandang semacam tu memang dah biasa, ye la siapa yang tak geli tengok kulit macam ni. "Ayat biasa dengar "macam mana la bakal mak mentua nak sarung cincin nanti?"," katanya yang masih bujang. Ada yang geli dan takut dengan orang yang sakit ekzema, mereka takut berjangkit. Sebenarnya penyakit ni tak berjangkit. NUR FARHANAH MEOR IDRIS Sedih dengan nasib pesakit yang sama seperti dirinya, dia berharap lebih banyak pihak akan tampul untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit ekzema. "Ada yang geli dan takut dengan orang yang sakit ekzema, mereka takut berjangkit. Sebenarnya penyakit ni tak berjangkit. "Saya harap sangat ada yang boleh beri lebih banyak kesedaran kepada masyarakat mengenai ekzema ini," katanya. Berkongsi tips yang diamalkan dirinya sehingga tangannya kini kembali bersih, Hana berkata, selain berhati-hati dalam menggunakan produk pembersih dia juga memilih makanan yang bersesuaian untuk mengelakkan breakout. "Saya tukar sabun mandi, lotion pun sama sebab produk bayi lebih lembut pada kulit. "Saya rajinkan diri makan sayur, salad hari-hari dan selalu makan yogurt sebab masalah kulit berpunca dari usus yang tak sihat, saya juga pantang benda-benda gatal macam seafood, belacan dan kacang, tapi sementara je, bila dah sembuh, makan balik tak gatal dah. "Selain tu saya kurangkan gula dan gluten sebab dua benda ni pencetus keradangan kulit, rajin pakai lotion, saya sediakan lotion khas untuk pakai di tempat kerja dan rumah, agak-agak kulit mula kering, terus sapu, setiap 20 minit juga la saya sapu sampai dah jadi habit," katanya. Hana juga akan merendam tangannya dalam air garam setiap hari sebelum tidur serta lap badannya yang juga dinaiki bintik-bintik sambil berselawat dan berdoa untuk meminta kesembuhan. "Setiap malam juga saya wajib pakai vaseline sebelum tidur untuk elak kulit kering waktu malam. "Kemudian saya juga guna cuka epal, bagus sangat untuk ekzema, saya letak siap-siap dalam botol spray, bila gatal terus saya spray pada kulit, ini memang saranan doktor pun," ujarnya. Anak kedua dari lima beradik ini berkata, dia merupakan satu-satunya individu dalam keluarganya yang mengalami masalah kulit ini. Keadaan tangan Hana kini. Jelasnya, dai kini sudah hampir pulih dan yang tinggal hanyalah parut. "Setakat ni tak ada ruam dah, tinggal nak hilangkan kesan-kesan parut je. "Kalau makan seafood pun kulit tak ada breakout dah, kalau sebelum ni salah makan sikit memang terus naik bintik-bintik merah dalam masa 30 minit," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!