TAK semua orang yang pandai menilai apatah lagi menghargai karya seni yang dihasilkan orang lain dengan penat lelah. Justeru sikap ini membuatkan mereka kadang kala tanpa rasa bersalah cuba untuk tawar menawar harga barangan kraf yang dihasilkan penjual tanpa mengambil kira tenaga yang digunakan bagi menyiapkan kerja tangan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis akur perlu tinggalkan kampus, 2 kali tangguh pengajian hanya kerana satu ‘benjolan tak sakit’ - “Kanser bukan tiket mati’’ ARTIKEL BERKAITAN: Sempoi 3 beranak kerja guard... pelajar UiTM “nak rasa apa yang abah rasa”, dah ‘kebal’ kena maki tapi kalau bapa tegur terus emo! Terkesan dengan sikap sesetengah masyarakat, seorang pereka model kereta kertas tampil baru-baru ini meluahkan perasaannya di media sosial. "Sedih la seni ni kadang orang tak pandang, menghina adalah buat kereta pakai kertas," kongsi seorang pereka terbabit, Shahrizal Shamsudin, 26. Bercakap kepada mStar, Shahrizal, yang mesra disapa Shah berkata, ada di antara pelanggan yang pernah minta harga RM50 untuk model kereta yang dihasilkannya dengan alasan, produk tersebut menggunakan bahan asas yang murah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Malah ada juga yang merasakan bahawa produk tersebut tidak wajar dijual pada harga tinggi kerana ia akan rosak apabila terkena air. "Ada sesetengah customer minta murah sebab mereka nampak material hanya kertas, jadi mereka anggap mesti murah sebab kos nak beli bahan murah, tapi mereka tak nampak karya seni yang nak dihasilkan tu, kadang ambik masa sebulan, paling cepat saya boleh buat dua minggu iaitu Evo 9. "Ada jugak yang cakap material kertas kena air kejap je confirm basah tapi saya dah hasilkan paper craft ni tujuh tahun, saya simpan dalam tempat hiasan sahaja, tak ada pula nak basahkan model saya. "Berbulan nak siapkan memang jaga hasil seni saya," katanya. Antara model kereta kertas yang dihasilkan Shah. Menurut Shah, dia pernah cuba untuk menggunakan bahan lain seperti aluminium namun, ia hanya akan menyebabkan harga barangan kraf tersebut meningkat lebih tinggi. "Material macam aluminium mahal, jadi kalau saya letak harga tinggi mesti tak ada yang nak beli sebab tu saya kekalkan kertas, lebih mudah dan kos sederhana. "Alhamdullilah customer yang order dengan saya semua berpuas hati," katanya yang juga seorang Youtuber. Model kereta Shah sendiri. Menetap di Padang Serai, Kulim di Kedah, Shah bemula membuat model kereta sejak tahun 2014 lagi. "Awalnya saya hanya lukis 2D lepas tu terasa nak buat kelainan saya buat jadi 3D, dalam masa sama saya ada asas masa belajar Lukisan Kejuruteraan, campur dengan imaginasi saya untuk membayangkan sesuatu bentuk, jadi terhasillah kereta pertama saya yang berwarna hijau. "Masa tu minat saya lebih kepada kereta sport, nak beli tak mampu jadi saya hasilkan design kereta sport sendiri. "Lepas tu saya mula dapat request dari penonton untuk buat kereta JDM (Japan Domestic Market), jadi saya cuba buat kereta kereta GTR35, EVO X, 350Z dan lain-lain," katanya. Menurut Shah, dia mengambil masa sekitar tiga minggu ke sebulan untuk menghasilkan kereta-kereta ini namun kadangkala ia memakan masa sehingga dua bulan. Selain kereta Jepun, dia turut mendapat permintaan untuk menghasilkan kereta buatan Malaysia. "Saya hasilkan Perodua Alza, Saga lama, Proton Persona, Proton Wira, Wira ni yang paling orang minat," katanya. Menurut Shah, sebuat model kereta kertas dijual pada harga RM100 hingga RM200. "Skala yang saya buat adalah 1: 24 dengan 1:20 sahaja, kadangkala ada yang minta saya buat skala RC 1:10 tapi lagi besar model yang nak dihasilkan lagi lama masa yang diambil dan kos juga lebih tinggi. "Sejujurnya juga contoh macam bila orang order Proton Wira, untuk siapkan satu model dengan detail macam kereta customer, ambil masa sebulan dan saya cuma ambik harga rm180 sahaja, kira sebulan itu sahaja pendapatan saya. "Sebab tu saya sedih bila share hasil seni di Youtube tak ada sambutan, saya ni kerja sepenuh masa sebagai Youtuber," katanya. Shah juga pernah menghasilkan lori dan sebuah kereta Lamborghini pada skala sebenar. Shah sedang membina sebuah kereta Lamborghini pada skala sebenar. Menjawab persoalan mengenai tempoh masa panjang yang diambil untuk menghasilkan satu-satu produk, Shah berkata, ia berlaku kerana dia terpaksa melukis reka bentuk kereta secara manual. "Kalau kereta luar negara boleh dapat blueprint dia, tapi kereta Malaysia blueprint tak ada jadi saya kena lukis manual. Shah akan melukis reka bentuk kereta secara manual. "Part yang ambik masa adalah bila nak dapatkan bentuk sepeti kereta asal hanya dengan sehelai kertas, saya akan bentukkan dulu pandangn tepi dan atas, kebanyakannya saya akan guna imaginasi, saya akan bayangkan kereta tu kemudian saya cuba bentukkan dengan kertas. "Banyak kali jugak try, kadang tak jadi saya terpaksa doublekan kertas tu bagi tebal, belakang pun banyak kali cuba untuk dapatkan bentuk kereta dahulu," terangnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI