suria

Ingatkan tahi keras, rupa-rupanya budak pra sekolah tanggung sakit sengkenit 'berumah' dalam telinga... jururawat geram, siap penyet

Sengkenit "berumah" dalam telinga Norlydhiaraniatu.

SERAM.

Itu perkataan paling sesuai digunakan untuk menggambarkan keadaan telinga seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang menjadi tempat tinggal sementara seekor sengkenit.

"Allahuakbar sampai pucat adik ni menahan sakit," komen seorang warga net.

ARTIKEL BERKAITAN: Susah-susah siapkan ‘kek hidup’, pemuda selamba kunyah kepala burung - “Ada yang tak berkenan, tak lalu nak telan”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama minta suami carikan seorang madu sebagai peneman, reda akhirnya dapat 3 orang - “Wife kedua BFF saya”

Bercakap kepada mStar, ibu kanak-kanak malang itu, Asma Husna M. Mokhtar, 37 berkata, anaknya, Asma Norlydhiaraniatu Jannaa Mohd Darmizi yang mesra dipanggil Baby, mengadu sakit pada bahagian telinga apabila bangun tidur.

Jelasnya, dia pada mulanya menyangkakan kesakitan itu berpunca dari tahi telinga anaknya yang sudah mengeras.

"Bangun tidur tiba-tiba dia cakap "telinga Baby sakit la", akak tengah mamai lagi cakap dekat dia "mesti sebab Baby tak korek telinga" sebab akak ingatkan sakit sebab tahi telinga keras.

"Lepas tu dia minta sarapan, lepas makan dia main handphone tak nampak macam sakit, akak pun lupa nak tengok telinga dia sebab masa beritahu sakit tu tengah mamai-mamai lagi.

"Dalam pukul 11 pagi akak keluar nak hantar barang dengan kakak, baru je naik kereta anak sulung WhatsApp gambar telinga adiknya, akak terkejut terus suruh kakak patah balik ke rumah semula," katanya yang menjalankan perniagaan dalam talian.



Asma Husna bersama anak-anaknya.

Menetap di Bachok, Kelantan, ibu kepada empat cahaya mata ini kemudiannya membawa anak bongsunya itu ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan.

"Masa doktor nak cabut tu dia menangis sakit, tapi nasib baik kutu tak masuk dalam telinga, tapi sampai demam juga la.

"Doktor pun macam terkejut masa tengok sebab kutu tu dah besar, siap periksa dalam telinga juga sebab takut ada, sebab ada patient sebelum ni kanak-kanak juga ada banyak ekor, tapi Baby Alhamdullilah tak ada.

"Doktor tunjuk pada akak sengkenit tu tapi nurse dah penyek sebab geram," katanya, menambah anaknya masih ada rasa sakit pada telinganya.

Wanita ini juga mengesyaki anaknya dijangkiti sengkenit daripada kucing peliharaan mereka.

"Anak memang suka sangat main kucing, tapi kucing lama dia mati jadi baru-baru ni mak sepupu kesian pada anak-anak jadi dia bagi dua ekor kucing tapi letak dalam sangkar luar rumah.

"Minggu lepas anak yang lelaki dua malam dia tidur dengan kucing dalam rumah, rasanya kena masa tu kot," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain