PERCUTIAN bersama rakan-rakan pastinya menyeronokkan. Namun sekumpulan rakan merasai pengalaman yang tidak disangka-sangka ketika bercuti sempena sambutan tahun baharu. Berkongsi pengalaman, Nurul Farah Husna Idrus berkata, dia bersama sembilan rakan bercuti di Pulau Pangkor, Perak, pada hujung minggu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Baru sampai Langkawi nak bercuti dah kecoh, teruja nak bergambar punya hal iPhone jatuh laut... mujur ada geng kaki selam, apa jadi selepas itu memang tak disangka ARTIKEL BERKAITAN: Hotel horror! Dah 10 malam bilik belum kemas, berlambak sisa makanan, rambut... cadar pun kena pasang sendiri - "Check out awal, caj RM1,000 tak dikembalikan" Lebih mesra disapa Farah, katanya, jumlah yang ramai menyebabkan mereka memerlukan sebuah van untuk bersiar-siar di sekitar pulau sepanjang percutian tiga hari dan dua malam itu. "Kami naik feri ke Pulau Pangkor dan setibanya di jeti, ramai orang macam ejen tanya kami nak pergi mana. Ada seorang pakcik ni katanya ada van. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Pakcik tu hantar kami menggunakan van dia, walaupun tak ada aircond tapi elok je," katanya kepada mStar. Gadis berusia 23 tahun itu berkata, mereka kemudian menghubungi semula pakcik berkenaan berikutan cuaca hujan menyukarkan pergerakan sekiranya menyewa motosikal. "Antara kami ada yang sudah berkahwin dan bawa seorang anak berusia lebih setahun. Kami fikir nak sewa van sebab lebih selesa, jadi kami call pakcik tu. "Dia kata ada satu van ada aircond dan satu tak ada aircond, dengan kadar sewa masing-masing RM200 dan RM120 sehari," ujarnya yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Farah (kiri) bersama rakan-rakan di Pulau Pangkor. Namun kata Farah, pakcik berkenaan memaklumkan semula bahawa hanya van tanpa pendingin hawa saja yang tersedia untuk digunakan. "Kami pun tempah last minute dan tak ada pilihan lain sebab banyak tempat dah habis ditempah, jadi terima sajalah tanpa tengok gambar van yang dicadangkan. "Pakcik tu hantar van kira-kira lima minit kemudian. Tengok luar van macam okay. Tapi bila masuk... ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana perasaan kami masa tu. "Sudahlah aircond tak ada, dengan tempat duduk jenis kain yang lembab dan bau kepam. Radio pun tak ada," ujar anak sulung daripada tiga beradik itu dengan nada kecewa. Farah berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika bercuti. Menurut Farah, apa yang lebih membimbangkan apabila wiper van dan tali pinggang keselamatan tidak berfungsi. "Pakcik tu bagi kain sebagai ganti wiper untuk lap cermin van bila hujan. Dia cakap pintu kat tempat duduk penumpang hadapan susah sikit nak tutup, dan kebetulan saya duduk di situ. "Sebenarnya memang susah tutup. Sepanjang perjalanan, saya pegang je pintu takut terbuka. Bila dah sampai kedai makan, tak sempat buka pintu dah terbuka sendiri," tambahnya. Sepanjang perjalanan, saya pegang je pintu takut terbuka. Bila dah sampai kedai makan, tak sempat buka pintu dah terbuka sendiri NURUL FARAH HUSNA IDRUS Walaupun van yang disewa bermasalah, kata Farah, mereka bagaimanapun tidak bercadang untuk mengadu kepada pakcik berusia 50an itu, apatah lagi meminta bayaran balik. "Nak mengadu kat pakcik tu, tapi tengok muka dia jadi kasihan. Plan nak pergi makan malam jauh sikit di Telok Nipah pun tak jadi sebab van bermasalah dengan cuaca hujan. "Sudahnya kami makan kat kedai berdekatan dengan hotel. Kawan dengan anak kecilnya duduk di bilik saja. Tak sampai separuh hari pun kami guna van tu," katanya sambil menambah mereka kemudian memutuskan untuk menghantar semula van berkenaan dan menyewa motosikal keesokan hari. Farah dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyewa motosikal selepas insiden van sewa. Menyifatkan pengalaman itu sebagai 'menyeramkan', Farah yang merupakan perunding jualan di sebuah kedai barangan sukan menegaskan dia tidak menyalahkan mana-mana pihak. "Kami pun ada silap sebab tak buat survey lebih awal dan tempah van last minute. Alhamdulillah kami selamat, cuma rasa seram nak naik van tu... satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. "Nasihat kami kalau nak sewa kenderaan di destinasi, pastikan periksa dulu termasuk baca reviu... tengok keadaan kereta macam mana kerana apa yang lebih penting adalah keselamatan kita selain keselesaan ketika bercuti," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI