suria

Meriah! Seorang masuk kolej, ‘sekampung’ pergi hantar... akhirnya hanya ditemani sehelai sweater - “Kami pesan jangan toleh’’

Kak Ti bersama ahli keluarganya yang lain menghantar Faiz ke asrama.

DRAMA air mata bukanlah satu perkara yang asing di saat kita terpaksa berpisah dan hidup berjauhan daripada keluarga kerana tuntutan belajar.

Apatah lagi apabila tiba saat dan ketikanya kita perlu melambai pulang kedua ibu bapa yang menghantar ke tempat tinggal baharu.

Namun, bagi Faiz Izzudin Abu Bakar, 20, situasinya nampak meriah kerana anak Terengganu ini bukan hanya ditemani ibu bapa, malah lapan adik beradiknya yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu lalu sampai ‘berkenan’! Ibu tangguh hasrat beli kereta baharu demi hantar anak ke sekolah antarabangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas bikin kecoh lari dari hospital, seorang daripada 2 beradik kembar setuju dikhatankan... ‘terliur’ tengok hadiah iPhone 13 adik

Video perpisahan di antara Faiz dan seluruh ahli keluarganya yang dimuat naik kakaknya, Nur Asmaawati Abu Bakar, 34, di laman sosial pada Isnin mendapat pujian daripada warga maya.

"Ramai hantar macam ni percayalah bila dia masuk bilik mesti menangis," tulis seorang warga maya.

Bercakap kepada mStar, Nur Asmaawati yang membahasakan dirinya sebagai Kak Ti berkata, video tersebut dirakam sewaktu mereka lapan beradik menghantar Faiz Izzudin untuk menyambung pengajiannya di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kemaman, Terengganu.

"Kami adik beradik ada 12 orang, enam lelaki dan enam perempuan, Faiz anak ke 10, masa hantar dia yang ikut ada lapan adik beradik, dua abang ipar dia, mak ayah dengan dua orang anak saudara.

"Kami risau juga dia menangis sebab ramai, dah la masa balik bercuti seronok... sebab tu pesan kat dia jangan toleh bila kami dah balik hantar dia," katanya.



Kak Ti sekeluarga pergi bercuti sebelum menghantar Faiz ke asrama.

Selain dihantar keluarga tersayang, Faiz turut dihadiahkan dengan sweater yang sangat diingininya.

"Sweater yang dia pakai tu milik abang ipar dia, suami kak Ti. Sebelum ni bila suami kak Ti pakai mesti dia kata lawa sweater tu, masa dekat mall ada yang jual tapi tengok tak ada saiz.

"Selepas tu suami kak Ti kata tak apa bagi je hadiah kat dia, senyum dia macam tak percaya abang ipar bagi dekat dia.

"Kak Ti tanya suami, kenapa bagi dekat dia sedangkan sweater tu dia paling sayang, dia jawab, kalau orang berkehendak akan sesuatu tunaikanlah, kita boleh buat dia gembira Allah akan balas kegembiraan pada kita semula," ceritanya.



Faiz memakai sweater yang dihadiahkan abang iparnya.

Menurut pengasas tudung jenama Pelariz ini, mereka adik beradik memang sangat rapat, malah sebahagian besar mereka sanggup untuk bekerja dengannya.

"Kami memang rapat adik beradik, apatah lagi dengan mak, memang lelaki perempuan semua memang rapat sangat dengan mak.

"Akak pun syukur sangat boleh buat perniagaan jual tudung dan dapat share rezeki dengan adik beradik.

"Sebelum ni ada yang bekerja dengan orang lain, mereka berhenti, terus kerja dengan akak," katanya yang merupakan anak sulung perempuan yang pertama.



Faiz dengan ibunya.

Kak Ti yang menetap di Marang, Terengganu berkata mereka sekeluarga memilih untuk pergi bersiar-siar di Kuantan terlebih dahulu sebelum menghantar adiknya itu ke Kemaman.

"Sebelum hantar adik kami buat short trip ke Kuantan jalan-jalan sambil bercuti, lepas bercuti kami ke kolej untuk pendaftarannya.

"Kalau jalan-jalan dan pergi makan memang kita orang biasa akan pergi sekali, shopping pun ramai-ramai.

"Memang satu kepala la katakan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain