suria

Sengkenit seronok bergayut di mata anak sampai ‘montel’, mujur petua diguna si ibu menjadi... tapi akhirnya ke klinik juga!

Sengkenit di mata Aqil akhirnya luruh sendiri namun kesan gigitannya membuatkan mata kanak-kanak ini berdarah.

JIKA sebelum ini tular di media sosial kisah seorang kanak-kanak perempuan yang menanggung kesakitan gara-gara sengkenit 'berumah' dalam telinganya, kali ini perkara seumpamanya terjadi kepada seorang lagi kanak-kanak.

Bezanya, kanak-kanak lelaki ini menjadi mangsa gigitan makhluk kecil itu pada bahagian mata kirinya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Noramanina Mohd Zulkifli berkata segala-galanya bermula apabila dia menyedari mata anak sulungnya yang berusia enam tahun itu berair.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang ditakuti wanita ini jadi nyata, kali ke-3 digigit sengkenit sampai demam! Puncanya masih misteri - “Parut digigit tahun lepas pun belum hilang”

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan tahi keras, rupa-rupanya budak pra sekolah tanggung sakit sengkenit 'berumah' dalam telinga... jururawat geram, siap penyet

"Tapi saya langsung tak nampak apa-apa yang aneh. Anak saya, Aqil, pun tak beritahu bahagian matanya berasa sakit atau tak selesa.

"Ketika saya keluar ke klinik sebentar menghantar datuknya dapatkan rawatan asma, tiba-tiba saya dapat panggilan daripada adik. Dia kata pada mata Aqil ada benda hitam.

"Selepas pulang ke rumah, saya belek mata Aqil. Rupa-rupanya ada seekor sengkenit atau kami di sini panggil 'pirah'. Haiwan tu dah kenyang melekat di matanya. Memang kena 'kelepet' matanya sikit, baru nampak. Tak tahulah dah berapa lama sengkenit tu bergayut di mata Aqil," cerita ibu muda berusia 25 tahun ini.

Menggunakan petua yang pernah didengarinya, Noramanina segera menyapu bahagian mata kiri anaknya dengan air tembakau bertujuan mahu membuatkan serangga itu 'jatuh'.

"Bagaimanapun petua tu tak berjaya. Kemudian, saya sapu Minyak Mustajab pula. Tak perlu tunggu lama, akhirnya ia 'luruh' sendiri.

"Tiba-tiba keluar pula darah daripada bekas gigitan serangga itu. Panik dan bimbang jangkitan kuman, saya segera bawa Aqil ke klinik," ujar wanita yang menetap di Bachok, Kelantan ini.

cekenit 1

Sengkenit yang 'bergayut' di mata Aqil akhirnya luruh sendiri selepas disapu Minyak Mustajab.

Ibu kepada dua anak ini bersyukur apabila doktor memaklumkan tiada sebarang kecederaan serius pada bahagian mata anak lelakinya, malah memujinya kerana pantas bertindak.

"Doktor cuci bahagian luka tu beritahu, tiada kaki atau sengat sengkenit yang tertinggal di mata Aqil. Doktor kata kalau lambat, memang bahaya. Mata boleh buta kalau sengkenit tu berak atau beranak pinak," ujarnya.

Tambahnya, dia sendiri tidak pasti punca bagaimana mata anaknya digigit makhluk halus itu, namun mengesyaki kemungkinan mendapatnya dari kawasan belukar sekitar rumahnya.

Ada juga yang kecam, kononnya saya tarik sengkenit tu sampai berdarah mata anak. Saya bukan nak cabut, tapi nak tahan sengkenit tu luruh dan masuk mata anak.

NORAMANINA MOHD ZULKIFLI

"Sedar-sedar je dah kenyang. Masa sengkenit tu luruh, memang montel badannya. Saya pula yang jadi geram dan terus penyet.

"Anak saya tak rasa sakit pun... tapi dalam video tu dia menangis sebab takut kerana dia sendiri tak pernah kena. Itulah kali pertama pengalamannya menjadi mangsa gigitan sengkenit," ujarnya

Sekadar memuat naik video untuk kenangan dan perkongsian pengalaman, Noramanina sama sekali tidak menyangka ia meraih sehingga melebihi 190,000 jumlah tontonan.

"Saya pun tak sangka jadi viral. Saya nak simpan sebagai kenangan saja dan kongsi pengalaman. Serangga ni kita tak minta pun ia datang.

cekenit 2

Bengkak di mata kiri Aqil semakin surut.

"Tapi ada juga yang kecam, kononnya saya tarik sengkenit tu sampai berdarah mata anak. Sebenarnya video tu separuh je. Saya bukan nak cabut, tapi saya nak tahan sengkenit tu luruh dan masuk pula mata anak.

"Tapi tak apalah, mungkin mereka tak tahu cerita sebenar. Dalam ramai-ramai yang komen, ada juga yang tak kenal rupa sengkenit.

"Alhamdulillah, mata Aqil bengkak sehari sahaja. Esoknya dah surut dan pulih seperti biasa," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain