suria

Gadis segera tinggalkan mall, muka dan bibir tiba-tiba bengkak sebab alergi - “Kawan tegur, saya tak perasan langsung”

Keadaan muka dan bibir Tasha yang membengkak gara-gara alergi kekacang.

PASTINYA ada antara kita yang mempunyai alahan terhadap sesuatu keadaan, makanan ataupun ubat ubatan.

Impak daripada alahan bergantung kepada setiap individu, dengan ada di antaranya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kesan yang agak serius.

Namun ada segelintirnya pula hanya mengalami alahan ringan seperti gatal ataupun bengkak pada bahagian tubuh tertentu, seperti yang dialami oleh gadis ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga panik! Wajah kakak membengkak, sesak nafas sebaik tiba di puncak Gunung Ledang - “Dia tak boleh nafas, minta nak turun cepat”

ARTIKEL BERKAITAN: Badan gatal, tompok hitam di pipi gadis ini disangka sakit biasa... sehinggalah kawan dari Indonesia tegur sesuatu, media sosial puncanya!

Berkongsi video keadaan muka dan bibir yang bengkak teruk di laman sosial, Siti Natasha Atira Abdul Kha'ar berkata keadaan tersebut adalah disebabkan dia alergi terhadap kekacang.

Mengimbas kembali kejadian yang berlaku beberapa hari lalu, gadis yang senang disapa Tasha ini berkata, ketika itu dia bersama rakannya meluangkan masa bersama di gedung perabot terkenal, IKEA di Cheras.

"Di sana, kami makan dulu sebelum jalan-jalan. Saya makan meatball, kek almond dan kentang goreng. Masa makan, saya tak rasa apa-apa pun.

"Selepas makan, kami jalan-jalan dekat showroom. Masa tu dalam 20 minit selepas selesai makan. Saya dah rasa badan macam panas semacam.

"Sejam kemudian kami masuk Mytown, masa itulah wajah saya dah mula membengkak. Saya tak perasan langsung, tapi kawan saya tegur muka saya dah kemerah-merahan. Terus saya pergi ke tandas... masa tu saya tengok muka dah naik bengkak macam terkena gegata," ujar gadis berusia 20 tahun ini.

BENGKAK 1

Tangan Tasha turut kemerah-merahan gara-gara alergi.

Tasha yang juga penuntut Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka berkata, disebabkan keadaan tersebut, dia memutuskan untuk segera pulang ke rumah.

"Sempat berjalan-jalan sekejap saja, masa tu tak ada mood sangat dah sebab bengkak pakej dengan gatal.

"Saya tak pasti puncanya sebab saya makan meatball dan kek almond... tapi hampir pasti puncanya adalah kekacang. Sebelum ini pernah makan makanan di IKEA tapi tak pernah pun jadi macam ni.

"Saya tak terus pergi klinik sebab dah selalu kena alergi. Dan alergi saya ringan sahaja, ia akan surut dalam masa beberapa jam. Saya hanya basuh dan bilas muka dengan air sahaja.

Nak kata serik, saya rasa tidak kot sebab makanan di IKEA adalah antara makanan kegemaran saya. Mungkin selepas ini saya kena berwaspada.

SITI NATASHA ATIRA ABDUL KHA'AR

"Dalam kes alergi baru-baru ini, bengkak pada wajah saya surut dalam masa dua jam, tapi bengkak di bibir ambil masa dua hari juga nak surut. Kalau terpaksa tanggal pelitup muka untuk minum, saya cover sikit," ujarnya sambil menambah, dia juga alergi kepada habuk dan peluh.

Sungguhpun begitu, Tasha berkata apa yang berlaku membuatkannya lebih berhati-hati sekiranya mahu menikmati makanan yang sama.

"Nak kata serik, saya rasa tidak kot sebab makanan di IKEA adalah antara makanan kegemaran saya. Mungkin selepas ini saya kena berwaspada dan cuma ambil dalam kuantiti yang sedikit.

BENGKAK 2

Tasha hanya sempat berjalan seketika sebelum mengambil keputusan untuk pulang selepas keadaan bengkak pada wajahnya makin ketara.

"Saya juga tak sangka perkongsian video tersebut meraih sehingga melebihi 1.6 juta jumlah tontonan. Saya sekadar kongsi pengalaman dan dalam masa yang sama nak educate mengenai alergi kepada orang ramai.

"Saya terharu dengan komen-komen netizen yang kebanyakannya turut share pengalaman masing-masing. Ada juga yang cadangkan ubat tertentu dari farmasi... semuanya concern sangat.

"Alhamdulillah keadaan saya bertambah baik. Terima kasih kepada netizen yang sangat prihatin," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain