EPISOD duka yang dilalui wanita ini ketika mengandungkan anak pertamanya pada tahun lalu cukup sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Menurut Desy Arnita Sari Abd Rahman, 26, dia melahirkan puteri sulungnya, Fateema Darweena secara pramatang di Hospital Putrajaya pada tanggal 2 Ogos 2021, ketika kandungannya baru berusia 26 minggu. "Sepanjang kehamilan, semuanya baik-baik saja. Pada 28 Julai 2021, saya terima dos pertama vaksin Covid-19. Dua ke tiga hari selepas itu, perut saya dah sakit, saya mula alami contraction. ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! 33 minggu dalam perut ibu koma, bayi membesar, selamat lahir walau ibu belum sedar “Doktor kata bayi kami ajaib” ARTIKEL BERKAITAN: “Elaina sama seperti kembarnya, cuma perlu diberi perhatian lebih” - Ibu bayi Hydrocephalus "Saya pergi ke klinik swasta, mereka kata bukaan dah dua sentimeter (cm). Terus saya ke hospital. Jadi saya pun dimasukkan ke wad. Akhirnya, pada 2 Ogos jam 6.50 pagi, saya melahirkan anak perempuan. "Anak saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama 81 hari. Sepanjang dia di NICU, saya hanya dapat tengok anak dalam tiga kali saja. Sepanjang tempoh itu, memang saya kerap memangis. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Rasa lain sebab saya sendirian. Ibu-ibu yang lain dapat pulang dengan bayi. Saya pula balik tanpa anak. Ketika berpantang memang teringatkan anak sepanjang masa," ujarnya yang senang disapa Desy. Menurut penasihat kewangan yang menetap di Bangi, Selangor itu, dia dan suami, Mohamad Nurfikri Amir Awang, 30, akhirnya menerima berita gembira apabila puteri sulung mereka dibenarkan discaj pada 23 Oktober tahun lalu. Fateema Darweena kini berusia lima bulan. Kata Desy, detik itu disifatkan sebagai kejutan besar buatnya, sekali gus memberi peluang untuk dia merasai sendiri pengalaman bergelar ibu seperti wanita-wanita lain. "Pada 23 Oktober, mereka hubungi saya dalam jam 12.30 hari, memaklumkan bayi kami dapat discaj pada petangnya. Ketika itu tangan saya menggigil, rasa macam tak percaya. Saat yang ditunggu sudah tiba. Dulu, anak saya pakai baju nampak macma jubah. Sekarang dah muat, makin semangat saya nak gayakan dia. DESY "Tapi selepas discaj, bayi saya masih perlu melalui pemeriksaan susulan setiap minggu untuk memeriksa keadannya kesihatannya. Alhamdulillah, sehingga hari ini, doktor berpuas hati dengan tahap perkembangannya," ujar Desy. Menurut Desy yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2020, keadaan bayinya yang kecil dan berkulit agak gelap pada waktu itu turut dipersoalkan segelintir individu. Namun katanya, dia tak pernah ambil hati, sebaliknya cuba menjawab segala pertanyaan dengan tenang dan positif. Desy dan suami bersyukur dengan perkembangan semasa bayi mereka. "Selepas discaj, ramai yang tanya kenapa saiznya sangat kecil? Ada yang tanya kenapa kulit gelap? Saya tak ambil hati, saya jelaskan bahawa anak saya lahir pramatang. "Mungkin ramai yang tak tahu. Dalam keluarga saya pun, ini merupakan kelahiran pramatang yang pertama. Tapi Alhamdulillah, sekarang keadaan bayi saya makin berubah, dia pun dah masuk umur lima bulan. Saya harap dia akan sihat sampai besar," ujar Desy lagi. Video perubahan ketara cahaya mata Desy yang kini kelihatan lebih berisi dan cerah turut dikongsi ke aplikasi TikTok sehingga meraih ratusan ribu tontonan. Fateema Darweena dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu. Malah, ramai netizen yang tidak putus-putus menitipkan doa serta bertanya mengenai perkembangan semasa bayi comel itu. "Saya tak cukup tangan nak balas. Memang anak saya tak sama dengan anak orang lain yang dilahirkan cukup usia. Tapi saya nak berterima kasih atas sokongan semua. Saya memang memerlukan doa orang sekeliling. "Sekarang makin seronok. Dulu, anak saya pakai baju nampak macam jubah. Sekarang dah muat, makin semangat saya nak gayakan dia setiap kali nak keluar. Memang teruja nak beli belah untuk anak saya," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI