suria

Kecoh pengantin perempuan kejang masa nikah, pelik ibu jari dipicit macam kena rasuk - “Mujur sekali lafaz, kalau tak memang saya buat hal”

Jidah mengalami kejang kaki semasa akad nikah. Gambar kecil Jidah (kanan) dan suami.

DARAH gemuruh menjelang hari pernikahan merupakan perkara biasa terutama buat pengantin lelaki.

Namun lain pula yang dialami seorang pengantin perempuan apabila secara tiba-tiba mengalami kekejangan otot kaki pada majlis akad nikah.

Kejadian di sebuah majlis itu menyebabkan pengantin terpaksa melunjurkan kaki sebelum diurut oleh ahli keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki bikin saspens tinggalkan rumah bakal isteri sebelum majlis nikah bermula, gubahan bunga RM20,000 'tertinggal' dalam kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki tiba di masjid ready nak nikah, tok kadi dilihat memandu pergi ladang... siapa yang silap tarikh?- "Nervous isteri tak sampai-sampai"

Pengantin perempuan, Siti Nur Marjidah Sheikh Salim berkata, insiden berlaku ketika akad nikah di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur, 12 Disember lalu.

Berkongsi pengalaman, wanita berusia 29 tahun itu memberitahu, kedudukannya sebelum diijabkabulkan di masjid ketika itu seperti 'duduk antara dua sujud'.

"Nak duduk bersimpuh nanti nampak sedikit senget pula. Tok kadi ada beri ceramah sebelum akad nikah dan saya pula dah duduk lebih awal sebelum tu lagi.

"Saya mula rasa lenguh dan kebas kaki. Nak ubah kedudukan kaki, saya segan dan perlu sopan. Semua orang tengah beri tumpuan masa tu," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

pengantin kaki kejang 6

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Saidina Hamzah.

Dalam tempoh kira-kira 45 minit, dia yang lebih mesra disapa Jidah berjaya mengharungi cabaran sebelum bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Afiq Arifin Kamal Arifin, 29.

"Nak mengadu kaki sakit pada mak atau kakak bersebelahan pula masa tu semua tengah senyap. Saya risau suara saya boleh mengganggu perjalanan majlis, jadi saya kena control.

"Bila suami dah lafaz nikah, saya menangis dengan perasaan bercampur baur. Antara mengalirkan air mata sebab terharu dah sah bergelar isteri dan juga menahan sakit," ujarnya.

pengantin kaki kejang 5

Jidah (kiri) sah bergelar isteri kepada Afiq Arifin Kamal Arifin.

Sejurus diijabkabul, Jidah secara perlahan lahan mengubah kedudukan dan melunjurkan kaki sebelum kakaknya membantu mengurut untuk melegakan kesakitan.

"Masa tu dah kecoh dan ramai gelak. Saya pun ketawakan diri sendiri. Ada seorang ustaz, salah seorang saksi minta kakak saya tekan ibu jari kaki masa mengurut.

Bila suami dah lafaz nikah, saya menangis dengan perasaan bercampur baur... sebab terharu dah sah bergelar isteri dan juga menahan sakit

SITI NUR MARJIDAH SHEIKH SALIM

"Dalam hati saya tertanya-tanya kenapa nak kena tekan ibu jari kaki? Saya bukannya kena rasuk. Bila kakak tekan ibu jari, saya rasa lagi sakit," ujarnya yang kemudian difahamkan teknik menekan ibu jari itu bertujuan untuk membantu mengurangkan kesakitan.

Dalam pada itu, Jidah yang merupakan seorang pembantu akaun bersyukur apabila pernikahan berwalikan abangnya berjalan lancar meskipun dia mengalami kekejangan pada kaki.

pengantin kaki kejang 2

Jidah dan suami (baju putih) bersama keluarga.

"Syukur Alhamdulillah akad nikah berlangsung dengan sekali lafaz. Kedua-dua abang dan suami saya tidak gugup sewaktu akad nikah.

"Saya yang sakit kaki dari awal berdoa supaya nikah sekali lafaz saja. Kalau lagi lama, memang saya yang buat hal nanti sebab tak dapat tahan sakit.

"Apa pun, bukan salah sesiapa pun. Saya sendiri yang tidak boleh duduk terlalu lama sebab kaki pernah cramp sebelum ini. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain