TIADA siapa yang dilahirkan sempurna, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Hakikatnya juga bukan semua orang menyukai kita, pasti ada yang hidupnya suka mengkritik orang lain. Seorang wanita berdepan dengan tuduhan sanggup menanggung kesakitan dengan menjalani pembedahan semata-mata mahu cantik. ARTIKEL BERKAITAN: Sumbing bibir dan lelangit, vokal mantap selepas buat 3 pembedahan! Wanita ini bikin ramai meremang nyanyi lagu Misha Omar ARTIKEL BERKAITAN: Abang guard kulit ‘bersisik’ suka buat video Tiktok waktu malam, ada yang kata terkena sumpahan - "Tak perlu kaitkan ibu, arwah ayah saya" Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Muneerah Abd Ghani berkata, pembedahan rahang yang dilakukannya pada akhir November adalah kerana masalah yang dihadapinya sejak kecil. Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, masalah di bahagian rahang bawah atau underbite yang dialaminya itu sedikit-sebanyak menjejaskan kehidupan hariannya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masalah rahang bawah yang ke depan menyukarkan saya untuk bertutur dengan jelas dan sukar untuk mengunyah dengan baik ketika makan. "Ia juga membuatkan mulut saya ternganga dengan mudah dan kerap di mana air liur sering keluar dari mulut ketika tidur," katanya ketika dihubungi. Wajah Mun sebelum pembedahan. Keadaan rahang yang dialaminya sejak bertahun-tahun semakin menyulitkan keadaan apabila wanita itu yang lebih mesra disapa Mun semakin dewasa. "Makin lama dagu saya makin panjang bila dah dewasa. Ada mulut-mulut dalam kalangan rakan-rakan mengejek saya menyamakan dengan nenek sihir, seperti watak ibu tiri dalam filem Snow White yang menyamar jadi nenek sihir," ujarnya. Imbasan X-Ray pada bentuk wajah Mun. Mengakui tersinggung dengan ejekan tersebut, anak kelahiran Jasin, Melaka itu cuba bermuhasabah diri dengan memberi tumpuan kepada masalah kesihatan yang dialaminya. "Disebabkan keadaan rahang bawah itu juga menyebabkan muka terutama di bahagian mulut mudah lenguh dan membuatkannya rasa tidak selesa," katanya sambil menambah segala kritikan dan ejekan membuatkan dirinya hilang keyakinan pada diri. Keadaan selepas menjalani pembedahan. Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, dia bertemu dengan doktor bagi mendapatkan nasihat perubatan pada 2018 dan seterusnya mendapatkan rundingan pakar untuk rawatan. "Berdasarkan imbasan X-Ray, rawang bawah 'jatuh' dan rahang atas seperti 'masuk' ke dalam. Bila diberitahu masalah dapat diselesaikan dengan pembedahan, saya menangis. Bila diberitahu masalah dapat diselesaikan dengan pembedahan, saya menangis. Masa tu terfikir, kenapa saya bukan normal macam orang lain? MUNEERAH ABD GHANI "Masa tu terfikir, kenapa saya bukan normal macam orang lain? Tapi saya bersyukur kerana keluarga banyak memberi kekuatan kepada saya untuk bertahan dengan kritikan. "Atas nasihat pakar juga, saya menjalani rawatan braces (pendakap gigi) pada 2019 untuk menyusun struktur gigi sebelum menjalani pembedahan," katanya. Mun kini tidak lagi mengalami kesan sampingan akibat masalah rahang. Namun kata Mun, dia hanya mempunyai kekuatan untuk menjalani pembedahan kedua-dua rahangnya pada akhir 2021, di hospital kerajaan membabitkan kos kira-kira RM3,000. "Bengkak dah semakin susut selepas hampir dua bulan menjalani pembedahan. Keadaan rahang saya sekarang bertambah baik. "Mak tegur muka saya berbeza terutama di bahagian dagu, nampak lain. Sekarang saya boleh bertutur dengan jelas, tiada lagi masalah keluar air liur dan mulut dah tak lenguh, Alhamdulillah. "Apa yang saya buat ini adalah untuk kesihatan dan bukannya kerana kecantikan. Jangan takut buat perubahan demi kebaikan, jika bukan diri kita sendiri, siapa lagi?" katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI