suria

Dulu pernah keding, kini mampu bantu ramai individu capai bentuk badan idaman... pemuda ini dedah ‘soalan favourite’ pengikut!

Akim mula menawarkan khidmat sebagai jurulatih kecergasan secara dalam talian sejak tahun 2020.

SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara, ramai dalam kalangan kita mula memberi fokus terhadap kecergasan fizikal.

Masa terluang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut dimanfaatkan dengan pelbagai senaman ringkas yang boleh dilakukan di rumah.

Jurulatih kecergasan, Norman Hakiim Khairul Azhar, 23, juga sedar tentang trend tersebut dan gembira melihat aspek kecergasan mula menjadi perhatian rakyat negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar gigih buat 2 kerja part time demi miliki gim sendiri - “Saya tanya mak, dia beri kebenaran”

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM berjaya buat transformasi ‘kurus ke sado’ walau pernah nak menyerah kalah - “Dari mulut kawan-kawan juga...”

"Saya rasa ramai yang makin minat untuk bersenam sejak PKP. Sebagaimana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara yang ramai dengan golongan obesiti.

"Tapi sejak PKP, ramai yang ada banyak masa terluang di rumah, jadi mereka pun banyak memberi tumpuan untuk bersenam. Saya rasa ramai yang mula bersenam sejak PKP," ujarnya.

Senang disapa Akim, pelajar bidang Sains Sukan itu pernah mengalami masalah kurang berat badan sehingga terpaksa menyertai satu program kecergasan pada tahun 2020.

Dengan pengalaman serta ilmu yang dimiliki, dia mula menawarkan khidmat sebagai jurulatih kecergasan secara dalam talian dan berjaya membantu lebih 100 peserta di bawah naungannya.

akim2

Antara video kecergasan fizikal yang dikongsi Akim.

"Dulu saya pernah ikuti program kecergasan selama tiga bulan, saya sendiri mengalami kurang berat badan. Pada tahun 2020, berat saya hanya 46 kilogram (kg). Kini, Alhamdulillah berat saya dalam 58 ke 60 kg, sesuai dengan ketinggian saya.

"Pada tahun sama, saya mula jadi coach dan sehingga kini sudah lebih 100 peserta ikuti program saya yang dibuat secara online. Kebanyakan yang masuk program ini kerana mereka memiliki berat badan berlebihan, jadi mereka perlukan bimbingan untuk kurus.

Melalui coaching, saya boleh jana pendapatan pasif. Jadi saya tak perlu minta duit dengan keluarga.

AKIM

PELAJAR/JURULATIH KECERGASAN

"Ada yang asalnya badan kurus dan mereka nak bina otot badan. Cuma cabarannya, bukan mudah nak tukar corak pemakanan dan gaya hidup setiap orang. Jadi peserta perlu hantar gambar makanan mereka setiap hari untuk pemantauan.

"Selain itu, saya juga hadapi cabaran masa kerana masih lagi bergelar pelajar. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa sebaiknya. Bila ada minat, kita pun jadi tak kisah," ujarnya yang kini berada dalam semester lapan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Selain membantu para peserta mencapai bentuk dan berat badan ideal, Akim juga bersyukur apabila kerja sambilan itu sedikit sebanyak dapat membantunya dalam menjana pendapatan.

akim5

Akim merupakan penuntut bidang Sains Sukan di UiTM Shah Alam.

Biarpun sibuk memberi bimbingan buat peserta program kendaliannya, Akim juga tak lokek berkongsi video berkaitan ilmu kecergasan melalui Instagram dan TikTok.

Di Instagram miliknya, Akim turut berkongsi menu-menu sihat yang boleh dicuba oleh mana-mana individu yang mahu mendapatkan bentuk tubuh ideal.

akim1

Antara menu sihat yang dikongsi di Instagram miliknya.

"Melalui coaching, saya boleh jana pendapatan pasif. Jadi saya tak perlu minta duit dengan keluarga bila dah ada pendapatan sendiri.

"Dari segi content video kecergasan pula, saya bermula di Instagram dan baru saja aktif di TikTok. Soalan paling popular yang saya terima, ramai yang tanya cara nak dapatkan sixpack, cara nak buat perut.

"Pesanan saya, kalau kita nak kuruskan badan atau bina badan, paling penting kita kena ada big why... kenapa kita nak buat benda tu.

akim3

Akim juga aktif dalam sukan futsal dan bola sepak.

"Selain itu, kita kena ada dalam support group yang betul, yang sama-sama ada misi dan target dengan kita. Kena konsisten dalam apa yang kita lakukan. Makan kena ikut portion. 80 peratus bergantung kepada diet, 20 peratus exercise," ujar jejaka dari Perak itu.

Mengenai dirinya, anak bongsu daripada dua beradik ini aktif menyertai sukan bola sepak sejak berusia enam tahun.

Ketika tingkatan 3, Akim juga pernah menjadi wakil negeri Perak untuk pertandingan futsal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain