suria

Love all of you... Uncle Kentang tutup telefon 7 hari! Puncanya positif Covid-19 tahap 4, ribuan doa segera sembuh

Aktivis sosial Uncle Kentang dijangkiti Covid-19 tahap empat. Foto: NORAFIFI EHSAN/ The Star.

JANGKITAN Covid-19 yang merekodkan 11,034 kes baharu pada Isnin ternyata menimbulkan keresahan netizen.

Tidak terkecuali turut terpalit adalah aktivis sosial popular, Uncle Kentang yang memaklumkan bahawa dia turut dijangkiti wabak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima anugerah daripada Ratu Elizabeth II, Uncle Kentang kongsi penghargaan untuk semua

Pemilik nama sebenar Kuan Chee Heng itu memuat naik satu kenyataan ringkas menerusi Facebook pada Isnin malam.

"Maaf. Telefon saya akan ditutup selama tujuh hari. Saya positif Covid-19 tahap empat. Kini berada di Hospital Serdang," ujarnya.

Dalam posting sama, Uncle Kentang turut berpesan kepada semua anggota masyarakat agar terus kekal selamat dan patuh kepada arahan penggunaan pelitup muka.

Dalam satu posting berasingan, Uncle Kentang turut menzahirkan rasa bersyukur apabila dia menerima ribuan doa daripada netizen.

"Terima kasih sungguh. Terharu saya. Beribu mesej masuk mendoakan saya sembuh. Kini saya tak sempat jawab. Bila sembuh saya akan balas mesej anda. Love all of you," tulisnya.

Independent candidate Kuan Chee Heng or known as ‘Uncle Kentang’  launch his war truck for Semenyih by-election.NORAFIFI EHSAN / The Star

Uncle Kentang kini dirawat di Hospital Serdang.

Semakan mStar di ruangan komen mendapati rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa menitipkan komen mendoakan kesejahteraan aktivis itu.

Malah, ramai yang turut berpesan sesama sendiri agar terus patuh prosedur operasi standard (SOP) dalam mendepani gelombang Omicron kali ini.

"Saya mendoakan uncle diberi kesembuhan segera. Jangan risau uncle. Tuhan merahmati kamu.

"Wahai uncle, kamu dah terlalu banyak berbakti. Tolong jaga diri. Kami mendoakan kamu kebahagiaan di dunia. Moga cepat sembuh.

"Kena cukup rehat dan banyak berdoa supaya Uncle Kentang cepat sambuh," tulis beberapa pelayar Facebook.

Nama Uncle Kentang sudah tidak asing lagi dalam lapangan kerja kebajikan di negara ini. Malahan, dia juga dalam proses untuk bekerjasama dengan seorang lagi aktivis terkemuka negara, Ebit Lew bagi memperluaskan skop bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

Malah, dia pernah menerima anugerah 'Point of Light' daripada Ratu Elizabeth II atas kerja-kerja amal kepada masyarakat yang dilakukannya sebelum ini.

Untuk rekod, Malaysia merekodkan 2,818,650 kes kumulatif Covid-19, setakat Isnin.

Dalam 11,034 jangkitan baharu, 135 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain