suria

‘Kasut pinjam’ buat hal masa konvo, graduan anggap macam pakai jenama Dior selepas kawan ‘bahan’ nampak berkilat dibalut sellotape

Wala meminjam kasut jirannya untuk ke majlis konvokesyen.

MAJLIS konvokesyen merupakan simbolik kepada kemuncak perjalanan setiap pelajar yang sudah menamatkan pengajian mereka di menara gading.

Pada hari bersejarah para graduan yang terlibat, sudah semestinya dapat kita saksikan momen manis, gelagat-gelagat dan aksi lucu mereka mencuit hati.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya acah-acah macho, first time pakai kasut kulit tumit tinggi” - Graduan ‘ghaib’ selepas jatuh tangga masa konvo tergelak tengok diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih seminit di pentas sebab keliru disoal harga sawit ketika terima skrol, apa pula kisah graduan selepasnya... cuak sampai muka kejung! - “Pro-canselor memang suka tanya student”

Namun, nasib tidak menyebelahi graduan ini, Zulqarlnain Zulkipli, 24, apabila tapak kasut kulit yang dipakainya tercabut ketika majlis konvokesyen pada 8 Februari lalu.

Menurutnya yang mesra disapa Wala, kasut yang dipakai pada hari tersebut merupakan kasut yang dipinjam daripada rakannya yang tinggal berdekatan dengan rumah di Puchong, Selangor.

"Kasut yang saya pakai masa hari konvokesyen tu kawan punya. Biasanya kalau ada event memang saya akan pinjam kasut dia.

"Saya dah habis study dari 2019 lagi tapi majlis konvo ni dah banyak kali tangguh disebabkan Covid-19. Saya konvo ni pun mak ayah tak boleh datang tengok sebab kena ikut SOP.

"Masa saya nak pinjam kasut dia tu saya dah try pakai dulu, elok je lagi. Boleh pula masa hari majlis tu tapak dia tercabut," kata jejaka ini.



Kasut jejaka ini tercabut tapak sejurus masuk ke dewan.

Jelas graduan Pengajian Perniagaan di Politeknik Merlimau, Melaka ini, kejadian yang dianggap lucu dan memalukan itu turut menjadi bahan jenaka oleh rakan-rakan lain yang ada dalam majlis tersebut.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu bagaimanapun tidak tersinggung apabila video yang memaparkan dia melekatkan tapak kasut itu dengan pita pelekat menjadi tular di media sosial kerana dianggap kelakar.

Kawan-kawan yang ada berdekatan dengan saya dalam dewan semua 'bahan' saya.

ZULQARLNAIN

Tambah jejaka yang menetap di Putra Perdana, Puchong ini, dia sebelum itu cuba mencari inisiatif lain untuk melekatkan semula tapak dan bahagian kulit kasut tersebut dengan getah dan pistol perekat panas (hot glue gun) namun tidak berhasil.

"Kasut tu saya sedar mula tercabut masa saya betul-betul dah sampai depan dewan. Dua-dua belah pula tercabut serentak. Saya dah cuak tak tahu nak buat apa. Saya memang tak ada bawa kasut spare pun dalam kereta.

"Kebetulan saya nampak ada banyak kiosk orang jual bunga tepi jalan untuk majlis konvokesyen. Jadi saya pergi salah satu kedai dan minta gelang getah untuk ikat tapak kasut. Pekerja tu baik, dia siap offer hot glue gun untuk saya tampal balik kasut. Tapi bertahan lima minit je, lepas tu kasut tertanggal semula dari tapak," jelasnya lagi.

Imbas anak bongsu daripada tiga beradik ini, setelah memasuki dewan besar di mana majlis itu diadakan, keadaan dirinya yang kelam kabut dan tidak kemas disedari oleh pensyarah dan rakan-rakan lain yang berada di situ.

Tambahnya lagi, pensyarah dari Jabatan Perdagangan turut membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan memberikan pita pelekat.

"Masa masuk dewan tu, lecturer saya, Puan Mai dan Puan Lini tengok kenapa saya macam serabut sangat. Jadi mereka tanya dan tolong saya lepas saya cerita pasal kasut tu. Puan Mai ada bagi saya sellotape suruh 'balut' kasut. Saya kena duduk di kerusi hujung tepi sekali dalam dewan.



Jejaka ini merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

"Sambil tu mereka ada tolong cari kasut ganti untuk saya. Tapi kebanyakan pelajar pakai kasut saiz UK7 dan UK8, tapi saya ni kaki besar saiz UK11. Susah sikit nak jumpa dan pinjam masa tu.

"Nasib baik ada jumpa seorang pelajar ni baik hati sanggup pinjamkan untuk saya. Jadi saya pakai kasut dia masa naik pentas. Lepas ambil scroll, saya turun pentas pakai semula kasut tu," katanya.

Menurut jejaka ini yang kini bekerja di kilang Proton, Shah Alam, rakan-rakan lain yang berada di sekeliling turut mengambil kesempatan untuk bergurau setelah melihat keadaan kasutnya yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

"Saya balut kasut tu sampai nak habis sellotape lecturer saya guna. Sampai balik saya pakai kasut tu. Alhamdulillah, nasib baik ada lecturer saya tolong.

"Kawan-kawan yang ada berdekatan dengan saya dalam dewan semua 'bahan' saya. Mereka cakap macam kasut mahallah sebab masih berkilat!. Saya pun saja namakannya dengan jenama Dior dalam video di TikTok sebab nampak eksklusif," seloroh Wala.

Berikutan video yang menjadi tular, Wala turut menerima komen daripada netizen yang bersimpati dengan nasibnya dan ada juga dalam kalangan mereka yang berkongsi mengenai nasib yang sama dengannya.

Wala juga menitipkan nasihat kepada orang lain yang akan menghadapi hari konvokesyen supaya membuat persediaan lebih awal dan jangan ambil ringan mengenai pakaian semasa hari penting seperti ini.



Wala memiliki saiz kaki UK11 merupakan saiz julung kali ditemui.

"Saya post video sebab nak simpan sebagai kenangan tapi tak sangka ramai pula yang komen bagitahu mereka pun ada juga masalah kasut macam saya kena.

"Lepas apa jadi dekat saya ni, saya nasihatkan kepada sesiapa yang ada majlis konvokesyen, tolonglah pastikan kasut masih elok tak pun beli sajalah yang baru. Sila invest sedikit untuk hari penting ni. Yang murah pun tak apa janji masih OK," jelasnya lagi dengan nada bergurau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain