suria

Bapa tak izin anak gadis nak ambil lesen kereta, akhirnya buka sendiri pusat latihan memandu - “Saya jadi pelajar pertama”

Yusra merupakan pelajar pertama yang mengambil lesen di PLMR.

SUDAH menjadi kebiasaan bagi anak perempuan yang selalu dimanjakan dan terlebih rapat dengan bapanya berbanding ibu mereka.

Begitulah yang dialami Adiba Yusra Mohd Yusof, 23, yang berkongsi satu rakaman mengenai bapanya membuka cawangan institut memandu supaya dia boleh mengambil lesen secara percuma.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak manja cabut heels, dah tak ‘control ayu’ meraung nampak mak ayah datang kolej... tapi giginya yang diperhatikan netizen!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kenal ibu kandung, gadis reda kini terpaksa jauh dari bapa angkat tempat menumpang kasih... dikata ‘muka sama’ pun dah cukup gembira!

Menurut gadis yang mesra disapa Yusra ini, dia sebelum ini sudah meminta izin bapanya untuk mengambil lesen memandu, namun tidak dibenarkan.

"Sebenarnya ayah saya macam tak percaya anak-anak dia dah besar, dah kena ambil lesen memandu. Lepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), orang lain semua berlumba-lumba nak ambil lesen.

"Tapi masa tu memang ayah tak bagi, try pujuk pun tak dapat. Saya kena tunggu dua tahun untuk dapat lesen. Ni pun baru je habis ambil P," jelasnya ketika dihubungi.

Bercerita lanjut, bapanya, Datuk Mohd Yusof Aziz secara berseloroh memberitahu Yusra mengenai rancangannya untuk membuka sebuah institut memandu di Rembau, Negeri Sembilan hanya untuk anak-anaknya.

Jelas Yusra yang merupakan anak ke lima daripada enam adik beradik ini, sememangnya di kawasan Rembau tiada cawangan pusat latihan memandu untuk mengambil lesen kenderaan, kecuali menggunakan khidmat ejen.



Yusra cuba meminta izin ayahnya lebih dua tahun untuk mengambil sebelum ini.

Selain itu, katanya, harga yang dikenakan juga agak mahal dan sesiapa yang ingin belajar memandu perlu menjalani latihan sama ada di Seremban, Tampin atau Port Dickson.

Disebabkan itu jugalah, bapanya membuka sebuah pusat latihan memandu di daerah itu pada awal Januari 2019 dengan harapan dapat membantu komuniti sekitar Rembau dan kawasan sekitarnya mengambil lesen memandu.

Saya hanya mengikut trend di TikTok untuk tujuan suka-suka sahaja, tak sangka rakaman tersebut menjadi viral.

ADIBAH YUSRA

"Nak dijadikan cerita, saya dan adik memang pelajar pertama dan kedua di Pusat Latihan Memandu Rembau (PLMR). Saya ambil lesen daripada ceramah ke ujian JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) di tempat sama.

"Tempoh nak ambil lesen kereta dan motosikal di sini memang cepat, lepas dapat lesen L, 30 hingga 45 hari dapat test JPJ. Dekat Rembau dah ada banyak kolej dan universiti termasuk UiTM (Universiti Teknologi Mara), jadi demand tu memang dah ada.

"PLMR pun ada servis pengangkutan jadi ada student dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka datang sini. Facility kereta dan motosikal baru, pemandangan cantik, dikelilingi pokok-pokok dan lokasinya di kaki gunung buatkan students lebih selesa nak belajar kat sini," katanya.

IMG_5516

Suasana di PLMR yang merupakan pusat latihan memandu Yusra.

Jelasnya mengenai video yang dimuat naik, dia hanya mengikut trend di TikTok untuk tujuan suka-suka sahaja, namun tidak menyangka rakaman tersebut menjadi tular.

Dalam pada itu, kata Yusra video yang tular di media sosial itu telah meraih lebih 400,000 jumlah tontonan.

Malahan ramai netizen yang memberikan komen positif terutama dalam kalangan pelajar yang pernah mengambil lesen di institut memandu milik bapanya ini.

IMG_4051

Yusra merupakan anak ke lima daripada enam beradik.

"Saya post video tu sebagai gurauan saja. Memang betul saya buat lesen dekat pusat memandu ayah saya tu percuma.

"Tak sangka di ruangan komen ramai yang beritahu mereka buat lesen di PLMR. Semua puji cakap tempat tu best, servis pun OK. Alhamdulillah, saya pun lega bila baca semua komen tu. Ada hikmah juga saya ambil lesen lambat sikit daripada orang lain," seloroh Yusra.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain