suria

‘Penyewa dari syurga’ nak pindah, pemilik menangis sampai nak bagi rumah free... siap ‘warning’ ejen ‘cakap baik-baik’

Kerana sikap si penyewa, pemilik bermurah hati untuk terus membenarkannya tinggal di rumah tersebut. Gambar hiasan

LAZIMNYA kita membaca perkongsian di media sosial yang mana tuan rumah meluahkan rasa geram dan kecewa berdepan dengan individu yang digelar 'penyewa dari neraka'.

Namun kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor pediatrik mengenai bapanya yang merupakan seorang ejen hartanah, benar-benar menjentik perasaan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Redza Zainol berkongsi kisah yang diceritakan bapanya mengenai seorang tuan rumah sewa dengan penyewanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka bujang ini sanggup belanja ribuan ringgit cantikkan rumah sewa, tak sangka tindakannya buat ‘owner’ segan!

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa tak guna! Rosakkan perabot, rumah hancing bersepah tahi kucing... gara-gara terlalu percaya, pemilik tanggung rugi lebih RM15,000

"Dah hampir 25 tahun ayah jadi ejen hartanah. Sampai ke hari ni ayah masih bekerja, cuma lebih santai. Buat sekadar mengisi masa, buat sebab minat.

"Ayah pun mulakan cerita. Semalam ada seorang pemilik rumah minta ayah pergi ke rumah sewanya. Dia kata penyewa nak keluar dari rumah.

"Sempat pemilik rumah tu pesan pada ayah saya, 'nanti kalau jumpa dia, tolong cakap baik-baik dengan dia. Dia dah 20 tahun sewa rumah saya tu'.

RUMAH SEWA 2

Penyewa berkenaan sudah 20 tahun menetap di flat berkenaan. Gambar hiasan.

"Terkejut ayah. Rupanya dia dah menyewa flat tu sejak umur 18 tahun. Dari bujang sampai dah beranak pinak. Dia budak bagus, bayar sewa elok. Rumah pun dia jaga elok. Ayah mengangguk," tulis doktor tersebut.

Tiba hari yang dijanjikan, bapa doktor tersebut mengunjungi rumah sewa tersebut namun ia sudah tidak berpenghuni.

"Bila ayah hubungi penyewa, dia kata dia dah balik ke kampung. Kunci rumah dia sorokkan bawah karpet tepi pintu. Ayah masuk rumah dan tengok semua barang masih ada lagi.

"Peti sejuk, meja, mesin basuh, perabot semuanya terletak elok. Encik, barang encik semua ada kat sini...

RUMAH SEWA 1

Kisah menyentuh hati itu dikongsikan Dr Redza menerusi satu hantaran di Facebook.

"Belum sempat ayah saya habis cakap, penyewa tu kata yang dia memang biarkan semuanya di situ. Saya sebenarnya tak mampu nak sewa lori untuk pindah rumah. Saya baru kena buang kerja.

"Waktu saya dengar, badan terasa sejuk. Hati ada bermacam rasa. Sedihnya alahai," cerita doktor yang bertugas di Hospital Muar itu.

Menurut Dr Redza, bapanya kemudian menghubungi pemilik rumah sewa dan menceritakan segala perbualannya dengan penyewa berkenaan.

Tanpa diduga, reaksi pemilik tersebut benar-benar membuatkan bapanya terkesima dan kagum dengan sikap lelaki berkenaan.

Ayah kata, bukan penyewa je yang baik, pemilik rumah tu pun baik. Selama 20 tahun, dia tak pernah naikkan langsung sewa rumah tu.

DR REDZA ZAINOL

"Waktu ayah ceritakan tu, pemilik rumah tu menangis. Zainal, you tau tak dia ni sewa rumah saya sampai habis loan rumah saya. Dialah yang tolong bayarkan rumah saya ni sebenarnya. Sekarang, saya nak dia duduk rumah tu percuma. Selama mana yang dia nak.

"Bukan tu je, apa-apa kerosakan pada rumah tu, dia (pemilik) akan baiki secara percuma. Ayah kata, bukan penyewa je yang baik, pemilik rumah tu pun baik. Selama 20 tahun, dia tak pernah naikkan langsung sewa rumah tu. Saya terkedu.

REDZA

Dr Redza sering berkongsi mengenai isu kesihatan kanak-kanak dan isu semasa di Facebook.

"Ini satu dari ribuan cerita rakyat Malaysia sekarang. Ada yang rajin bekerja tapi dibuang kerja. Ada yang kerja tak kira masa tapi masih tak cukup duit nak beli makanan untuk anak.

"Menyewa tapi jaga rumah orang lain macam harta kita sendiri, itu perbuatan mulia. Kebaikan itu akan dibalas tak di dunia, pasti dibalas di akhirat," tulisnya lagi.

Sehingga kini posting menyentuh hati itu meraih sehingga 731 perkongsian di Facebook, selain dibanjiri ratusan komen netizen yang turut sama terkesan dengan kisah berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain