suria

Betul ke sotong frozen sebenarnya dubur babi? Meriah perdebatan grup WhatsApp, anak-anak paling risau mak ayah terpedaya berita palsu

Ramai netizen turut berkongsi pengalaman sama, mendakwa ahli keluarga mereka turut menerima kiriman mesej sama.

KEWUJUDAN aplikasi WhatsApp menjadi pemudah cara dalam komunikasi harian kita pada hari ini.

Namun, wujud kebimbangan apabila WhatsApp sering digunakan dalam penyebaran berita palsu sehingga mencetuskan kekeliruan, khususnya bagi individu yang lebih berusia.

Di Twitter, seorang wanita turut berkongsi cerita mengenai ibunya yang menerima satu kiriman WhatsApp palsu, berkaitan status halal satu produk makanan sejuk beku (frozen).

ARTIKEL BERKAITAN: Semak Status Halal Makanan Serta-Merta

ARTIKEL BERKAITAN: “Rakyat Malaysia, Berhenti Tanya Halal Ke Tidak?”

Dalam tangkap layar tersebut, individu yang mengirim mesej WhatsApp berkongsi foto hidangan calamari ring ataupun sotong yang dipotong bulat seperti cincin.

Dakwa individu tersebut, produk berkenaan tidak dihasilkan menggunakan sotong sebenar, sebaliknya ia diperbuat daripada bahagian dubur khinzir.

"Assalamualaikum sahabat, nak share info, ni adalah dubur babi. Nampak macam sotong, ring dia besar dan putih.

sotong2

Tangkap layar mesej WhatsApp yang sedang tular.

"Kalau sotong ada titik-titik. Takut terbeli. Sekilo kat Perlis RM7.90. Kat KL RM11. Tapi dalam plastik.

"So, kawan-kawan tak berani beli. Tapi pandai depa letak tanda halal," dakwa individu itu lagi.

Perkongsian @qeels88 menerusi Twitter ternyata meraih perhatian netizen apabila posting itu meraih lebih 4,500 ulang kicau (Retweet).

Babi pun dah cukup mahal, jadi kenapa mereka nak perdaya Muslim dengan menjual produk ini dengan logo Halal?

NETIZEN

"Amenda (apa benda) la info bukan-bukan orang share kat mak aku ni?" tulis @qeels88 menerusi Twitter.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama, mendakwa ahli keluarga mereka turut menerima kiriman mesej sama.

Selain berang dengan penyebaran maklumat palsu yang mengelirukan orang tua, ramai netizen turut berjenaka mengenai isu tersebut.

"Kesian babi susah nak berak. Mana tak nya, ambil dubur je. Berapa ekor babi lah untuk dapat sepaket ni?

sotong3

Juadah berasaskan sotong tiba-tiba menjadi perbualan netizen di media sosial.

"Babi pun dah cukup mahal, jadi kenapa mereka nak perdaya Muslim dengan menjual produk ini dengan logo Halal?

"Hey, korang ingat murah ke nak jual dubur babi?

"Sama la, mak hantar kat WhatsApp famili. Saya sebagai student kulinari membangkang ya. Pelik-pelik je fitnah sotong.

"Baru semalam ibu bapa saya hantar dalam group WhatsApp famili," tulis beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain