suria

Had 4 orang saja, betul ke SOP surau di gedung perabot popular sangat ketat sampai pelanggan terlepas waktu solat? Dakwaan lelaki ini undang perhatian ramai

Perkongsian lelaki itu tular menerusi Facebook. (Gambar Hiasan Twitter @eridanu7 & syafiqahzambry)

PENDEDAHAN seorang individu yang mendakwa prosedur operasi standard (SOP) surau di gedung perabot gergasi IKEA, Cheras yang menyusahkan umat Islam meraih perhatian ramai.

Dalam satu posting di laman Facebook, Wan Wasabi berkata, dia dan pengunjung lain mengalami kesukaran untuk menunaikan solat Maghrib ekoran SOP ketat ketika berkunjung ke IKEA pada Sabtu lalu.

"Sabtu, jam 7.40 petang aku sampai dekat surau IKEA. Barisan dah panjang. Terpampang nombor empat dekat SOP IKEA. Ya, cuma empat orang dibenarkan solat dalam satu masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikea Mohon Maaf, Tarik Balik Iklan 'Wanita Bujang'

ARTIKEL BERKAITAN: Orang Ramai Serbu Ikea Cheras

"Tunggu, tunggu, dekat jam 8, memang tak gerak sangat. Aku tanya guard yang jaga surau, boleh tak tambah orang sikit? Aku tahu ruang besar juga kat dalam tu. 10 orang sekali masuk pun masih ada penjarakan sosial. Dia geleng.

"Terus aku ambil wuduk dekat tandas, solat dekat tepi vending machine. Tapi aku nampak barisan terus menerus panjang. Bahagian perempuan, langsung tak bergerak sangat. Muka yang lain dah resah. Ikut macam ni memang terlepas la Maghrib," ujarnya.

Menurut individu itu, dia sekali lagi bertanya kepada pengawal keselamatan agar menambah kapasiti dalam surau tersebut, namun ia ditolak.

Selepas 10 minit, dia mendakwa seorang staf perempuan IKEA, dikenali sebagai Wan hadir ke lokasi itu dan bertanya mengenai situasi yang sedang berlaku.

"Aku minta dia telefon bos dia. Sesiapa yang boleh aku bincang. Masa ni, adik aku si Naim pun tengah cuba slow talk dengan guard lain. Dekat 10 minit baru datang seorang staf IKEA Cheras nama Wan, Masa tu dah 8.20 malam macam tu.

"Dia tanya, apa yang bising-bising ni? Dia berumur sikit dari aku. Jadi aku cuba tanya elok-elok. Tapi jawapan aku dapat?" imbasnya.

surau3

Kejadian itu didakwa berlaku di IKEA Cheras, Sabtu lalu. (Gambar Hiasan)

Menurut lelaki itu, staf berkenaan memaklumkan supaya dia membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung isu tersebut dan menegaskan SOP IKEA hanya membenarkan empat orang sahaja boleh menggunakan surau pada satu-satu masa.

Berikut merupakan dialog antara lelaki itu dengan staf IKEA sebagaimana yang dikongsi menerusi Facebook.

IKEA: Tuan boleh mengadu dekat KKM.

Aku: Jadi empat orang ni SOP KKM?

IKEA: Ya. Kami terpaksa ikut SOP KKM.

Aku: Ni SOP Surau dan Masjid (aku tunjuk SOP dalam portal Majlis Keselamatan Negara). Ikut kapasiti sebenar dengan jarak satu meter. Ni kali ketiga saya datang dalam masa terdekat, saya tahu besar mana surau ni.

IKEA: Saya tak boleh buat apa. (Muka dia berubah, sebab aku balas dengan bukti depan mata)

Adik Aku: Tadi kata ikut SOP KKM. Jadi ni bukan masalah KKM. Ini hak IKEA nak tambah kapasiti. Jadi puan boleh tak benarkan tambah kapasiti untuk kali ni, ramai sangat ni nak solat? Masa tak banyak ni. Ni orang tua, orang mengandung semua berdiri beratur dekat sejam.

IKEA: Tu. (Dia tunjuk nombor empat dekat SOP Surau IKEA).

Aku: Ya, saya tahu, tapi SOP kerajaan dah tukar. IKEA boleh tukar, tak ada siapa nak saman. Puan 'person in-charge jadi boleh tak bagi kelonggaran sekejap?

IKEA: Tak. Ini surau kami. Kami buat SOP kami sendiri. Semua company dah tetapkan.

Adik Aku: Jadi puan tak kisahlah orang tertinggal solat? Puan tak kisah orang solat bersepah?

IKEA: Saya kisah. Saya sangat kisah. Tapi saya tak boleh buat apa-apa.

Aku: Jadi cakap dengan puan ni useless lah? saya boleh cakap dengan siapa untuk benarkan orang solat ni?

IKEA: Ya (dia buat muka menyampah, mungkin sebab aku cakap dia useless).

IKEA: Tak ada siapa. Kalau tahu nak solat. Lain kali datanglah awal.

surau2

Perkongsian mengenai insiden itu tular di Facebook. (Gambar Hiasan)

Aku: Kami beratur dekat sejam. Puan nak kami datang awal mana? Kalau nak buat SOP ketat, tambahlah space. Ramai pelanggan IKEA ni orang Islam. Solat tu wajib.

IKEA: Kami buat ni sebab Omicron naik.

Aku: Habis kenapa bagi orang beratur dekat foodcourt, dekat tempat beli ais krim tu bukan main rapat. Tak ada pula nak had empat orang? Ni kat sini, bersepah orang. Tak bising pula. Tak suruh pula mengadu KKM.

IKEA: Tak dengar ke kami buat pengumuman penjarakan sosial?

Aku: Jadi kenapa tak buat benda sama dekat surau? Kenapa nak kena control macam ni? Kenapa tak buat announcement je? Kenapa nak kena tahan orang macam ni?

IKEA: Ni surau kami. Kami tentukan SOP yang sesuai. Saya tak boleh buat apa-apa. (Masa ni, guard dah kerumun aku, jadi ada beberapa orang ambil peluang masuk surau ramai-ramai, tapi ada sorang perempuan tengah tunggu sebab guard sempat tahan)

Aku: Ni kakak ni, bagi lah dia masuk, sorang je pun. Lagi berapa minit je lagi dia nak solat.

IKEA: Tak boleh. Kena tunggu. Dalam penuh.

Aku: Dia memang terlepas Maghrib ni. Kesianlah.

IKEA: Saya tak boleh buat apa-apa. Kalau terlepas, qada' la.

Aku: Ya Allah kak. Akak ni orang Islam kot. Tahu hukum. Akak benarkan dia solat, tak kurang apa pun.

IKEA: Saya tak boleh buat apa. Ni surau kami. Ikut kami nak buat SOP macam mana.

Aku: Apa ni. IKEA tak ada sistem customer servis untuk selesaikan masalah senang macam ni.

IKEA: Kalau nak complain, sila tulis e-mail.

Aku: Habis saya tengah buat apa ni?

Guard IKEA: If you want to make a complaint, then you can write email to IKEA.

file7dwp2rb5uyg1bqccxn5o

Dakwa lelaki itu, dia juga ada membuat aduan menerusi e-mail. (Gambar Hiasan)

Aku: I told her just now, that I am complaining right now. That's why I asked who is the person in charge. But you all came and it is useless.

Guard IKEA: That's why I said if you want to complain.

Aku: I am complaining right now, face to face to her! Shut your mouth if you can't help anything.

Guard IKEA: Calm down. If you want to complain.

Aku: Shut up! (aku rasa, satu hall tu jugalah dengar suara aku).

IKEA: Jangan la menjerit. Datang rumah orang, buat kecoh pula.

Menurut lelaki itu, ibunya terus menarik tangannya untuk mengelakkan pertengkaran itu berlarutan.

Selepas pulang, dia juga ada membuat aduan menerusi emel, namun ia masih belum mendapat sebarang respon.

"Masa ni mak aku terus tarik tangan aku. Kang aku hilang akal, jadi satu masalah. Nak tak nak, aku pusing badan, gerak. Aku rasa kakak yang kena tahan tadi memang terlepas la Maghrib. Macam tu juga beberapa orang dekat bahagian lelaki.

"Aku malas nak melayan baran, aku balik, tulis emel dekat IKEA. Tapi apa reply pun tak dapat. Aku complain nak dia elokkan SOP, last-last "rumah orang" dia kata.

"Ni kalau reverse story telling aku la jadi penjahat. Tapi itulah yang terjadi. Pelajaran dan pengajaran, kau fikirlah sendiri. Gaduh mulut macam aku pun tak bagus. Bak kata ramai yang komen. Lain kali duduklah masjid waktu maghrib," tulisnya lagi.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih 4,500 tanda suka (likes) dan dihujani lebih 2,700 komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain