suria

Bakal suami tarik diri beberapa jam sebelum nikah kerana tak boleh lupa ex, wanita ini masuk hospital sebab ‘overdose’

Iekin berkongsi kisah duka ditinggalkan bakal suami beberapa jam menjelang majlis pernikahan mereka.

PELAMIN anganku musnah... mungkin itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan detik tragis apabila wanita ini ditinggalkan bakal suaminya pada hari pernikahan mereka.

Meskipun sudah lebih dua bulan berlalu, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Iekin ini tidak keberatan berkongsi kisah duka yang menjadi sejarah hitam dalam hidupnya.

Berkongsi dengan mStar, Iekin berkata dan bakal suaminya itu sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 8 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Selepas buat 2 kerja kumpul duit hantaran, GF minta putus... tahu-tahu bertunang dengan laki lain guna pelamin, baju tunang dipilih bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali frust tak jadi kahwin, gadis ini nikah lelaki kenal di IG... rupa-rupanya jarak rumah seminit je! - “Saya fikir dah tiada jodoh tahun ni”

"Kami sebenarnya kawan masa sekolah menengah dan lost contact beberapa tahun. Tahun lepas baru kami berhubung semula. Dalam tempoh tiga hingga empat bulan berkawan semula, dia luah nak kahwin. Saya kata, kalau betul nak kahwin, beritahu keluarga masing-masing.

"Semua okay dan kami proceed untuk majlis nikah. Waktu kami berkawan semula, saya tak pernah tahu sejarah hubungannya sebab dia beritahu dirinya single.

"Hinggalah segala-galanya terbongkar kira-kira seminggu sebelum tarikh nikah kami. Kelakuannya berubah. Rupa-rupanya dia masih berhubungan dengan bekas tunangnya.

"Saya hubungi sendiri wanita itu selepas keluarga si lelaki beri nombor telefonnya. Wanita itu tak tahu menahu lelaki itu nak kahwin dengan saya dan dia beri bukti perbualan mereka. Jelas sekali lelaki itu belum boleh move on," cerita Iekin.

Wanita berusia 29 tahun ini berkata, dia cuba bertanyakan sendiri hal berkenaan dengan bakal suaminya namun lelaki itu menafikan sekeras-kerasnya sehingga membibitkan pergaduhan besar.

"Sejak bergaduh itulah dia buat hal. Selalu keluar dan jarang balik ke rumah keluarganya. Saya call, Whatsapp semua tak jawab. Famili dia tolong cari juga.

iekin 1

Iekin membawa diri untuk mencari ketenangan.

"Beberapa hari sebelum nikah, dia beritahu nak teruskan majlis nikah. Tapi sehari sebelum majlis iaitu pada Jumaat, dia kata tak nak teruskan pula.

"Satu hari saya pujuk, tanya kenapa buat macam ni sambil menangis. Sedangkan semua dah prepare. Dia macam tak nak cakap banyak. Dia kata jumpa masjid esok," ujar Iekin yang merupakan pekerja sektor swasta dan juga jurusolek sambilan.

Sungguhpun begitu, Iekin berkata dia berasa tidak sedap hati dan apa yang dilalui sebelum ini membuatkannya sukar untuk tidur lena.

Sehinggalah sekitar pukul 3 pagi, dia menerima WhatsApp daripada lelaki berkenaan, yang memaklumkan perkara yang paling ditakutinya.

iekin 3

Iekin dimasukkan ke hospital gara-gara terlebih menelan pil.

"Dia hantar WhatsApp cakap tak boleh teruskan dan minta maaf. Bayangkan, pukul 10 pagi nanti sepatutnya kami nikah. Jantung saya dah laju.

"Saya call, mesej semua tak dapat dan tak lama kemudian dia block saya. Saya call pula ibu dia, dan ibunya kata dia memang dah tak nak. Subuh tu saya bergegas ke rumah keluarganya dan memang dia tak ada. Keretanya juga tak ada. Saya jadi blank dan terduduk," kata Iekin.

Menurut wanita ini, hari yang sepatutnya menjadi hari paling gembira dalam hidupnya, bertukar menjadi hari yang paling sedih.

Dek kerana bakal pengantin lelaki hilang, majlis pernikahan terpaksa dibatalkan.

Iekin berkata, dia sudah kering air mata dan tidak keruan, sehingga bertindak membawa diri untuk mencari ketenangan.

Apa yang dia buat bukan benda kecil. Saya elak untuk jumpa dia. Hati ini dah tertutup untuk dia.

IEKIN

Dia juga tidak menyedari menelan ubat untuk melupakan seketika kesedihannya sehingga 'overdose' dan dimasukkan ke hospital.

"Sebulan selepas itu, dia contact saya semula untuk minta maaf. Saya suruh dia minta maaf dekat ayah saya tetapi dia tak buat. Dalam pada itu saya tanya... banyak kali. Saya tanya kenapa dia buat macam tu. Jawapannya, hati tak boleh dipaksa.

"Kemudian dia pula yang try hard nak mendekati saya semula tapi saya serik. Saya block dia. Apa yang dia buat bukan benda kecil. Saya elak untuk jumpa dia. Hati ini dah tertutup untuk dia.

"Ayah pun beri amaran, kalau saya dekatinya, ayah tak mahu jadi wali. Begitu marah sekali ayah kepadanya," kata Iekin.

Sekadar mahu berkongsi kisah duka di media sosial untuk dijadikan pengajaran kepada insan lain, Iekin sama sekali tidak menyangka videonya menjadi tular.

iekin 2

Selain kelauarga, rakan-rakan dan mesej daripada insan yang prihatin menguatkan kembali semangat Iekin.

"Alhamdulillah, kini saya dah okay. Semua kerana doa ayah dan ibu. Begitu juga dengan kata-kata semangat dari insan sekeliling dan netizen.

"Sekarang ni saya masih fobia dan pastinya lebih berhati-hati jika nak mulakan hubungan dengan insan lain.

"Mesej saya, tak kira lelaki atau perempuan, jangan mainkan perasaan orang, jangan menipu. Kalau berdendam dengan bekas kekasih, jangan guna orang baharu untuk lempiaskan rasa geram," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain