KEPUTUSAN kerajaan membenarkan pengeluaran khas RM10,000 daripada simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Rata-ratanya menyambut gembira selain menyifatkan ia sebagai rezeki untuk menyambut kedatangan Syawal. ARTIKEL BERKAITAN: Pencarum KWSP dibenarkan keluar simpanan cecah RM10,000... PM minta rakyat fikir masak-masak! ARTIKEL BERKAITAN: RM50 paling minima, permohonan pengeluaran khas KWSP bermula 1 April Bagi mangsa banjir pula, pengeluaran itu sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan untuk membina semula rumah yang terjejas. Bagaimanapun, seorang pelayar media sosial tampil dengan perspektif berbeza kerana pencarum muda juga dapat melakukan pengeluaran. Mengambil kira implikasi pada masa hadapan pencarum terlibat, ujar pemilik akaun @ooikokhin, kerajaan disaran membina rumah orang tua yang berskala besar. Salah seorang netizen bersetuju dengan pandangan berkenaan. Jelasnya, ia bagi membantu pencarum yang kekurangan 'duit persaraan' dan bagi mereka yang tidak mempunyai anak untuk membantu dari segi kewangan. "Kerajaan dah boleh mula bina rumah orang tua on a mass scale. No, really. "Perumahan sosial baik untuk warga tua (tidak lama lagi) yang kehabisan KWSP... tidak mampu untuk bersara dan tidak mempunyai anak yang boleh menyediakan penjagaan mahupun memberi sokongan kewangan yang diperlukan," ciapnya di Twitter sejurus pengumuman khas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang pengeluaran RM10,000. Warga emas yang berada di rumah orang tua sering menghabiskan masa bersama. - Gambar hiasan Ciapannya itu mengundang pelbagai reaksi warganet dan kebanyakannya menyifatkan pandangan yang diberikan adalah wajar. Menurut Evelyn Teh, kenyataan tersebut bertepatan dengan situasi semasa dan kerajaan perlu mengkaji semula bangunan yang tidak diduduki daripada membina yang baharu. "Bangunan sedia ada selalunya berada di lokasi yang lebih baik dan berhampiran kemudahan awam. Warga emas juga memerlukan akses mudah untuk ke klinik awam, hospital, pasar dan kawasan hijau," balasnya. Seorang lagi pelayar menyatakan, dia kini sedang mencari 'lokasi' bersara, apabila tiba masanya nanti. Jika berbayar pula, mereka yang kekurangan simpanan KWSP pasti tidak dapat menampung kos perbelanjaan. Kebanyakan negara maju mengenakan bayaran untuk perkhidmatan seumpama itu. @fyoo_chr Bagi Muhazsab pula, dia mencadangkan supaya KWSP bekerjasama dengan rumah orang-orang tua seperti yang dilakukan syarikat insurans dengan hospital. "Daripada membayar terus kepada individu, KWSP membayar kepada rumah untuk menjaga pesara," ujarnya. Pemilik akaun @fyoo_chr berpandangan, jika kemudahan orang tua itu diberikan secara percuma, ia akan memberi kesan kepada pembayar cukai kerana kadar akan dinaikkan. "Jika berbayar pula, mereka yang kekurangan simpanan KWSP pasti tidak dapat menampung kos perbelanjaan. Kebanyakan negara maju mengenakan bayaran untuk perkhidmatan seumpama itu. "Cara terbaik ialah menyediakan dana untuk kategori ini di mana mereka membuat komitmen bulanan semasa untuk layak menyertai program kerajaan atau mungkin mengambil bahagian daripada KWSP mereka. Reaksi balas salah seorang netizen. "Dan sistem perumahan atau penjagaan tidak akan kekal milik mereka. Apabila mereka mati, ia pergi kepada orang lain. "Macam insurans dan Tabung Haji... tetapi diuruskan oleh kerajaan. Kerajaan boleh menampung jika dana mereka tidak mencukupi, tetapi mereka mesti mendaftar dalam skim itu terlebih dahulu. Saya bersetuju untuk membina unit baharu atau menggunakan perumahan sedia ada. "Mengenai dekat atau tidak dengan pusat bandar, mungkin tidak perlu. Selagi kerajaan memastikan ada pengangkutan yang tersedia (boleh bekerjasama dengan syarikat pengangkutan awam atau e-hailing) yang menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang mengalami kesukaran pergerakan atau hilang upaya. "Warga tua tidak memerlukan semua kehidupan bandar itu. Mereka yang memerlukannya, mungkin tidak memerlukan penjagaan warga emas bersubsidi," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI