suria

Tengok gigi pun seram, tapi ada individu berselera nak makan kalau tak nampak muncung... betul ke ini kari buaya?

Seorang individu berkongsi foto hidangan yang didakwa sebagai kari buaya di Facebook.

SEBUT sahaja mengenai kari, juadah itu cukup sinonim dimasak dengan ikan, ayam, kambing, itik dan sebagainya.

Namun, pelayar Facebook terkejut apabila seorang individu berkongsi foto masakan yang disebut sebagai 'crocodile curry' atau kari buaya.

Dalam posting tersebut, bahagian mulut dan kepala haiwan persis buaya itu diletakkan di dalam mangkuk putih berisi kuah kari.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuasa tular ketika PKP, FB ‘Masak Apa Tak jadi Hari Ni’ tarik perhatian PM

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai sertai grup FB ‘Suami Masak Apa Hari Ini?’ Kaum isteri jangan tercabar... resipinya bukan calang-calang!

"Semangkuk kari dengan daging buaya. Biasa dikenali sebagai C.C. Apabila melawat restoran tempatan, katakan anda mahukan C.C. dan ia akan dihidangkan segera.

"Daging dimasak dengan sempurna sehingga lembut, memudahkan untuk dimakan," tulis individu tersebut menerusi posting dalam group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Posting tersebut sehingga kini menerima lebih 260 komen netizen.

buaya2

Menurut laman web Mufti Wlayah Persekutuan, perbuatan memakan daging buaya hukumnya haram

Selain bertanya kesahihannya, ada netizen turut memberi penjelasan bahawa haiwan tersebut bukanlah buaya, sebaliknya spesis ikan dalam kategori sama.

"Ini ikan alligator gar. Rasanya gigi buaya tak macam ni," tulis Azahar Mustapha.

"Bukan buaya, alligator gar. Mulut muncung macam buaya tapi ekor macam ikan. Spesis ni kalau terlepas ke sungai habislah habitat," tulis Eyza Fariza pula.

Nampak macam berselera masakan tu. Kalau tak nampak muncung tu mungkin ada yang akan makan.

NETIZEN

Seorang lagi netizen turut berkongsi komen mengenai haiwan itu yang didakwa sering dijadikan sebagai ikan hiasan.

"Alligator gar... biasa mereka bela untuk ikan hiasan. Ada juga yang dilepaskan ke sungai, parit dan tasik selepas tidak lagi mampu untuk membelanya.

"Tak bagus untuk habital asal di negara kita. Rupa bentuk muncung macam jejulung sikit. Nampak macam berselera masakan tu. Kalau tak nampak muncung tu mungkin ada yang akan makan," tulis Adnan Nan.

Sehingga kini, individu yang memuat naik posting itu tidak memberi penjelasan mengenai sumber asal foto berkenaan sama ada ia dirakam dalam Malaysia mahupun di luar negara.

Dalam pada itu, perbuatan memakan daging buaya hukumnya haram, sebagaimana dijelaskan menerusi laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.

buaya3

Kata netizen, ia bukan buaya sebaliknya ikan alligator gar. (Foto: Joel Sartore - National geographic Photo Ark)

"Daging buaya dikategorikan sebagai najis kerana ia bukan daripada jenis haiwan yang halal dimakan, sama ada disembelih atau tidak."

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Buaya adalah haram dimakan mengikut pendapat yang sahih.” Rujuk Raudhah al-Talibin (3/275).

Ini kerana buaya meskipun dilihat hidup dua alam tetapi ia lebih bersifat haiwan darat yang menerkam mangsanya dengan taring dan bukan sepenuhnya hidupan akuatik.

Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (9/379) oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah; Mughni al-Muhtaj (6/146) oleh Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain