suria

Panas! Pengusaha bazar Ramadan ditegur jangan recycle makanan, cheese leleh tak payah... peniaga lelaki sila bercukur, ada mengadu setiap tahun jumpa bulu

Peniaga bazar Ramadan diingatkan agar sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan ketika mengendalikan makanan. Gambar hiasan

BERBAKI kurang dua minggu daripada sekarang, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Sebut sahaja Ramadan, pasti terbayang di minda pelbagai jenis juadah serta makanan yang dijual di bazar.

Ketika inilah rata-rata peniaga ligat mencari rezeki untuk meraih pendapatan berganda, tambahan pula kebanyakan orang lebih gemar membeli juadah 'ready to eat' atau siap dimakan bagi menjimatkan masa dan tenaga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bapa yang hebat tak perlu menunjukkan betapa sado otot mereka” - Laman FB kesihatan tegur aksi hand stand bayi, netizen ‘serang’ pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas video Rina Harun bersihkan sekolah jadi perhatian, tular posting kepentingan persekitaran bebas najis unggas, cicak

Bagaimanapun dalam keghairahan mahu mencari rezeki sempena Ramadan, peniaga makanan di bazar dinasihatkan agar menitikberatkan beberapa aspek penting.

Satu infografik yang dikeluarkan Public Health Malaysia (PHM) dengan tajuk besar 'Peringatan kepada peniaga bazar Ramadan' benar-benar mencuri perhatian umum.

Menerusi hantaran di Facebook, laman advokasi kesihatan itu menekankan kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan dengan menyenaraikan beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh golongan peniaga.

BAZAR 1

Infografik yang dikongsikan oleh PHM di laman Facebook.

"Jangan panaskan dan menjual makanan yang sudah dimasak beberapa hari.

"Masak dahulu air untuk keselamatan pelanggan," demikian menurut kapsyen dalam infografik berkenaan.

Selain itu, peniaga juga dinasihatkan untuk memastikan kuku tangan sentiasa pendek dan bersih ketika mengendalikan makanan.

"Tidak perlu memakai barang kemas seperti cincin dan gelang.

"Tidak perlu menu cheese leleh," tulisnya merujuk kepada menu viral berasaskan keju 'melimpah' sebagaimana yang kegilaan ramai ketika ini.

"Karipap berintikan 'oksigen' juga tidak digalakkan," tulisnya lagi.

Selalu tengok makanan yang dijual tu dibiarkan saja si lalat menjamu selera. Kadang-kadang sampai rumah bila buka makanan ada telur lalat.

NETIZEN

Sehingga kini perkongsian PHM di laman Facebook meraih sehingga melebihi 1,000 shares, selain dibanjiri komen netizen yang pelbagai.

Rata-rata warganet bersetuju dengan peringatan yang dikeluarkan laman advokasi berkenaan malah mereka turut tampil dengan cadangan tambahan untuk diambilkira oleh para peniaga di bazar.

"Admin kena tambah, untuk wanita yang 'free hair' sila tutup kepala selalu. Yang lelaki spesies bulu tangan banyak sila shave... memang akan jumpa setiap tahun bulu tangan ke bulu apa tak tahulah.

KOMEN

Antara komen netizen yang turut melontarkan cadangan pada perkongsian di laman PHM.

"Maaf ya, selalu tengok makanan yang dijual tu dibiarkan saja si lalat menjamu selera. Kadang-kadang sampai rumah bila buka makanan ada telur lalat. Ada juga time membeli tu tengok si lalat dan collapse dalam lauk juadah," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada yang mencadangkan agar pihak berwajib yang berkaitan agar sering membuat pemantauan di bazar bagi memastikan para peniaga mematuhi piawaian yang ditetapkan.

"Harap pihak berwajib selalu buat spot-check peniaga. Harap yang tak ada sijil pengendalian makanan, suntikan tifoid dan yang tak pakai proper boleh dihalang daripada mengendalikan makanan di bazar," tulis netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain