suria

Biar betul! Murid darjah 1 kena pulau sebab tak pakai beg jenama Smiggle? Ramai tuduh mak ayah reka cerita, pakar motivasi pun curiga

Perkongsian cerita 3 individu berbeza dengan kisah hampir sama membuatkan netizen ragu-ragu akan kesahihan kejadian yang berlaku.

MURID darjah satu menjadi tumpuan utama sejak sesi persekolahan dibuka pada Isnin lalu.

Kali pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan, sudah tentu banyak kisah-kisah menarik yang berlaku sepanjang minggu ini.

Ada yang menangis kerana enggan berpisah dengan ibu bapa, ada pula yang terlebih teruja kerana dapat berkenalan dengan kawan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tegur beg penghantar makanan berdaki, siap cadang cuci tiap bulan sebab bawa makanan bukan sampah... sekali abang rider bersuara!

ARTIKEL BERKAITAN: Suka-suka kongsi video sekolah, mata pula jadi perhatian! Dapat MRSM tapi remaja pilih maahad buktikan kalau dah minat, belajar jadi seronok

Namun, lain pula ceritanya di media sosial apabila beberapa individu berkongsi cerita, mendakwa anak mereka dipulaukan rakan-rakan kerana tidak menggunakan beg sekolah jenama Smiggle.

"Allahu. Hari ni hari pertama anak sekolah. Tanyalah dia, adik OK tak sekolah hari ni? Dia jawab tak ada orang nak kawin adik sebab adik tak pakai beg Smiggle.

"Kesian anak aku, tak apalah nak, ada rezeki lebih nanti mama belikan ya," tulis seorang wanita.

smiggle2

Tiga posting berbeza dengan jalan cerita dan gaya penulisan hampir 100 peratus sama.

Dua lagi individu turut berkongsi cerita hampir sama, namun hanya menukar nama watak sahaja sehingga mencetuskan keraguan dalam kalangan netizen.

Ada yang mempertikaikan kisah itu dan melabelkan ibu bapa berkenaan sengaja membuat cerita demi meraih populariti di media sosial.

Pada Rabu, seorang wanita dikenali sebagai Puteri Syazana Aimi mendakwa gambar beg tular tersebut dirakam sendiri olehnya dan tiada kaitan dengan kisah-kisah sedih ibu bapa murid-murid berkenaan.

Budak kalau pasal beg, depa lebih prefer gambar pada beg, bukan jenama.

AKHI FAIRUZ AL-JENGKAWI

"Kepada sesiapa yang jumpa tweet ni di Twitter atau Facebook, sila tolong report ya. Tu gambar saya upload kat Shopee untuk review, tak ada kaitan dengan Smiggle ke apa.

"Saya beli beg tu untuk anak umur tiga tahun bawa pergi playschool. Saya tak ajar anak saya guna barang branded walaupun kami berdua mampu. Admin akaun tu dah salah guna gambar tersebut. Sila bantu saya report kalau nampak lagi posting ini," ujar wanita berkenaan.

Dalam pada itu, penceramah dan pakar motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi turut berkongsi pendapatnya mengenai kisah itu.

akhi fairuz 1

Kata Akhi Fairuz, kanak-kanak biasanya tidak kisah akan jenama beg, sebaliknya mereka lebih tertarik kepada rekaannya.

Menurut Akhi Fairuz, tiga posting individu berbeza yang berkongsi kisah hampir sama membuatkan dia ragu-ragu dengan kesahihan kisah itu.

"Kalau satu post, mungkin kisah ini real. Tapi kalau tiga post dari orang yang berbeza dengan lenggok bahasa yang hampir sama, susah juga nak percaya benda ni betul.

"Lagipun anak-anak yang baru masuk darjah satu ni jenis tak memilih kawan. Ni pasal beg berbeza terus palau kawan nampak tak logik. Lagipun sekolah baru je bermula tiga hari lepas.

"Anak-anak masih lagi dalam fasa homesick, kejap-kejap keluar tandas, nangis nak mak, terkencing dalam seluar dan lain-lain. Marketing je semua ni, ujarnya di Facebook.

Brief Caption: Students with their faces masks walking in to the school during new school term starting nationwide in George Town area.  (March 21, 2022)— LIM BENG TATT/The Star

Sebahagian murid yang mula bersekolah Isnin lalu.

Tambah Akhi Fairuz, kanak-kanak biasanya tidak kisah akan jenama beg, sebaliknya mereka lebih tertarik akan rekaan beg tersebut.

"Budak kalau pasal beg, depa lebih prefer gambar pada beg, bukan jenama. Anak lelaki suka gambar dinosaur, Avengers dan lain-lain. Anak perempuan OK je kalau ada gambar Elsa, princess, Little Pony dan lain-lain.

"Namun, jika salah satu dari penulis ni membawa kisah yang benar, malang sekali pemikiran begini ada dalam jiwa anak kecil.

"Lebih malang lagi, siap compare jenis kereta parents, rasis dengan warna kulit yang berbeza dan lain-lain.

"Ketahuilah ini semua acuan orang dewasa yang diikuti oleh anak tanpa sedar," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain