TRAUMA yang dialami hampir menyebabkan impian anak muda dari Kuala Terengganu, Terengganu ini terkubur. Mana tidaknya, pengalaman ngeri yang dilalui pada 2019 menyebabkan dia berputus asa dan ingin kembali ke tanah air. ARTIKEL BERKAITAN: Graduan terharu pensyarah bertindak ‘sweet’ jadi pengganti keluarga di majlis konvo... sanggup berpanas, tunggu sejak pagi ARTIKEL BERKAITAN: Polis transform diri selepas 2 kali ‘frust’ menonggeng dengan lelaki! Dulu dihina sebab rupa, kini tenang bersama anak dan bisnes Lebih membimbangkan apabila, setiap kejadian yang dialami itu menjadi mimpi buruknya setiap hari sehingga kini. Namun, disebabkan dorongan serta sokongan keluarga tercinta, dia kuatkan semangat untuk terus berada di Mesir dan meneruskan pengajian dalam bidang Usuluddin di Universiti Al-Azhar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita kepada mStar, Muhammad Hariri Ikram Wahab memberitahu, kejadian yang dialaminya itu menyebabkan dia tidak mampu untuk bercerita kepada sesiapa dan hanya mempunyai kekuatan menceritakan kejadian sebenar baru-baru ini. Ujarnya, tragedi tersebut berlaku ketika dia berada di tahun pertama pengajian di universiti tersohor dunia itu. "Saya sampai Mesir pada 14 April 2018 dan kejadian tersebut berlaku pada 30 Januari 2019. Masa tu masih tahun satu sebab enam bulan pertama perlu belajar markaz bahasa. Perkongsian Hariri selepas dikeluarkan dari lokap Mesir. "Sebelum kejadian berlaku, saya dan dua lagi rakan dalam perjalanan ke kedai makan sekitar kawasan tempat tinggal... dalam 500 meter sahaja dari rumah. Jadi memang tidak bawa pasport bersama sebab lepas makan, nak terus pulang ke rumah. "Ketika perjalanan balik datang sebuah van polis berhenti betul-betul depan kami bertiga dan terus tahan. Pihak polis tersebut tanya pasport, tapi kami semua tidak membawanya dan dia arahkan untuk masuk ke dalam van tanpa sempat kami memberi alasan lain. Atase (tengah) yang banyak membantunya dan dua rakan untuk keluar dari penjara Mesir. "Dalam van tu, polis nak rampas semua telefon kami... mujurlah sebelum polis rampas saya dapat ilham untuk hantar pesanan suara 'salam saya kene naik van' kepada senior," katanya yang menyangkakan polis tersebut adalah penyamar kerana memakai baju biasa. Mengimbau kembali kenangan pahit tersebut, dia menzahirkan rasa syukur kerana pesanan suara yang dikirim sempat diterima seniornya sebelum telefon dirampas. Menurutnya, jika pesanan tersebut tidak dihantar pastinya dia akan berada lebih lama di dalam lokap di negeri asing kerana rakyat Malaysia yang lain tidak tahu tentang keberadaannya dan rakan-rakan. Bersama rakan-rakannya di Mesir. "Selama 10 hari juga kami berada di dalam lokap di Mesir. Sebelum ke lokap, polis akan mencari 'mangsa' yang lain sehingga van mereka penuh... antara rakyat luar yang ditangkap adalah mereka dari Sudan, Nigeria dan Somalia. "Lima hari pertama kami dipenjarakan di Qism 2. Di sini makanan yang kedutaan hantar akan sampai kepada rakyatnya manakala lima hari terakhir pula kami dipindahkan ke penjara kedua (Qism 1). "Langkah pertama ke situ, kami sudah dikepung dan semua duit, makanan termasuk pakaian kami dirampas banduan sedia ada. Penjara kedua teruk sikit kerana makanan yang dihantar diambil oleh banduan lain, disebabkan kami agak lemah dan tak mampu untuk melawan. Hariri tidak melepaskan peluang mengunjungi Turki. "Malah dalam tempat kedua ni setiap malam akan ada beberapa kelompok yang bergaduh sesama sendiri, tuduh-menuduh antara satu sama lain. Pernah satu hari mereka bergaduh sampai terpijak kepala saya yang tengah tidur dan lepas tu warden datang dan pukul mereka," jelasnya sambil memaklumkan semasa lima hari pertama mereka diasingkan manakala hari seterusnya mereka dicampurkan dalam satu bilik yang dihuni kira-kira 50 orang rakyat pelbagai negara. Berkongsi keadaan penjara di sana, ujarnya, individu yang ditahan tidak diberi makanan melainkan (eish) roti Mesir yang sudah lama basi atau keras. Ruang dalam penjara ni teramat sempit dan mereka bersaiz besar serta ganas, mujur ada seorang warga Somalia yang bernama Ali membantu kami ketika dalam tahanan. Dia agak baik dan selalu back-up kami, kalau nak solat, ada warga Nigeria akan bagi sedikit ruang. MUHAMMAD HARIRI IKRAM "Minuman memang air paip dalam toilet dan tandas sangat-sangat menyedihkan sehingga tidak tahu nak diceritakan keadaannya. Bayangkan satu tandas kongsi 50 orang. "Keadaan penjara juga sangat-sangat sesak kerana bilik yang agak kecik untuk 40 hingga 50 orang dalam satu-satu masa, tapi syukur waktu kami ditangkap musim sejuk, jadi kurang panasnya... kalau ditangkap musim panas tak dapat saya bayangkan keadaannya macam mana," jelas anak keempat daripada lima adik-beradik ini. Bercerita lanjut, ujar anak muda berusia 23 tahun ini, dia dan dua lagi rakan terpaksa tidur bergilir-gilir dan kadang-kadang terpaksa tidur dalam keadaan duduk. "Ruang dalam penjara ni teramat sempit dan mereka bersaiz besar serta ganas, mujur ada seorang warga Somalia yang bernama Ali membantu kami ketika dalam tahanan. Dia agak baik dan selalu back-up kami, kalau nak solat, ada warga Nigeria akan bagi sedikit ruang. Percutian ketika bersama keluarga di Terengganu. "Selepas penahanan kami diketahui pihak Kedutaan Malaysia, mereka cuba untuk mengeluarkan kami dengan cepat tetapi ada beberapa prosedur yang perlu dilalui hingga memakan masa 10 hari, antaranya pegawai atase perlu ke universiti untuk mengambil surat pengesahan pelajar," jelasnya yang bakal graduasi pada akhir tahun ini. Tambahnya yang sudah berada di tahun keempat pengajian, keluarganya teramat sedih kerana dia dipenjarakan di Mesir. Malah, katanya, keluarga akan menghubungi atase (duta setiap negeri) setiap hari kerana beliau yang banyak membantu proses keluar kami. Dalam pada itu, Hariri memberitahu, sepanjang tempoh 10 hari itu, ibunya terpaksa merahsiakan penahanannya daripada nenek Rakayah Ismail yang berusia 81 tahun. Bersama nenek tercinta. "Ibu tak mahu dia resah memikirkan keadaan saya dan selepas keluar baru nenek dimaklumkan... dia sangat sedih dan tak sangka perkara seumpama itu boleh berlaku. Saya bersekolah di Maahad Tahfiz Quran Terengganu bermula selepas PMR (Penilaian Menengah Rendah) sehingga STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). "Saya belajar di Al-Azhar dengan kehendak sendiri cuma sangat rapat dengan nenek sebab selalu tinggal bersamanya di kampung halaman. Sebelum pergi nenek ada pesan 'belajar betul-betul pastikan dapat grad on time, jaga diri baik-baik di tempat orang, di mana pun kita berada jangan tinggal solat'. "Kalau hubungi ibu dan bercakap dengan nenek, mesti dia akan menangis," luahnya sedih kerana tarikh terakhir berjumpa nenek adalah pada 12 Disember 2020. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI