"ISTERI saya jatuh terduduk! Hari pertama dan kedua emosinya tidak stabil, sekejap okey, sekejap termenung dan sekejap menangis." Demikian kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad Othman ketika berkongsi cerita mengenai isterinya yang menjadi mangsa scammer, beberapa hari lalu. Menurut lelaki berkenaan, kelicikan geng scammer yang menyamar sebagai kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis membuatkan isterinya seperti 'dipukau' sehingga akhirnya menyerahkan wang simpanan berjumlah kira-kira RM30,000. ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak sangat dah scam kat situ” - Sedang cakap telefon dengan scammer... sedar-sedar duit dalam bank dah lesap, polis pun pelik! ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris hangus RM10,000! Wanita ini hampir gadai barang kemas gara-gara taktik baru scammer... data peribadi tepat, confident level penipu sampai ke langit Bercerita mengenai insiden berkenaan, Muhammad berkata segala-galanya bermula apabila isterinya menerima surat daripada 'LHDN' yang mengatakan wanita itu tidak membayar cukai. "Sedangkan tiap-tiap bulan cukai ditolak secara automatik daripada gaji. Dia pun dah pun buat e-Filing. Surat ini kami tak tahu sama ada ia memang mukadimah kepada scam ini ataupun memang betul daripada LHDN. "Apapun kehadiran surat ini 'membantu' scammer menjadikan isteri saya lebih percaya dengan dakwaan-dakwaan dalam penipuan ini," ceritanya. Selang beberapa hari selepas menerima surat, Muhammad berkata isterinya dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ivan Lim iaitu ketua pegawai operasi cukai ibu pejabat LHDN. Dia beritahu terdapat tunggakan cukai sebanyak RM38,800.82, kononnya ia tunggakan daripada syarikat yang didaftarkan atas nama wanita itu di Kelantan," katanya. Modus operandi berterusan apabila perbualan mereka terus disambungkan kepada Balai Polis Kota Bharu, Kelantan. 'Waran tangkap' yang dikeluarkan untuk menakutkan mangsa. "Anggota yang dikenali sebagai Sarjan Nadia minta isteri buka laman web PDRM untuk sahkan nombor telefon balai Kota Bharu. "Isteri pun buka google dan check, nombor Balai Polis Kota Bharu ialah 09-7455622. Kemudian Sarjan Nadia kata dia akan matikan panggilan dan call semula menggunakan nombor itu. Memang keluar nombor yang sama. "Situasi tersebut menyakinkan lagi isteri saya bahawa ini bukan main-main," kongsinya lagi. Tambah Muhammad, talian selepas itu disambungkan kepada beberapa pihak termasuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, inspektor daripada jabatan siasatan jenayah komersial IPK Kelantan, dan dua lagi pegawai atasan lain, demi meyakinkan isterinya. "Inspektor tersebut forward waran tangkap. Selepas dah buat report, dia sambungkan pula isteri saya kepada 'Datuk ACP Zul' untuk membantu membersihkan nama isteri saya dan untuk rayuan menangguhkan waran tangkap. "Datuk ACP Zul ni bertanya tentang maklumat bank aktif yang isteri saya gunakan. Isteri saya pun dengan jujurnya bercerita tentang semua akaun bank yang dia ada. Proses scam ini bermula dari 8.38 pagi hingga 12.48 tengah hari. Sepanjang masa ini, scammer sentiasa berada di talian. MUHAMMAD OTHMAN "Datuk tu kata duit isteri saya di ASB ialah pelaburan, jadi dia tak dapat siasat 'kesucian' duit itu di ASB. Sebaliknya isteri saya perlu transfer semua duit dari ASB ke akaun sebuah bank supaya kononnya dapat disiasat oleh BNM. "Setelah sampai depan bank, 'Datuk' itu suruh buat transaksi. Setiap step 'Datuk' ni sentiasa tanya progress terkini. Langkah terakhir, 'Datuk' minta isteri saya untuk download sebuah aplikasi yang diberikan dalam WhatsApp," kongsinya. Menurutnya, dalam aplikasi tersebut, isterinya perlu mengisi maklumat-maklumat seperti nama bank, nama, nombor kad pengenalan, nombor kad Maybank, tarikh luput kad Maybank, serta username dan kata laluan aplikasi perbankan. "Isteri saya menurut sahaja, langsung tidak syak apa-apa. Proses scam ini bermula dari 8.38 pagi hingga 12.48 tengah hari. Sepanjang masa ini, scammer sentiasa berada di talian. "Perkara ini menyebabkan isteri saya tidak dapat menghubungi saya, atau keluarga lain untuk sebarang second opinion. Selesai sahaja semua ini, isteri saya pun pergi ke sekolah untuk bekerja seperti biasa. "Pada waktu petang, balik kerja, baru isteri saya terfikir untuk check akaun bank. Malangnya semua dah terlewat, akaun isteri saya hanya tinggal RM50 sahaja daripada RM30,000 lebih yang sepatutnya ada dalam akaun itu. Mangsa tanpa mengesyaki apa-apa telah memberikan maklumat mengenai bank aktif miliknya. "Lebih memeningkan apabila isteri saya juga tidak boleh semak transaction history untuk mengetahui ke mana hilangnya duit dalam akaun," kongsinya lagi. Bercerita lebih lanjut, Muhammad berkata dia dan isteri membuat laporan polis dan kes tersebut kini masih dalam siasatan. "Sekarang isteri saya nampak lebih kuat dan telah mula reda ini sebagai ketentuan Ilahi dan ujian dari-Nya. Sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan juga amat membantu. "Isteri saya telah menerima kenyataan yang duit simpanannya tidak akan dapat diperoleh semula. Jadi apa yang kami boleh buat sekarang ialah cuba meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap taktik Macau Scam ini. "Taktik mereka melibatkan proses menakutkan mangsa dengan tindakan undang-undang. Kaedah itu sentiasa berubah-ubah. Mungkin kerana sekarang ni musim isi e-Filing, maka mereka menyamar jadi LHDN. "Doakan kami kuat menghadapi ujian ini, dan semoga Allah bantu kami," akhirinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI