TERIMA dengan hati terbuka. Demikian kata seorang model lelaki apabila video dia sedang beraksi di pentas peragaan menerima kritikan segelintir netizen. Paling mencuri tumpuan tentunya komen seorang netizen yang menyamakan catwalk tersebut seperti gaya orang berjalan di bazar Ramadan. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 7 tahun selesa gaya lelaki, tapi gadis ini tak kekok jadi model koleksi Muslimah terbaru Aliff Syukri... terharu dihujani doa agar berubah ARTIKEL BERKAITAN: Wow, yakinnya kamu! Model plus size hanya fikir sayang diri sendiri, dah tak peduli pasal body shaming - “Terpulanglah kepada mulut mereka” Menurut Muhammad Afeq Nur Afiq Md Saad, 26, dia positif dengan segala kritikan di media sosial, malah melihat ia sebagai satu teguran membina. "Sama ada kecaman atau pujian, dua-dua saya terima. Disebabkan kecaman, makin ramai orang tengok video di TikTok saya. Dalam masa sama, saya belajar lagi untuk perbaiki diri. "Saya ambil positif dan terima dengan hati terbuka. Sebab tu saya tak pernah melenting. Apabila seorang individu kata gaya saya catwalk macam orang pergi pasar, saya hanya tergelak. Saya rasa kelakar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebenarnya cara model berjalan tu mengikut tema yang ditetapkan pereka fesyen. Ikut baju apa yang digayakan, lagu apa yang dimainkan. Tak semua jalan clean je. "Ada yang jalan slow, ada yang laju, ada juga yang kena nampak strong. Apa-apapun, ia berbalik kepada direction yang dimahukan oleh seseorang pereka," jelasnya kepada mStar. Bercerita lanjut,dia yang senang disapa Afiq mendedahkan mula berkecimpung dalam bidang itu secara sepenuh masa sejak tahun 2016. Afiq aktif menyertai perlumbaan vespa. Selain memperagakan pakaian pereka popular sehingga ke pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), Afiq juga acap kali menghiasi majalah-majalah tempatan sepanjang kerjayanya. "Permulaan kerja bidang ini, ceritanya agak panjang. Masa tu saya pergi umrah, lepas tu saya teringin nak merasa jadi model, sebab saya pun graduan bidang Fesyen, dalam keluarga pun ada tukang jahit. Sebenarnya cara berjalan tu ikut tema yang ditetapkan pereka fesyen, baju yang digayakan dan lagu apa yang dimainkan. AFIQ "Jadi saya berdoa depan Kaabah untuk merasa jadi model suatu hari nanti. Lepas balik umrah, ketika transit di Turki, tiba-tiba ada orang mesej di Instagram, ajak photoshoot. "Sejak detik itu saya jadi model, kemudian ke pentas peragaan pula. Selain itu, saya juga pernah tampil dalam majalah seperti EH! dan Glam," ujarnya yang menetap di Gombak, Selangor. Afiq menerima banyak tempahan tart Cadbury menjelang Aidilfitri. Pesan Afiq lagi, sesiapa sahaja yang berminat menceburi bidang itu tidak perlu ragu-ragu untuk mengejar impian mereka. "Ada juga yang mesej dan bertanya kepada saya mengenai bidang ini. Ada yang takut nak kejar impian jadi model, mungkin kerana pendek. "Bagi saya, tak kisah ada rupa ke tidak, pendek atau tinggi, yang penting cuba je. Kita tak tahu rezeki yang dah tertulis," ujar graduan Kolej Komuniti Sabak Bernam itu. Afiq juga berkebolehan membaiki motosikal. Selain bidang peragaan, Afiq juga tidak mempersiakan bakat dan kemahiran yang dimiliki untuk mencari rezeki dalam bidang-bidang lain. Selain menerima tempahan menjahit dan gunting rambut, Afiq juga menyediakan khidmat membaiki vespa dan turut aktif menyertai perlumbaan vespa di litar. Menurut Afiq yang juga bapa kepada dua cahaya mata, dia kini sibuk menghasilkan tart Cadbury menjelang Aidilfitri yang akan diraikan pada awal Mei ini. Afiq terjun dalam bidang peragaan sejak tahun 2016. "Sejak dulu lagi mak saya memang selalu buat tart nenas. Lama-kelamaan, ada orang order dan request letak coklat dalam tart. Selepas saya berkahwin pada tahun lepas, kami pula take over buat tart Cadbury. "Alhamdulillah, sambutan agak ramai tahun ini. Selain dalam Selangor, ada juga tempah dari Kedah," ujar bapa kepada seorang cahaya mata itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI