suria

Bapa baru meninggal, Dr Maza terima panggilan dari Brunei walau arwah tak pernah ke sana... Mahu wakaf atas nama ayah

Mohd Asri terharu apabila ada individu yang ingin mewakafkan pembinaan masjid atas nama bapanya.

TIADA siapa yang dapat menduga kemurahan hati seseorang kerana ia adalah urusan Allah.

Demikian luahan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selepas tiga hari bapanya, Allahyarham Zainul Abidin Osman dijemput Ilahi.

Mohd Asri berkata, beliau dihubungi seorang individu dari Brunei yang meminta nama penuh bapanya kerana mahu mewakafkan wang untuk pembinaan masjid atas nama allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan Anom! Hidup sebatang kara sambil tanggung skizofrenia, mujur ‘jatuh’ ke tangan pihak sepatutnya - “Dia harus diberi peluang kecapi kehidupan”

"Saya sangat bersyukur. Semalam seorang yang mulia daripada Brunei menghubungi saya meminta nama penuh ayahanda saya.

"Beliau beritahu saya yang beliau ingin mewakafkan wang untuk pembinaan masjid atas nama ayahanda saya," coretnya ringkas di laman Instagram beliau, @drmaza_official pada pagi Sabtu.

Hantaran di Instagram Dr Maza.

Hantaran di Instagram Mohd Asri.

Susulan itu, Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza mengakui terharu atas hasrat murni dan penuh bermakna itu.

Beliau menyifatkan kemurahan hati dan amalan yang dilakukan oleh individu terbabit sebagai rezeki pahala buat arwah bapanya.

Ayahanda saya dalam hayat tidak pernah ke Brunei, namun demikianlah urusan Allah yang kita duga dan tidak kita duga.

MOHD ASRI

Malah, beliau juga tidak menduga 'pemberian' daripada individu dari Brunei kerana sepanjang hayat arwah bapanya tidak pernah menjejakkan kaki ke negara jiran itu.

"Rezeki pahala buat ayahanda saya walaupun beliau telah pergi (meninggal dunia).

"Ayahanda saya dalam hayat tidak pernah ke Brunei, namun demikianlah urusan Allah yang kita duga dan tidak kita duga," ujarnya.

Dr Maza menziarahi kubur dan menitipkan doa buat ayahandanya yang meninggal dunia 13 April lalu.

Mohd Asri menziarahi kubur dan menitipkan doa buat ayahandanya yang meninggal dunia 13 April lalu.

Dalam pada itu, Mohd Asri turut menyatakan perkara seumpama itu boleh berlaku semasa manusia hidup dan setelah meninggal dunia.

"Doa sentiasa tersimpan di sisiNya. Kita mungkin telah lupa, tetapi Dia tidak lupa," katanya.

Allahyarham Zainul Abidin meninggal dunia di Hospital Tengku Fauziah (HTF) Kangar di Perlis akibat masalah kesihatan, pada 13 April lalu.

Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan takziah pada ruangan komen perkongsiannya.

Antara komentar netizen pada ruangan komen perkongsiannya.

Antara komentar netizen pada ruangan komen perkongsiannya.

Ada juga yang menyelit kata-kata semangat selain memuji kebesaran Allah.

"Betapa perancangan Allah menjangkaui kebolehan kita.

"Seperti mana yang disebut dalam hadis sahih... ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak-anak soleh.

"Alhamdulillah. Terbaik, semoga dengan niat murni itu dapat redha Allah dan pahala sepanjang masa," ujar netizen di ruangan komen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain