TERDESAK untuk mendapatkan wang dengan cara mudah, pelbagai taktik sanggup digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Dalam kebanyakan kes, pelaku lebih cenderung untuk menjadikan wanita atau golongan warga emas sebagai sasaran kerana dilihat lebih mudah untuk dimanipulasi. Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial berkongsi kejadian malang yang menimpa ibunya, yang merupakan warga emas dipukau sehingga kerugian wang tunai berjumlah RM600. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita aktif di Instagram jadi mangsa scam, identiti dicuri... si pelaku siap promote di grup cari jodoh! - “Suka hati letak umur 44 tahun, status pula ibu tunggal” ARTIKEL BERKAITAN: Guru pelik masyarakat kini ‘prihatin menonong’! Kawan sendiri pun sama, dapat mesej random terus bagi derma - “Teruslah... cuma prinsip aku jelas” Menurut pengguna bernama Nor Zaina Zanariah, ibunya yang tinggal di Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, Perak didatangi oleh seorang lelaki yang memakai pakaian seragam Tenaga Nasional Berhad (TNB), kira-kira pukul 2 petang ketika bersendirian di rumah. "Katanya nak tengok kotak api depan rumah dan nak tahu nombor siri tong gas dengan alasan rumah di kampung sebelah tong gas seorang penduduk meletup sampai kena panggil bomba. "Mak saya seperti dipukau terus buka pintu. Kebetulan mak saya tinggal seorang diri. Saya pula balik lambat dari sekolah kerana ada mesyuarat. "Apabila orang tu masuk ke rumah, terus dia ke dapur dan tengok-tengok tong gas. Tiba-tiba dia minta pisau. Mak saya pun beri pisau kepadanya," ceritanya menerusi satu hantaran di Facebook. Kepala gas yang masih baharu kerana ditukar kira-kira sebulan lalu. Namun, apa yang belaku apabila lelaki itu menggunakan pisau tersebut untuk menoreh paip saluran gas dan memberitahu paip getah berkenaan bocor. Tanpa meminta kebenaran, lelaki berkenaan selamba menukar paip getah yang didakwa 'bocor' dan menggantikannya dengan yang baharu. "Selesai semuanya, dia meminta bayaran sebanyak RM600 dan mak terus bayar. Tak terfikir harganya sangat mahal. Dia siap minta mak tandatangan resit tetapi resit tersebut dibawanya pulang. "Bila orang tu dah balik baru mak saya tersedar yang dia dipukau dan baru terfikir harga paip tu mahal sangat, dan paip getah gas baru saja ditukar pada bulan lepas. "Mak terus telefon kakak saudara yang bekerja di TNB dan menceritakan perkara yang berlaku. Kakak saudara cakap pihak TNB tak ada buat pekerjaan tukar paip gas di rumah pelanggan. Di situ memang mak saya sedar dia telah ditipu dan dipukau," ceritanya lagi. Bila orang tu dah balik baru mak saya tersedar yang dia dipukau dan baru terfikir harga paip tu mahal sangat, dan paip getah gas baru saja ditukar pada bulan lepas. NOR ZAINA ZANARIAH Tambah wanita ini lagi, ibunya masih mengingati dengan jelas ciri fizikal lelaki yang menyamar sebagai staf TNB. "Mak cakap orangnya berkulit cerah, berbadan agak gempal dan agak berusia. Datang menaiki motor. "Diharap semua yang berada di rumah terutama golongan warga emas supaya berhati-hati dengan orang seperti ini," kongsinya lagi. Sehingga kini hantaran di laman Facebook meraih lebih 1,000 kali. Menerusi ruangan komen, segelintir warganet turut berkongsi pengalaman yang seakan hampir sama dengan apa yang dialami oleh ibu kepada wanita berkenaan. Komen netizen yang turut berkongsi pengalaman hampir serupa. "Mentua saya kena tahun lepas dekat Kampung Pengkalan Pegoh. Rasanya dia memang sasar orang-orang tua. Modus sama mula-mula berlakon sebagai TNB kata rumah belah sana meter terbakar dan nak periksa meter... kemudian melarat ke kepala gas," komen @nurnazsriz. "Mak saya di Beruas juga terkena. Kepala gas dan hose sama macam ni. RM600 melayang. Tapi kejadian dah lama, sebelum PKP lagi," tulis @ayasuraya. "Mak saya pun terkena juga tapi sempat saya sampai. Dia dah tukar, saya arah tukar balik yang asal padahal baru sebulan saya tukar kepala gas," tulis @Khairol Azman Mahamad Shari. Selain itu, warganet yang berkongsi petua untuk mengelakkan kejadian pukau, di mana antaranya meletak kucing di dalam rumah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI