suria

Demi anak, bapa redah masuk tandas wanita nak tukar lampin! Sesak atau sunyi tetap tak selesa, terbayang ada yang panik menjerit

Mustakim membawa anak berusia dua tahun menggunakan bilik tukar lampin dekat tandas wanita di sebuah pusat beli-belah. Gambar kecil Mustakim bersama isteri dan anak.

BUKAN hanya wanita, lelaki kini mengambil alih tugas isteri dengan menukar lampin anak.

Namun, seorang lelaki terpaksa meredah masuk ke tandas wanita untuk menggunakan kemudahan menukar lampin bayi.

Apa yang lebih mengejutkan, pengalaman itu dilaluinya dia sebuah pusat beli-belah!

ARTIKEL BERKAITAN: Panik! Asyik masuk keluar bilik persalinan, anak saudara usia setahun terkunci di R&R... mujur bantuan segera sampai tapi kenapa teriakan si kecil makin kuat?

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dalam pantang menjerit cemas satu bilik berasap gara-gara tungku usia 38 tahun, cadar dan tilam terbakar... apa suami dah buat?

Berkongsi pengalaman dengan mStar, lelaki berkenaan, Mustakim Ismail berkata, insiden berlaku ketika dia berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di Putrajaya bersama isteri dan seorang anak perempuan berusia dua tahun, pada Khamis lalu.

masuk tandas wanita 6

Laluan ke bilik tukar lampin perlu melalui pintu tandas wanita.

Bapa berusia 31 tahun itu memberitahu, ketika itu dia dan isteri yang sedang hamil hampir lima bulan baru selesai menikmati juadah berbuka puasa sekitar pukul 8 malam.

"Selepas berbuka, anak kami meragam sebab buang air besar. Saya bergegas cari kemudahan tukar lampin bayi. Isteri hamil jadi saya biarkan dia berehat tak perlu angkat berat-berat dengan anak dan beg keperluan anak.

"Tapi setibanya di sana saya memang terkejut sebab changing room (bilik tukar lampin) di kawasan tandas wanita. Saya perlu masuk pintu dengan papan tanda tandas perempuan yang turut menempatkan kemudahan untuk bayi bersebelahan," katanya ketika dihubungi.

masuk tandas wanita 7

Mustakim lebih selesa mendukung anaknya sekiranya tidak menggunakan kereta sorong.

Mustakim yang berasal dari Jerantut, Pahang berkata, hasratnya tergendala sebaik melihat begitu ramai wanita yang keluar masak di tandas di aras bawah tu.

"Masa kat tandas di aras LG tu ramai sangat sampai beratur sebab mungkin baru lepas waktu berbuka puasa. Tapi macam mana saya nak masuk sedangkan saya lelaki?

"Saya tetap kena tukar lampin untuk anak, kalau kencing tu okay lagi tapi ni anak berak. Sambil dukung anak dan bawa beg barang anak, saya naik ke aras G, pun penuh.

"Sudahnya saya bergegas ke tingkat tiga sebab tak ada orang. Kami bawa stroller, tapi sebab ambil masa kalau guna lif, jadi saya dukung anak sambil bawa beg naik ke tingkat atas guna eskalator," ujarnya menetap di Shah Alam, Selangor.

masuk tandas wanita 9

Mustakim (kanan) bersama isteri (kiri) dan anak.

Biarpun tiada orang di aras tiga, usahawan itu berdebar ketika menggunakan kemudahan tersebut kerana kedudukannya bersebelahan dengan laluan masuk ke tandas wanita.

"Kalau ramai orang sebenarnya okay lagi sebab saya hanya nak guna kemudahan untuk anak, tapi masa tu terlalu sesak. Di tingkat atas yang lebih sunyi, takut orang tersalah sangka pula.

Sekarang ni tugas tukar lampin bukan kaum ibu dan isteri saja, ramai lelaki dah buat. Jadi kenalah beri keselesaan kepada kami yang lelaki.

MUSTAKIM ISMAIL

"Tak selesa kalau tiba-tiba ada perempuan keluar dari tandas, lebih risau jika ada yang jenis panik dan menjerit. Orang akan ingat saya buat benda yang bukan-bukan.

"Walaupun saya bersama anak, tapi saya masih seorang lelaki yang berada terlalu dekat tandas wanita," ujarnya yang menggunakan kemudahan itu selama kira-kira 10 minit.

masuk tandas wanita 8

Menurut Mustaqim, golongan bapa juga kini melakukan tanggungjawab menukar lampin anak.

Sehubungan itu, Mustakim berkata, pihak pengurusan pusat beli-belah disarankan untuk lebih peka dengan persekitaran di samping memberi keselesaan kepada para pengunjung.

"Bilik untuk tukar lampin dan menyusu anak ni diletakkan di ruangan di luar tandas lelaki dan perempuan, atau berdekatan seperti tandas untuk OKU (orang kelainan upaya).

"Design kena ubah, jangan ke dalam. Sekarang ni tugas tukar lampin bukan kaum ibu dan isteri saja, ramai lelaki dah buat. Jadi kenalah beri keselesaan kepada kami yang lelaki.

"Satu pengalaman tak dapat dilupakan, tapi anak dah merengek berak jadi saya kena usahakan. Jujurnya, saya kecewa kerana kemudahan seperti ini sepatutnya dipermudahkan.

"Saya harap perkongsian saya dapat educate setiap operator mall supaya lebih mesra pengunjung dan ada common sense dalam menyediakan kemudahan untuk anak dan ibu bapa yang selesa digunakan baik lelaki mahupun perempuan," katanya.

Perkongsian mengenai pengalaman Mustakim di laman Twitter diulang kicah lebih 11,000 kali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain