suria

Keras macam batu, baling ke lantai pun tak pecah! Habis terbantut pelanggan nak berbuka ketupat, risau juga gigi boleh patah

Ketupat keras itu langsung tidak pecah biarpun dibaling ke atas lantai.

KETUPAT bukan sahaja menjadi hidangan wajib merai lebaran, malah ia juga dinikmati bersama rendang dan serunding sepanjang bulan Ramadan.

Namun tidak sedap dilihat adalah satu video yang tular, menunjukkan seorang peniaga didakwa menjual ketupat yang dipanaskan semula sehingga teksturnya bertukar keras seperti batu.

ARTIKEL BERKAITAN: Akak ni beli Mee Tonggek viral RM30 dengan sotong, tapi jumpa banyak ulat... Netizen syak gerai disihir, PPj dah ambil tindakan!

ARTIKEL BERKAITAN: Kes ulat dalam mi, KJ arah penguatkuasaan di bazar Ramadan dipertingkat

Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Muslim Hashim membuat pendedahan itu menerusi aplikasi TikTok sehingga ia tular dan meraih lebih 130,000 tontonan.

"Tengoklah sekmung (kamu), berbuka puasa beli ketupat RM2, nak makan ketupat, nak ambil isi kena pakai lesung. 50 sen sebutir.

"Dah la aku berbuka puasa makan benda ni je. Roti John untuk makan nanti," ujar pelanggan itu.

Dalam video sama, dia turut mengetuk ketupat berkenaan menggunakan lesung batu.

tupat2

Pelanggan itu berkongsi video menerusi laman TikTok.

Dia kemudian membaling ketupat berkenaan ke lantai untuk membuktikan tekstur keras hidangan berkenaan.

Apa yang mengejutkan apabila ketupat itu langsung tidak pecah, malah teksturnya kelihatan masih sama selepas dibaling ke lantai.

"Ya Allah, nak berniaga pun," ujar pelanggan itu lagi.

Biasa kalau keras macam tu, yang tak habis semalam dia goreng perhangatkan semula.

NETIZEN

Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut meluahkan rasa kasihan terhadap lelaki berkenaan.

Pada masa sama, ramai yang turut menjadikan ketupat yang dibelinya sebagai bahan jenaka.

"Jangan lempar rezeki bang. Kalau keras sangat tak perlu makan, nanti patah gigi.

"Mak ai macam mana lah niaga benda macam ni?

"Benda tu dah seminggu punya, penjual duk ulang panaskan jual balik.

"Biasa kalau keras macam tu, yang tak habis semalam dia goreng perhangatkan semula.

553

Kes ulat dalam mi yang dijual di bazar Ramadan turut tular pada minggu lalu.

"Saya kasihan tapi tergelak sekali, maafkan saya," komen beberapa netizen.

Untuk rekod, ia bukanlah kejadian pertama melibatkan kualiti makanan yang teruk sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Jumaat lalu, netizen gempar dengan kisah seorang pelanggan yang menemui ulat dalam hidangan Mee Tonggek yang dibelinya di Bazar Ramadan Putrajaya.

Penangan kuasa tular, pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan.

Malah, kes itu turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) meningkatkan penguatkuasaan di bazar Ramadan di seluruh negara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain