AIDILFITRI pada kali ini sememangnya dinanti-nantikan oleh setiap orang khususnya anak perantau selepas dua tahun tidak dapat pulang ke kampung halaman dek penularan wabak Covid-19. Ketika ramai yang teruja dan sudahpun memohon cuti panjang untuk pulang berhari raya, namun ada segelintir insan yang tidak dapat meraikannya bersama-sama keluarga. Ada yang terpaksa beraya di perantauan kerana kekangan tugas, ada pula yang sudah kehilangan ibu bapa. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai merungut raya ‘single’ tiada pasangan, nasib wanita ini lebih pedih sambut Aidilfitri sebatang kara tanpa ibu bapa ARTIKEL BERKAITAN: Balik raya setahun sekali tapi banyak ‘complaint’ cara adik-beradik di kampung jaga mak ayah... Ini pesan kaunselor keluarga! Namun berlainan pula kisahnya dengan seorang individu ini yang lebih selesa berada di perantauan dan berhari raya seorang diri jauh dari keluarga di tanah air. Menerusi nukilan yang dikongsikan oleh personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter, individu tersebut berkata dia sudah mula berjauhan dengan keluarga sejak berusia 13 tahun kerana memasuki sekolah berasrama. Luahan perasaan seorang anak perantau sebagaimana yang dikongsikan di Twitter Ahmad Fedtri Yahya. "Masa sekolah asrama, sebulan sekali balik jumpa famili. Kemudian sambung belajar universiti total enam tahun, lagi jauh daripada famili. Setahun dua kali saja balik jumpa famili. "Habis belajar, first job di overseas, hidup seorang diri di negara lain. Sampailah sekarang saya dah bekerja di beberapa negara, seorang diri," tulis individu berusia 31 tahun itu. Tambah individu berkenaan, kali terakhir dia pulang ke tanah air bertemu keluarga adalah tiga tahun lalu, sebelum pandemik Covid-19 menyerang seluruh dunia. Individu tersebut kali terakhir pulang ke Malaysia tiga tahun lalu. Gambar hiasan. Katanya, disebabkan terbiasa berjauhan untuk jangka masa yang lama, hubungannya dengan keluarga semakin renggang. "Rasa macam makin tak rapat dengan famili sendiri. Nak call seminggu sekali pun susah. Dah rasa macam a chore (bebanan). Tak ada rasa yang kuat untuk balik Malaysia. "Ni dah dekat raya, tahun ini tahun keempat saya raya seorang diri. Daripada segi kewangan, memang tak pernah lupa bagi duit dekat famili. Tapi itulah, setakat bagi duit. Famili pun macam dah tak kisah saya tak balik Malaysia. Nampak macam mereka ignore. Tapi sebenarnya kita yang kena approach dulu. Sementara masih ada masa balik, spent time sama-sama. NETIZEN "Parents hantar duduk asrama, masuk universiti elok untuk saya berjaya, dan rasa macam dah berjaya. Tapi sekarang dengan famili sendiri rasa macam stranger dah," luahnya. Perkongsian tersebut turut menarik perhatian warganet untuk berkongsi cadangan dan nasihat agar hubungan individu berkenaan dengan keluarganya kembali pulih. "Peruntukkan beberapa minggu masa anda dan habiskan dengan ibu bapa. Bukan apa, kalau balik jumpa ibu bapa kejap-kejap ni tak ada benda nak sembang sangat. Kalau balik selama dua atau tiga minggu, insyaAllah ada la benda mereka luahkan sesuatu dekat anak," komen @hafiz. Sungguhpun masih mempunyai keluarga, individu tersebut berasa seperti 'orang asing' dalam keluarga sendiri. Gambar hiasan "Jika tak ada isu dengan parents seperti gaduh tak sefaham ke apa, baliklah. Sesetengah ibu bapa ni kadang-kadang takkan telefon, tanya khabar ke apa. Nampak macam mereka ignore. Tapi sebenarnya kita yang kena approach dulu. Sementara masih ada masa balik, spent time sama-sama," komen @ferrah. "Awak berjaya sampai tahap sekarang sebab apa? Sebab reda kedua ibu bapa awak. Jadi pulanglah sekerap yang boleh bertemu mereka. Akan menyesal suatu hari jika awak kehilangan salah seorang. Ini yang saya rasa sekarang," kata @bintiajiz. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI