suria

Nak melaram 1 Syawal terbantut! Baju raya jenama terkenal tak sepadan seperti iklan, netizen kata jangan samakan dengan model

Keadaan baju berjenama yang ingin dipakai pada Hari Raya Aidilfitri.

MENJELANG minggu terakhir Ramadan, pastinya umat Islam mula sibuk membuat persiapan untuk menyambut 1 Syawal.

Maka tidak hairanlah apabila media sosial dipenuhi dengan baju raya yang sudah dibeli mahupun siap ditempah.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer jual baju online dari seberang! Guna taktik 'petik' nama Kastam 'perah' duit mangsa

ARTIKEL BERKATAN: Merana duit KWSP lesap! Hasrat cari 'maid' sambilan jadi mimpi ngeri, scammer selindung sebalik khidmat kemas rumah

Namun apa yang tidak sedap didengar, sejak akhir-akhir ini beberapa posting menyaksikan luahan rasa tidak puas hati mereka dengan kebanyakannya melibatkan baju raya yang dibeli.

Malah ramai yang menjadikan audio rungutan seorang individu menyatakan dirinya sebagai pembeli yang ditipu menjadi trend kepada setiap perkongsian itu.

Nisa merupakan jurusolek di Kedah.

Nisa merupakan jurusolek di Kedah.

Terbaharu, Nur Annisa Mohammad yang berkongsi beberapa video menunjukkan baju yang diterimanya tidak seperti yang diiklankan oleh jenama terkenal.

Bermula dengan memaparkan video anaknya mencuba baju yang belum digosok sehinggalah baju tersebut diubah suai.

"Hari tu ada cakap sebab tidak gosok. Saya bukan komplen kualiti kain dan katakan baju tidak elok cuma mempersoalkan tentang potongan... baju tu nampak tak cantik sebab dari bahu ke pinggang sangat tinggi dan ada yang menyatakan anak saya sealah-olah memakai sampin.

Harga bagi sepasang bajunya adalah RM199.

Harga bagi sepasang bajunya adalah RM199.

"Lace kat dalam tu okay tetapi brocade dekat luar terlalu menonjol dan terkeluar. Pinggang dan bahu dia semua terletak elok pada badan cuma bahagian lapisan luar," ujarnya yang membeli lima pasang baju pelbagai saiz termasuk baju Melayu daripada jenama terkenal khususnya koleksi baju raya, dengan jumlah keseluruhan RM835.

Ujar wanita berusia 33 tahun itu, jenama tersebut pertama kali dibelinya dan menjadi pilihan pada tahun ini kerana sebelum ini sering mendengar maklum balas positif daripada rakan-rakan.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana tiga pasang baju Melayu yang dibeli sepadan dengan suami dan seorang lagi anak lelaki.

"Barang ni sampai lewat Khamis dan sempat cuba pada anak sahaja, kemudian saya ke Kelantan pada pagi Jumaat kerana ada urusan keluarga dan semalam (Ahad) baru sampai di Kedah untuk check baju-baju ni.

Nisa juga menghantar aduan menerusi WhatsApp dan menunjukkan bukti.

Nisa juga menghantar aduan menerusi WhatsApp dan menunjukkan bukti.

"Baju saya pula bukan sahaja ada masalah pada bahagian depan tetapi zip belakang dia juga. Aduan menerusi emel dan WhatsApp tidak dibalas mereka," ujarnya yang turut terkejut apabila mendapati ramai yang meninggalkan komen mengalami masalah sama dengan jenama tersebut.

Tambahnya yang mesra dipanggil Nisa, perkara lebih mengecewakan adalah hasrat untuk photoshoot raya menggunakan jenama terkenal pada tahun ini tidak kesampaian.

Perkongsiannya itu juga mendapat maklum balas negatif segelintir netizen, termasuk menyatakan dia membeli baju untuk anaknya mengikut saiz orang dewasa.

Justeru, bagi menjelaskan lagi perkara tersebut, Nisa memuat naik satu lagi video yang memaparkan dirinya memakai baju itu sendiri.

Beberapa netizen pernah mengalami masalah sama.

Beberapa netizen pernah mengalami masalah sama.

"Saya ambil saiz M seperti chart yang diberikan, pun kena lipat dua inci macam anak saya pakai. Saiz okay tapi potongan brocade luar yang terjengul menyebabkan saya perlu pin dua inci supaya tidak nampak pelik.

"Ada yang cakap saya ambil saiz budak, kalau saiz budak bahagian pinggul dan dada tidak akan muat," luahnya yang turut berkongsi video memasukkan beberapa helai tudung pada brocade berkenaan.

Selain dikatakan tidak memilih ukuran yang tepat semasa membuat tempahan, terdapat beberapa netizen yang 'body shaming' dirinya.

Kita tidak boleh nak samakan badan kita dengan model.

NETIZEN

"Lain kali jangan beli baju yang tubuh slim tinggi sebab tak sesuai untuk badan macam mesin basuh dan pendek... lepas itu banyak 'songeh' (cerewet).

"Tengok badan tu, jangan harap sebiji macam model.

"Bukan salah baju, salah badan kita... kita tidak boleh nak samakan badan kita dengan model," komen beberapa netizen selain ada yang membuat jenaka dengan menyatakan lebihan tersebut untuk memudahkannya 'tapau' lemang raya.

Selain beberapa wanita yang menularkan video baju ditempah tidak seperti yang diiklankan, seorang lelaki yang menggunakan akaun @themarcellangkong turut meluahkan kemarahannya apabila warna baju yang diterima berbeza dengan tempahan dibuatnya.

Salah seorang netizen yang turut tidak puas hati dengan baju berjenama yang dibelinya.

Seorang netizen yang turut tidak puas hati dengan baju berjenama yang dibelinya.

Dia juga mengakui bahawa pihak penjual terlibat tidak memberi respons terhadap pertanyaan yang dibuat.

"Kau kalau sibuk sangat aku tahu, sebab baju terkenal... aku pun sokong jualan baju ni dan kalau tidak kerana sepupu aku di Singapura yang nak beli, aku pun tidak ingin nak pakai (jenama) kau punya.

"Tengok apa yang kau bagi, aku order warna lain tapi dapat warna lain. Pesan kat staf jangan kurang ajar, kalau orang mesej... reply. Aku pelanggan, beli beribu bukan RM1," luahnya marah.

Video yang dimuat naiknya itu ditonton lebih 2.9 juta pelayar dan ada yang menyatakan pernah mengalami situasi sama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain