suria

12 minit lesap RM30,000! Suami isteri menggigil, rasa nak gugur jantung kena ‘scam’ servis kemas rumah

Sepasang suami isteri menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat yang menawarkan servis mengemas rumah.

KECOH insiden seorang perunding takaful yang menjadi mangsa penipuan scammer yang berselindung di sebalik servis mengemas rumah, hingga kehilangan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkannya mencecah ribuan ringgit.

Terbaharu, seorang lagi individu menjadi mangsa kepada servis yang sama, namun kali ini kerugian yang ditanggungnya jauh lebih besar iaitu kira-kira RM30,000!

Nasib malang individu tersebut dikongsikan oleh seorang pelayar, Fiq Ahmad, yang juga rakan mangsa menerusi bebenang di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Merana duit KWSP lesap! Hasrat cari ‘maid’ sambilan jadi mimpi ngeri, scammer selindung sebalik khidmat kemas rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer e-wallet! Kad kredit declined tapi berjaya top up RM700, juruwang mungkin dipukau atau ‘pening’ ketika kejadian

"Dalam minggu ni aku dan isteri survey partime cleaner yang available hujung minggu ni. Kemudian kami jumpa iklan di Facebook part time maid yang menawarkan harga murah. Kemudian mulalah komunikasi seterusnya," demikian kata mangsa mengenai insiden pada 28 April lalu, seperti yang diceritakan semula oleh Fiq Ahmad.

Menurut mangsa, syarikat yang menawarkan perkhidmatan mengemas rumah itu memintanya supaya membuat tempahan temu janji (appointment) pada pautan yang diberikan dan membuat bayaran dalam pautan sama.

scam maid 1

Kejadian yang menimpa pasangan berkenaan dikongsikan oleh rakan mereka menerusi satu bebenang di Twitter.

"Aku pun log in dan install apps (aplikasi). Bila dah log in kemudian proceed button payment online. Aku pilih logo Maybank2u untuk bayar deposit.

"Masa tu tak ada apa yang mencurigakan sebab kaedah bayaran sama macam transaksi yang lain.

"Bila masuk username dan password saja error. Dua, tiga kali cuba tapi tak boleh juga. Jadi, aku terus respons ke syarikat tu yang apps dia problem dan payment rejected.

"Esoknya 29 April 2022 jam 3.30 petang, syarikat tu respons dia tak boleh lock slot cleaning selagi tak terima payment," kongsinya.

maid 1

Iklan servis yang ditawarkan (kiri) dan tangkap layar perbualan mangsa menerusi aplikasi Whatsapp.

Disebabkan mahu meneruskan tempahan slot, mangsa cuba melakukan transaksi menerusi akaun bank lain milik isterinya, namun masalah sama berlaku.

"Aku inform syarikat tu yang aku masih tak boleh akses untuk payment. Dia setuju untuk kami bayar cash sahaja selepas cleaning service.

"Tak lama selepas itu dalam 15 hingga 20 minit, isteri dapat notifikasi dekat inbox ada pengeluaran akaun.

"Selang dua minit sebanyak enam kali transaksi yang mana setiap transaksi berjumlah RM5,000 lebih. Isteri jerit 'B..... duit sayang!'.

Scammer ni transfer duit aku lebih RM16,000 ke akaun CIMB isteri aku. Dia songlap semua duit hampir RM30,000. Fuh masa tu nak gugur rasanya jantung.

MANGSA

"Bila aku tengok inbox SMS tu, duit akaun isteri dah pindah masuk ke akaun orang lain. Isteri dah nangis masa tu, tangan dia menggigil," imbasnya.

Berdepan situasi mencemaskan itu, mangsa segera menyemak akaun bank miliknya dan ternyata apa yang dikhuatirinya menjadi kenyataan.

"Aku terus check, kemudian tengok akaun tinggal RM20 je... scammer ni transfer duit aku lebih RM16,000 ke akaun CIMB isteri aku. Dia songlap semua duit hampir RM30,000. Fuh masa tu nak gugur rasanya jantung. Sedih tak boleh nak cakaplah," cerita mangsa lagi.

Tambahnya lagi, dia dan isteri segera berhubung dengan bank untuk membuat aduan dan kemudian membuat laporan polis agar siasatan dijalankan.

"Mula-mula kena kami berdua memang down dengan ujian ni. Bila kami bincang-bincang balik dan muhasabah. Maybe ini teguran Allah dekat kami.

maid 2

Tangkap layar transaksi dari akaun mangsa pada 29 April lalu.

"Isteri cakap, tak apa kalau Allah tetapkan duit tu rezeki kita Insya-Allah kita akan dapat balik. Tapi kalau bukan rezeki kita, Insya-Allah Allah akan gantikan dengan rezeki yang sama atau lebih untuk kita dari pelbagai sumber.

"Masa tu baru aku cool sikit, mana taknya duit claim komisyen aku tu. Mahunya tak menangis, nak raya plak tu.

"Aku nak ingatkan kau orang. Ingat dengan macam-macam scammer sekarang. Alert dengan scammer 'homecleaningMY' ni. Aku tahu mereka guna nama lain juga tapi modus operandi yang sama," kongsinya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 2,400 retweet.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain