suria

Sambut raya dalam bas, pemuda sebak kejutan adik-beradik... reda Aidilfitri tanpa mak ayah

Nasrul sebak apabila mendengar takbir raya di dalam bas.

PENGUMUMAN tarikh 1 Syawal pada 2 Mei lalu menyebabkan ramai yang tidak sempat membuat persiapan dalam tempoh kurang 24 jam.

Ada pula yang terpaksa bekerja pada hari raya pertama berikutan cuti yang dimohon bermula 3 Mei iaitu tarikh jangkaan awal sambutan Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalendar 2 versi! Kelam-kabut semua orang buat persiapan raya, memang mengejutkan tapi bukan pertama kali berlaku

ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri! Wanita trauma lelaki misteri muncul dari almari bilik hotel, ketukan pintu tengah malam cetus tanda tanya

Dalam kekalutan itu, ada yang terpaksa 'meraikannya' di dalam bas gara-gara tiket dibeli lebih awal mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Begitulah yang dilalui seorang pemuda berusia 27 tahun apabila Hari Raya Aidilfitri disambut bersendirian dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di utara tanah air.

"First Syawal beraya dalam bas, apa ada hal! Tunggu sampai Kedah, aku spam gambar raya," katanya menerusi video yang dikongsi di laman sosial.

Berkongsi pengalaman kepada mStar, Nasrul Iswan Shariff berkata, dia sepatutnya pula pada 2 Mei berdasarkan semakan tarikh raya di kalendar adalah 3 Mei.

Namun, dia tidak menyangka bahawa tarikh perjalanan itu jatuh pada hari raya yang sebenar.

Sambutan keluarga membuatkan Nasrul terharu.

Sambutan keluarga membuatkan Nasrul terharu.

"Saya sudah booking tiket seminggu awal sebab pada masa tu memang tengok kalendar, 1 Syawal jatuh pada 3 Mei.

"Tapi, tiba-tiba umum awal, menyebabkan saya panik kerana tarikh tu jatuh pada hari perjalanan pulang ke kampung di Pantai Merdeka, Sungai Petani di Kedah," katanya ketika dihubungi.

Mengakui berasa terkilan dengan insiden yang tidak diduga, dia menjelaskan insiden itu pertama kali berlaku dalam sejarah hidupnya.

Kampung halaman berhampiran Pantai Merdeka

Kampung halaman berhampiran Pantai Merdeka.

Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, walaupun sedih 'beraya' di dalam bas, dia tetap bersyukur kerana jadual perjalanan tidak ditunda.

"Memang tertanya juga kenapa jadi macam ini. Lagi sedih apabila saya tengok media sosial, ramai yang muat naik gambar dan video bersama keluarga.

"Semua sudah berada di kampung halaman dan sambut dengan keluarga, tetapi saya masih lagi dalam bas. Dengar takbir pun dalam bas, memang sedih.

Gambar raya hanya berjaya dirakam pada 2 Syawal

Gambar raya hanya berjaya dirakam pada 2 Syawal.

"Tapi bersyukur juga sebab bas yang sudah booking tu jalan juga pada pagi raya," luahnya yang turut memakai baju Melayu ketika menaiki bas bagi merasai suasana 1 Syawal.

Tambahnya, ketika berada di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur, dia melihat ramai yang memakai baju tradisi seperti baju Melayu dan baju kurung.

Nasrul yang bekerja di Kelana Jaya di Selangor ini berkata, ramai yang masih beratur untuk membeli tiket pada saat akhir disebabkan raya 'pengumuman raya mengejut'.

Saya dikejutkan dengan sambutan ahli keluarga yang hanya terdiri daripada adik beradik dan ipar.

NASRUL ISWAN

Walaupun tiba lambat di kampung halaman, Nasrul tetap meraikan 1 Syawal dengan gembira bersama ahli keluarganya.

"Bas bergerak pukul 12 tengah hari dan kira-kira enam jam perjalanan ke Kedah. Masa sampai di stesen bas, abang yang ambil.

"Apabila sampai, saya dikejutkan dengan sambutan ahli keluarga yang terdiri daripada adik-beradik dan ipar. Mak dan ayah saya sudah lama meninggal dunia.

Sebahagian adik-beradik dan ipar Nasrul

Sebahagian adik-beradik dan ipar Nasrul.

"Mereka tunggu saya untuk bersalam-salaman yang selalu dilakukan pada pagi raya. Memang rasa terharu sangat dan saya turut mengalirkan air mata," ujarnya sebak.

Katanya lagi, sambutannya bersama adik-beradik diadakan secara sederhana di rumah pusaka arwah ibu.

Nastul berkata, menjadi tradisi keluarganya untuk berkumpul pada hari raya di rumah kampung tersebut.

"Selepas dua tahun tak jumpa masa raya, bila beraya semua menangis dan sedih. Tengok muka setiap seorang rasa gembira sangat," imbasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain