JIKA ditanya mengenai model kereta paling popular di Malaysia, rata-rata netizen pasti bersetuju bahawa Perodua Myvi adalah jawapannya. Namun sejak beberapa hari lalu, nama Perodua Bezza hangat menjadi perbualan warga Twitter kerana harganya yang berpatutan selain dikatakan menjimat penggunaan minyak. Lebih menarik, personaliti masakan KhairulAming turut mengakui selesa dan berpuas hati selepas menggunakan model kereta berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas produk kecil hati dipertikai tak beli Mustang, mak ayahnya dah cukup gembira naik Myvi ARTIKEL BERKAITAN: Plan balik kampung nak cari ketenangan, tapi sampai je Perlis Myvi terjun bendang... jejaka anggap memori terindah 2020! Di sebalik 'kemeriahan' pujian, tiba-tiba tular satu rakaman memaparkan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Perodua Bezza. Rakaman berdurasi 12 saat itu menujukan kereta berkenaan terbabas dan hilang kawalan sebelum melanggar konkrit pagar di tepi jalan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Video itu dipercayai dirakam pada Februari lalu, namun kembali tular selepas dikongsi di Twitter pada Ahad. "Perodua Bezza harga affordable, jimat minyak, big space. Tapi dari segi safety wise macam mana pula?" soal pemilik Twitter @Fiqqq_ahmad yang berkongsi video itu. KhairulAming turut berkongsi pandangannya yang berpuas hati menjadi sepanjang menggunakan Bezza. Video yang meraih lebih 240,000 tontonan itu ternyata memeriahkan lagi perdebatan warga Twitter mengenai model kereta berkenaan. Malah ramai dalam kalangan pemilik kereta turut tampil memberikan pandangan serta hujah masing-masing. "Bezza ni memang fokus lebih untuk kegunaan harian, ruang yang luas dengan tempat simpan barang yang luas tapi still kekalkan keselesaan. Safety okey je kalau bawa 120kmj ke bawah. Kesimpulannya jangan pandu laju masa jalan licin untuk mana-mana kereta... bukan Bezza je. NETIZEN "Susah nak tengok Bezza atas highway duduk slow lane, semua fast lane bawa macam 'pelesit' dengan kereta kurus tinggi tayar kecil. Tengok Bezza tibai corner pun aku boleh boleh mengucap panjang. "Aku pernah naik bezza, laju sikit rasa mahu melayang. Maaf aku perlu jujur sebab dah rasa tumpang orang. Aku lagi selesa naik Iswara kereta kebal," tulis beberapa individu. Namun menurut beberapa individu lain, kemalangan tetap akan berlaku jika kereta dipandu dengan tidak berhemah, malah ia tidak patut dikaitkan dengan model Bezza sahaja. Selain Myvi, Bezza juga menjadi pilihan ramai di negara ini kerana harganya yang berpatutan. "Semua pengeluar kereta dah study dan explore safety isu kereta masing-masing. Tapi apabila orang Malaysia bawa macam Formula One kat jalan, kereta macam kereta Batman pun boleh jadi hancur. "Jalan licin, corner, tak ada skill, bawa laju... bawa kereta mana-mana pun ke laut jadinya. Kesimpulannya, jangan bawa laju masa jalan licin untuk mana-mana kereta. Bukan setakat Bezza je. "Bagi yang consider nak beli Bezza, don't worry teruskan, ikut kemampuan masing-masing. Pastikan anda kenal kereta anda betul-betul behaviour atas jalan Tangkap layar komen netizen di Twitter. "Lain kereta lain cara handling (especially corner), lain safety features, jangan kita tengok kereta depan laju di corner kita pun nak follow," tulis beberapa individu lain. Akhir kata, tak kisahlah model kereta apa pun yang anda bawa, pandulah dengan cermat kerana malang tidak berbau. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI