suria

Adik-adik lelaki suka berkepit, kakak kongsi jiran pernah salah anggap hubungan akrab... buat laporan bukan mahram tinggal serumah

Dua adik lelaki dan dua adik sepupu Syafila kini menetap bersamanya di Bandar Sri Permaisuri.

BERTUAHNYA jika hubungan adik-beradik rapat seperti isi dan kuku.

Lebih bertuah jika lengkap dengan 'pakej' akrab dan sekepala, seperti mana hubungan Syaidatul Nurul Syafila Zulkifli dengan adik-beradiknya.

Hubungan mereka yang akrab sejak kecil terbawa-bawa sehingga masing-masing sudah besar panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Peluk cium adik-adik di awal pagi, ramai hiba lihat pelajar berjubah serban... sejuk perut ibu mengandung, anak sukarela nak masuk tahfiz

ARTIKEL BERKAITAN: Adik terkenang kebaikan kakak... sanggup datang dari jauh, rela tiada gaji 8 hari demi bantu hadapi trauma pasca banjir

Malah mereka adik-beradik memilih untuk tinggal serumah sejak sama-sama merantau ke ibu kota sehingga kini, walaupun Syaidatul Nurul Syafila sendiri sudah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu.

"Kami memang rapat dari kecil, satu famili rapat. Kami mak ayah dah bercerai dan dua-dua dah kawin lain tapi masih rapat. Alhamdulillah ibu tiri dan ayah tiri baik.

"Saya anak kedua daripada enam adik-beradik. Adik-adik saya semuanya lelaki dan sampai sekarang walaupun dah besar, masih berkepit dengan saya... tak sempat nak cari kawan rapat perempuan.

"Kami duduk serumah adik-beradik sampailah saya dah kahwin. Pernah ada isu jiran lapor sebab ingat kami ni bukan mahram, lelaki perempuan masuk rumah... rupa-rupanya mereka baru tahu kami adik-beradik.

adik 1

Adik-beradik Syafila sering meluangkan masa melakukan aktiviti riadah bersama-sama.

"Sekarang ni hanya dua adik sahaja tinggal dengan saya, dan dua adik sepupu yang memang rapat. Dua lagi adik lelaki saya sudah pindah ke Perak selepas dapat bekerja sebagai penjawat awam. Tapi setiap hujung minggu mesti datang rumah saya," cerita wanita berusia 34 tahun ini yang menetap di Bandar Sri Permaisuri.

Membesar dengan adik-adik lelaki yang 'sempoi' dan gila-gila, wanita yang senang disapa sebagai Syafila ini berkata, pelbagai idea luar kotak 'diterokai' bersama-sama.

Antaranya, gelagat mereka yang 'gigih' bersahur di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebagaimana video yang dikongsikan di aplikasi TikTok sehingga meraih 1.3 juta jumlah tontonan.

adik 4

Adik-adik dan adik sepupu Syafila menjadi pengiring ketika majlis perkahwinannya.

Siapa sangka, disebabkan video tersebut, seorang pemilik restoran berbesar hati menaja hidangan berbuka puasa untuk mereka sekeluarga kerana tersentuh melihat keakraban hubungan mereka adik beradik.

Malah menurut Syafila, setiap kali tibanya lebaran, mereka akan berkonvoi pulang ke kampung yang terletak di Sungkai, Perak, bersama-sama.

"Kami tak pernah balik asing... mesti balik sekali walaupun yang tunggang motosikal.

Adik-adik saya semuanya lelaki dan sampai sekarang walaupun dah besar, masih berkepit dengan saya... tak sempat nak cari kawan rapat perempuan.

SYAIDATUL NURUL SYAFILA ZULKIFLI

"Setiap kali raya, mereka juga ada tugasan masing-masing iaitu mengemas rumah orang tua kami, memasang pelita dan menyediakan buluh untuk buat lemang.

"Manakala tugasan di dalam rumah pula dilakukan oleh saya dan kakak sulung," ujar ibu kepada seorang cahaya mata berusia empat tahun ini.

Tidak menyangka videonya meraih sehingga melebihi satu juta jumlah tontonan, Syafila berkata dia terharu apabila membaca komen netizen yang rata-ratanya positif dan mendoakan mereka.

adik 3

Keakraban hubungan adik beradik Syafila yang sering dikongsikan di TikTok menarik perhatian seorang pemilik restoran yang bermurah hati menaja juadah berbuka puasa, baru-baru ini.

"Apa yang boleh saya kongsi adalah mesej tentang menghargai keluarga masing-masing. Kenapa kita perlu rapatkan hubungan adik-beradik?

"Kerana apa-apa, adik-beradiklah yang akan ada susah dan senang. Merapatkan silaturahim adik-beradik insyaAllah pasti akan ada rezeki Allah nak bagi. Ciptalah momen bersama selagi masih ada peluang," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain