suria

Sampai terkopek cat! Gadis luah rasa terkilan di TikTok, dakwa kenderaan polis langgar keretanya depan Pavilion

Kereta milik Maria dikatakan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan polis.

BAHAYA ada di mana-mana sahaja.

Walaupun kita sudah berhati-hati dalam pemanduan, namun ada pula pihak lain yang cuai dalam pemanduan.

Begitulah apa yang diceritakan kepada mStar oleh Najihah Balqis, 24, yang mana dia mendakwa keretanya telah dilanggar oleh sebuah kenderaan polis dipercayai sedang mengiringi golongan kenamaan dalam kejadian di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dakwa difitnah buat laporan polis... terkejut dikait dengan pensyarah viral, tuntut pelaku mohon maaf!

ARTIKEL BERKAITAN: Polis escort TMJ dapat tabik hormat, dahulukan ambulans... Netizen puji, patut jadi contoh utamakan nyawa

"Kejadian tu depan lampu isyarat depan Pavilion masa saya nak pergi Time Square. Keadaan sangat sesak penuh dengan kereta dekat atas jalan.

"Sebelum kena langgar, ada satu motosikal polis lalu depan saya kemudian ada sebuah kereta yang saya kurang pasti jenis apa terus 'pancung' masuk lorong saya. Saya terus tekan hon dekat kereta yang kurang berhemah tu. Kemudian, polis yang naik motosikal tadi tu suruh kami pergi ke tepi bahagian kiri jalan.

"Tiba-tiba ada satu kereta polis jenis Proton X70 lalu dari belakang dan langgar kereta saya bahagian belakang belah kiri. Saya tak tahu dia escort siapa tapi jalan memang tengah sesak waktu tu. Anggota tu tetap suruh beri laluan juga untuk mereka lalu," katanya ketika dihubungi mStar.

Lebih senang disapa Maria, katanya, kereta yang melanggarnya tidak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan setelah lampu isyarat bertukar warna hijau, dalam kejadian pada 14 Mei lalu.

Dia yang menetap di ibu kota berkata, walaupun hanya satu perlanggaran kecil namun dia tetap risau dan terkejut dengan apa yang berlaku

Bimbang dengan tahap kerosakan pada keretanya, dia terpaksa berhenti di bahu jalan untuk melihat jika terdapat kerosakan serius terhadap kereta jenis Honda Jazz miliknya.

Kereta yang melanggar Maria.

"Bila saya turun dan tengok kereta, ada bahagian cat yang sudah terkopek sebab kena langgar. Saya ada rakam guna dashcam kereta jadi saya ada bukti mengenai kejadian yang berlaku.

"Ada juga orang yang salahkan saya lepas tengok video tu. Mereka cakap saya tak beri laluan untuk kereta tu jalan sedangkan saya bagi je ruang tapi memandangkan jalan tengah sesak, pergerakan kereta jadi terhad sebab masa tu jam 11 malam.

"Setelah kejadian tu, tak ada pihak berhubung dengan saya pun. Sebarang permohonan maaf pun tak ada saya terima. Mungkin keadaan masa tu tak mengizinkan untuk minta maaf sebab tengah bertugas," katanya, kesal.

Gadis ini mendakwa keretanya dilanggar oleh kenderaan polis.

Maria kemudian mengambil keputusan untuk membuat laporan polis terhadap individu yang telah melanggarnya di Balai Polis Trafik Jalan Tun Hs Lee, Kuala Lumpur.

Menurut Maria dia tidak menyalahkan pihak polis 100 peratus tetapi lebih kepada berasa terkilan dengan apa yang berlaku.

Berikutan video yang menjadi tular sehingga meraih lebih 500,000 jumlah tontonan di TikTok, gadis ini berkata tujuan video berkenaan dibuat bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau memalukan mana-mana pihak.

"Tujuan saya post video tu dekat TikTok bukanlah untuk popular atau aibkan malah memburukkan mana-mana pihak atau anggota polis. Saya cuma mahukan keadilan yang sepatutnya saya terima sebab saya rasa diri tak bersalah.

Maria tidak menyalahkan pihak polis 100 peratus dalam kes ini.

"Bila saya post rakaman tu pun, ramai yang berkongsi cerita bahawa mereka juga pernah alami perkara sama namun tidak mendapat sebarang keadilan atau pembelaan.

"Memang nampak macam sikit tapi saya cuma mahukan keadilan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain