suria

Lantai tandas berdaki, ‘quilt cover’ koyak cara hotel 5 bintang ini sambut pelanggan... Wanita serik bayar mahal tapi servis ‘hancur’

Pelanggan berkenaan kecewa dengan tahap kebersihan bilik hotelnya.

HANYA gah pada nama namun semuanya indah khabar daripada rupa.

Itulah kesimpulan daripada pengalaman seorang wanita selepas menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang, baru-baru ini.

Menurut wanita berkenaan, dia membuat tempahan penginapan di hotel yang terletak di lokasi tumpuan di Pahang untuk tiga hari dua malam dengan harga RM498 bagi bilik jenis deluxe twin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempah hotel diberi rating tinggi, pulang bagi reviu 0! Pelanggan ‘disambut’ mangkuk tandas ada najis, selimut ada tompok merah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kongsi kejadian tak disangka menginap di hotel... deposit hangus sebab titik kecil darah, dapat bawa balik cadar untuk kenangan

Tambahnya, ia bukan kali pertama dia menginap di hotel berkenaan setiap kali bercuti di lokasi tersebut kerana bertaraf lima bintang selain kedudukannya yang amat strategik.

"Tengah-tengah bandar, senang nak pergi mana-mana. Opposite ada E****** Mall, boleh jalan kaki je and banyak tempat makan dekat luar hotel within walking distance.

"Bilik besar, spacious sangat and aircond sejuk," tulisnya menerusi satu hantaran yang dikongsikan di laman Facebook Hotel Review Malaysia.

hotel 2

Kesan kotoran pada cadar.

Namun pengalaman penginapan di hotel berkenaan baru-baru ini membuatkan wanita tersebut terpanggil untuk meluahkan rasa kecewa sekaligus memberi teguran agar pihak yang berkenaan tidak memandang remeh soal perkhidmatan, sesuai dengan taraf lima bintang.

"Yang tak best, toilet kotor. Shower area dan juga sinki tak sental betul-betul. Nampak daki-daki hitam (grime) dekat dinding, lantai shower and sinki. Jijik gila.

"Hari kedua, balik dari luar, bilik dah kemas. Tapi nampak salah satu daripada katil, dia punya quilt cover tu obvious sangat koyak besar!!! And ada stains okay!

"Kettle macam tak pernah basuh, penuh habuk dekat cover. Fridge tak on masa check-in, kena buat sendiri lepas tu sampai malam pun tak sejuk-sejuk. Rupanya pintu fridge tu tak boleh tutup rapat.

hotel 3

Review yang ditinggalkan pelanggan berkenaan di Facebook.

"Minta pinggan dan cutlery sebab beli makanan dekat luar tapi F&B cakap polisi hotel tak bagi dekat customer. Mereka juga tak isikan semula kopi dan teh. Internet percuma tapi tak stabil," demikian riviu yang ditulis wanita berkenaan.

Bukan itu sahaja, menurutnya hidangan untuk sarapan pagi juga tidak berbaloi dan tidak sepadan dengan sebuah hotel yang mendapat pengiktirafan lima bintang.

"Makanan biasa-biasa aje, better makan dekat luar. Tak macam standard 5-star hotel," tulisnya lagi.

Secara keseluruhan, wanita tersebut hanya memberi rating dua bintang terhadap pengalaman penginapannya di hotel berkenaan.

Tandas macam tak cuci, berlumut, licin. Bilik berhabuk. Quilt dan bantal berbau. Karpet berhabuk teruk.

NETIZEN

"Overall kecewa sebab ***** hotel ni 5-star hotel tapi kotor dan tak jaga standard. Memang suka duduk hotel ni tiap kali datang Kuantan tapi disappointed kali ni," tulisnya lagi.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya turut bersetuju dengan riviu wanita berkenaan kerana menyifatkan aspek kebersihan adalah perkara utama yang tidak boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi bagi sebuah hotel bertaraf lima bintang.

Malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman serupa ketika menginap di hotel yang sama.

hotel 1

Cerek elektrik yang berhabuk dan sinki yang tidak disental.

"Aku akan check-in tiap-tiap tahun.. Tapi tahun lepas yang terakhir. Aku terpaksa tukar bilik tiga kali atas faktor kebersihan. Tandas macam tak cuci, berlumut, licin. Bilik berhabuk. Quilt dan bantal berbau. Karpet berhabuk teruk," komen seorang netizen.

"Pertama dan terakhir. Bilik memang tak best, cuma makanan saja okey," komen netizen lain pula.

"Kalau ada kawan dari luar nak datang memang aku tak rekomen hotel ni," komen yang lain pula.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain