suria

Nasib baik tak berkecai cermin! Video pemandu perempuan ‘double park’ bikin ramai panas hati... Geram 30 minit kena ‘sidai’

Seorang wanita memarkir keretanya di hadapan kenderaan lain tanpa meninggalkan nombor telefon atau melepaskan hand-brake.

ISU kekurangan parkir di kawasan hospital kerajaan bukanlah sesuatu perkara baharu.

Disebabkan masalah ini, orang ramai yang berurusan sama ada mahu mendapatkan rawatan ataupun menziarahi pesakit, terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan atau 'double park'.

Baru-baru ini tular di laman sosial satu video memaparkan seorang wanita terpaksa menunggu lama gara-gara keretanya dihalang oleh sebuah kenderaan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas tegur sampai bermasam muka, apa nak buat kalau jiran kemaruk letak kereta depan rumah kita? Ini jawab peguam hartanah

ARTIKEL BERKAITAN: Pertembungan 'team 20 rakaat dan 8 rakaat'... Ramai puji langkah bijak Masjid Wilayah Persekutuan!

Lebih menyusahkan, pemilik kenderaan berkenaan langsung tidak meletakkan nombor telefon atau membiarkan brek tangan dilepaskan.

Menerusi video berdurasi 58 saat yang dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kereta wanita berkenaan, jelas kelihatan sebuah kereta berwarna merah diparkir di hadapan kenderaannya.

Tidak lama kemudian, kelibat dua wanita bersama seorang kanak-kanak menghampiri kereta tersebut.

Pemandu kereta tersebut hanya mengangkat tangannya, sebelum wanita berkenaan bersuara dan cuba menegur tindakan kurang berhemahnya yang tidak meninggalkan nombor telefon.

double park 1

Pemandu wanita berkenaan sempat menyusun barang-barangnya di tempat duduk belakang.

"Kami nak balik cepat ni, janganlah selfish sangat... saya ada hal. Nak block boleh, letaklah nombor telefon. Disebabkan puan, saya terlepas banyak perkara," kata wanita berkenaan.

Kedengaran pemandu tersebut membalas kata-kata wanita tersebut dengan ungkapan "sorry" sebelum mengalihkan keretanya dan berlalu pergi.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada 23 Mei lalu, sekitar pukul 4.51 petang sebagaimana paparan pada dashcam.

double park 2

Perkongsian yang tular di Twitter.

Menerusi ruangan komen, didakwa kejadian itu berlaku di kawasan parkir Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, Johor.

Sementara itu dalam satu perkongsian di Twitter dipercayai dimuat naik oleh suami kepada wanita berkenaan, disebabkan sikap pemandu tersebut, isterinya terpaksa menunggu sehingga 30 minit.

Orang yang menyusahkan urusan orang ni, nanti mereka pula disusahkan.

NETIZEN

"Tolonglah letak nombor telefon kalau double park. Wife marah owner tu pun sampai nak menangis. Sebab banyak urusan tergendala, terutama nak ambil anak sekolah. Nasiblah wife yang hadapi situasi ni... boleh sabar sampai 30 minit tunggu. Kalau orang lain, dah boleh berkecai cermin tu," tulis individu berkenaan.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyelar sikap pemandu tersebut yang disifatkan mementingkan diri sendiri.

double park 3

Antara komen netizen pada perkongsian video berkenaan yang rata-ratanya menyelar pemandu wanita tersebut.

"Tak ada hati perut! Kalau double park, jangan santai-santai.

"Dah la block kereta orang, lepas itu terhegeh-hegeh. Lambat betul.

"Terhegeh-hegeh macam siput ba**. Orang yang menyusahkan urusan orang ni, nanti mereka pula disusahkan," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain