suria

Terpengaruh ramai orang kata sedap, wanita bawa pulang sup perut penuh tahi selepas bayar RM20... peniaga kata ‘itu lemak’!

Aduan seorang pelanggan yang kecewa tular di laman Facebook.

TAUBAT dah tak nak makan sup perut macam ni.

Demikian komen seorang netizen di Facebook berhubung kisah tular hidangan sup perut yang didakwa dipenuhi dengan najis.

Kisah itu meraih perhatian netizen selepas seorang pelanggan wanita berkongsi luahan hatinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Akak ni beli Mee Tonggek viral RM30 dengan sotong, tapi jumpa banyak ulat... Netizen syak gerai disihir, PPj dah ambil tindakan!

ARTIKEL BERKAITAN: Panas! Pengusaha bazar Ramadan ditegur jangan recycle makanan, cheese leleh tak payah... peniaga lelaki sila bercukur, ada mengadu setiap tahun jumpa bulu

Dakwa wanita itu, segalanya bermula apabila dia mengesan bau busuk ketika mahu memanaskan hidangan berkenaan di rumahnya.

Lebih menjijikkan, dia turut menemui bahan aneh berwarna hijau yang didakwa sebagai najis di dalam ketulan perut lembu berkenaan.

"Beli sup perut dengan harga RM20. Kononnya kedai tu ramai orang kata sedap. Jadi kita pun terliur try lah beli.

tahi2

Foto sup perut yang dikongsi wanita itu.

"Beli bungkus nak makan kat rumah. Time nak panaskan sup tu bau busuk. Tengok ada dua ketul perut bulat penuh tahi," ujarnya.

Menurut pelanggan itu, dia turut menghubungi peniaga sup perut berkenaan, namun mereka menafikan tuduhan tersebut.

"Call peniaga dia kata tu lemak dalam perut. Macamlah kita ni tak pandai beza lemak dengan tahi," ujar pelanggan itu lagi.

Time nak panaskan sup tu bau busuk. Tengok ada dua ketul perut bulat penuh tahi.

PELANGGAN

Selain Facebook, kisah berkenaan turut tular ke laman Twitter.

Pelanggan itu turut berkongsi beberapa foto sup perut berkenaan sehingga ia dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Rata-rata pelayar media sosial turut berasa geli melihat foto tersebut, malah turut menggesa para peniaga agar lebih peka soal kebersihan.

"Begitulah orang jual sup perut dia pun nak jual juga. Kalau tak pandai, tanya orang. Aniaya pembeli, najis kot.

tahi3

Antara komen netizen di Facebook.

"Pergi balik ke kedai tu, tunjukkan depan matanya, lemak ke tahi? Suruh dia rasa.

"Tu tahi lembu. Lemak bukan begitu. Hantar balik dekat kedai tu.

"Rumput tu, belum proses jadi tahi. Kira macam herba la tu," tulis seorang lagi individu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain