suria

Owner hidup mewah pandu Honda, pakai barang branded... Pembantu taska kecewa gaji rendah, kerja hampir 12 jam dibayar RM1,200

Seorang pembantu taska meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai isu gaji yang masih tiada penyelesaian. Gambar hiasan

BEKERJA hampir 12 jam namun gaji yang diterima langsung tidak setimpal!

Demikian luahan yang dilontarkan seorang pengguna media sosial mengenai nasibnya dan kebanyakan individu yang bekerja sebagai pembantu taska.

Menurut hantaran yang dikongsikan, individu tersebut mendakwa pembantu taska sudah lama dibelenggu isu gaji yang disifatkan sangat rendah dan tidak mengikut garis panduan pelarasan gaji minimum.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rela putus tunang selepas dapat tahu gaji bakal suami RM1,100! Ramai sokong, jangan kahwin kalau tak mampu

ARTIKEL BERKAITAN: “Seolah-olah tidak ada nilai” - Gaji ciput, penuntut bimbang kejuruteraan jadi kursus tak berfaedah

"Kenapa pembantu taska tak boleh terima gaji minimum macam orang lain? Sebelum ini gaji minimum RM1,200, pembantu taska dapat RM1,000 sahaja,

"Ada tempat yang terima kurang daripada itu. Mulai bulan ini gaji minimum naik RM1,500 (namun) kami hanya dapat naik RM1,200," luahnya.

taska 1

Luahan seorang individu mengenai nasib pembantu taska.

Lebih membuatkannya terkilan, hal yang berbeza pula dilalui oleh pemilik taska yang didakwanya menjalani kehidupan mewah hasil yuran yang dikenakan terhadap kanak-kanak.

"Owner taska ambil bayaran seorang budak RM300 hingga RM1,000. Kalau dikira jumlah sebulan boleh cecah RM10,000 hingga RM25,000.

"Owner pakai kereta Honda dua hingga tiga buah, pakai barang branded sana sini. Tapi gaji bangla (Banglades) buruh lagi tinggi daripada kami staf taska.

"Sudahlah gaji sesetengah taska ada yang bayar guna personal account sahaja walaupun taska besar megah. Kerajaan memang tak boleh buat apa-apa ke?," luahnya lagi.

Tambahnya lagi, bebanan kerja yang kadang kala menjangkau sehingga 12 jam sehari tanpa bayaran kerja lebih masa atau overtime berserta isu gaji yang tidak mendapat pembelaan sedikit sebanyak membuatkan golongan sepertinya tertekan.

taska 2

Menurut individu tersebut, pembantu taska bekerja hampir 12 jam sehari dengan gaji yang kurang daripada RM1,200. Gambar hiasan

"Kerja kami lagi stres sebab menguruskan budak-budak. Guna tenaga dan mental.

"Yang mula-mula kerja memang semua suka budak-budak, tapi lama-lama stres gaji sangat tak setimpal dengan apa yang kami hadap setiap hari," tulisnya lagi.

Luahan yang disuarakan individu tersebut meraih perhatian dan mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya turut melahirkan simpati dengan nasib yang dialami individu berkenaan.

Jumpa pemilik taska. Luahkan perasaan ketidakpuasan hati kamu. Jika tak dapat perhatian, bagi notis berhenti.

NETIZEN

"Kalau report dekat Jabatan Buruh mesti sangkut punya. Tak ada perikemanusiaan ke? Pakai gelang besar-besar hak pekerja dinafikan.

"Jumpa pemilik taska. Luahkan perasaan ketidakpuasan hati kamu. Jika tak dapat perhatian, bagi notis berhenti. Lepas tu offer dekat ibu bapa siapa nak hantar anak, boleh hantar ke rumah kamu.

"Pernah kerja taska, memang gaji murah gila RM500 je. Seawal pukul 6.30 pagi kena ada di taska, balik pukul 6.00 petang. Jaga baby berapa orang, memang letih. Sebulan je kerja kemudian berhenti," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada antara netizen mencadangkan pembantu taska yang berdepan dengan isu sedemikian untuk mencari pekerjaan lain agar tidak tertekan seterusnya menjadikan kanak-kanak sebagai tempat melepaskan marah.

Untuk rekod pelaksanaan gaji minimum RM1,500 mula dilaksanakan di negara ini pada 1 Mei lalu.

taska komen

Antara komen netizen terhadap perkongsian individu tersebut.

Berdasarkan warta kerajaan berhubung hal itu, kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan dan sebagainya berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022.

Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja adalah sebanyak RM1,500 atau berdasarkan bilangan hari bekerja dalam seminggu.

Jika enam hari bekerja, pekerja itu harus dibayar RM57.69 sehari, RM69.23 sehari (lima hari bekerja) dan RM86.54 sehari (empat hari bekerja) dengan setiap jam bersamaan RM7.21.

Berhubung seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok, tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain