KEBANYAKAN ibu bapa akan memanfaatkan waktu cuti persekolahan dengan membawa anak-anak berjalan sama ada ke pusat peranginan mahupun pulang ke kampung halaman. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengisi masa terluang dengan bermain di taman-taman tema di samping mengunjungi zoo dan safari. ARTIKEL BERKAITAN: Samseng habis! Sudahlah berdiri di laluan ‘New Zealand’, rider ada hati nak hempuk kereta ARTIKEL BERKAITAN: Kenali 10 lokasi viral di Selangor... Ambil peluang bawa anak-anak ketika cuti sekolah Maka tidak hairanlah apabila kawasan tumpuan pelancong sentiasa sesak dengan kunjungan orang ramai terutama pada musim cuti sekolah. Disebabkan itu, sudah tentulah berlaku beberapa insiden yang tidak disenangi. Status yang dibuatnya di halaman Facebook. Seperti yang dialami Camin Rozlan, dia dan keluarga terpaksa beratur panjang walaupun sudah membeli tiket masuk secara dalam talian. Selain meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial, dia turut mempersoalkan kenapa pembelian secara online perlu beratur di kaunter bagi mendapatkan tiket. "B***h punya sistem... dah beli tiket online pun tak guna, tetap kena beratur dekat kaunter untuk redeem tiket. Apa punya b*****g sistem. "Beli online kemudian kena beratur sampai dekat dua jam," luahnya di Facebook. Difahamkan, dia dan keluarga mengunjungi salah sebuah lokasi tumpuan di Selangor yang terkenal dengan permainan air. Perkongsiannya itu kemudian mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain. Taman tema antara lokasi tumpuan pada musim cuti persekolahan. Malah rata-ratanya mengalami situasi yang sama dengan Camin Rozlan. "Sama pernah kena dulu... dia punya beratur sama macam KLCC kalau tinggikan barisan tu. "Saya kena masa musim wabak Covid-19. Beli online mudah la urusan... rupanya menakung duduk dalam tu. Sekali sahaja la pergi sana. "Saya pun beli tiket online semalam (Sabtu) untuk tujuh beranak. Bila sampai situ panjang sangat beratur. Tak kuasa nak hadap... dua tiga kali pusing cari tempat parking, suami cakap tak payah... akhirnya pergi Waterworld i-City dan masa nak masuk pun tak ramai sangat. "Aduh, terkena hari ini (Ahad). Ingat datang pukul 10 tak ramai orang. Akhirnya saya pun pergi i-City... Alhamdulillah tak ramai orang walaupun tempat main tak banyak tapi boleh la," ujar beberapa netizen. Warganet turut berkongsi masalah sama yang dihadapi di lokasi tumpuan yang lain. Ada yang menyatakan sistem pelaksanaan yang digunakan lemah sehingga menyebabkan perkhidmatan secara dalam talian bertukar kepada kaedah konvensional iaitu beratur membeli tiket. Menyusuri ruangan komentar di posting berkenaan, beberapa lokasi tumpuan pelancong juga dilihat berdepan dengan situasi sama. Sama Zoo Negara... beli tiket online sampai sana kena beratur juga. WARGANET "Sama juga tadi pergi Aquaria KLCC. Dah beli tiket online pun sama kena beratur, jahanam menunggu, beratur bagai nak gila akhirnya kena pusing balik beratur ambil nombor giliran. Tunggu turn dua jam nak masuk... masuk pula orang penuh, stress gila. Sumpah sekali seumur hidup kali ni saja aku masuk. "Sama Zoo Negara... beli tiket online sampai sana kena beratur juga," ujar warganet yang menghadapi situasi sama di lokasi berbeza. Status yang dibuatnya di halaman Facebook. Selain menyifatkan ia sebagai membazir masa, beberapa individu juga menyatakan ia turut membazirkan wang kerana mereka tidak berpeluang masuk sedangkan tiket sudah dibeli secara dalam talian. Mana tidaknya, siapa yang sanggup beratur lebih dari dua jam hanya untuk menebus tiket yang telah dibeli secara online. Dalam pada itu, ada yang menyarankan supaya ibu bapa merancang percutian dengan sebaiknya dan mengelakkan waktu cuti umum seperti sekarang. "Aquaria KLCC memang tak sesuai datang semasa cuti umum dan hujung minggu. Memang tengok orang daripada ikan... sesak lemas dalam tu, dah pernah kena jadi selepas ni memang tak nak datang pada waktu cuti... tak puas tengok ikan," tambahnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI