suria

Lelaki merungut kena buat ujian HIV sebelum nikah, netizen bimbang geng ‘celup’ sana sini! Amal seks bebas kemudian sebar penyakit

Seorang individu dikecam dan dilabel 'geng celup' gara-gara menyindir langkah mewajibkan ujian saringan HIV sebelum berkahwin.

SETIAP pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti tidak menang tangan melakukan persiapan dalam tempoh beberapa bulan sebelum hari bahagia menjelang tiba.

Selain memikirkan perihal dokumentasi, makanan, busana, pelamin, solekan dan sebagainya, satu perkara yang wajib untuk diuruskan adalah ujian saringan HIV.

Untuk makluman, mulai tahun 2009 ujian saringan HIV bagi bakal pengantin dalam kalangan orang Islam adalah diwajibkan sebelum melakukan pernikahan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak jadikan dia isteri tapi saya seorang PLHIV” - Hidap HIV selepas terlanjur dengan rakan sekampus, jurutera teruja bakal timang anak

ARTIKEL BERKAITAN: Sentuh anak HIV/AIDS tanpa sarung tangan, wanita ini dituduh buat CSR cari penyakit... Ada sebab berani tak pakai ‘glove’

Baru-baru ini laman sosial Twitter 'meriah' dengan perdebatan mengenai kewajipan pasangan melakukan ujian saringan berkenaan.

Ia bermula apabila seorang pelayar laman berkenaan mengeluh kerana menyifatkan prosedur pernikahan di negara ini agak rumit.

hiv 2

Ciapan seorang invidu yang menjadi perdebatan hangat di Twitter.

"Entah la siapa yang buat prosedur untuk bernikah kat Malaysia ni. Jumpa kat akhirat nanti ya," tulisnya.

Ciapan berkenaan meraih sehingga melebihi 5,000 retweet, di samping komen-komen netizen lain turut bersetuju dengan pandangannya, terutama apabila perlu melengkapkan pelbagai dokumen dan mendapatkan cop pengesahan di banyak lokasi.

hiv 1

Netizen 'menyerang' individu yang mempertikaikan langkah mewajibkan ujian saringan HIV sebelum berkahwin.

Pelayar berkenaan juga seolah-olah menyindir langkah Malaysia mewajibkan ujian berkenaan untuk setiap pasangan yang bakal berkahwin, menurutnya dalam satu ciapan berasingan.

"Hahahaha. Jangan lupa HIV test," tulisnya lagi.

Bagaimanapun, ciapan tersebut menyaksikan pelayar berkenaan 'diserang' bertalu-talu oleh warga maya yang nyata berang kerana mempertikaikan perkara tersebut.

Orang sekarang ni ramai yang sebelum kawin dah celup sana sini. Pasangan ada hak untuk tahu tahap kesihatan masing-masing.

NETIZEN

"HIV test tu sepatutnya diwajibkan dari awal lagi. Orang sekarang ni ramai yang sebelum kawin dah celup (istilah bagi perbuatan zina atau seks bebas) sana sini. Pasangan ada hak untuk tahu tahap kesihatan masing-masing. Ujian talasemia pun patut buat juga," komen @delinameliora.

"Benda lain banyak nonsense tetapi bukan ujian saringan HIV. Tahu tak dekat negara jiran yang tak wajib HIV test, ramai orang actually nak je tahu bakal pasangan dia clean ke tak, tapi jadi stigma dan sensitif nak minta buat test. Dekat Malaysia ni senang sebab memang wajib," komen @ainulmuzaffar.

hiv 3

Ujian saringan HIV diwajibkan sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan kepada pasangan. Gambar hiasan

"Pung pang sembang nak jumpa dekat akhirat bagai, tak nak buat HIV test untuk kahwin rupanya. Geng-geng celup sana sini tak kira laki perempuan suka la pejuang benda begini. Lepas tu sebarkan penyakit pada orang lain," komen @cptsan9 pula.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain