suria

Jiran memandai-mandai suap anak orang minum air berkarbonat! Ibu bengang perut bayi 10 bulan meragam, siap cirit-birit

Wanita tersebut kesal dengan tindakan seorang jiran yang memberi minum sedikit air gas kepada bayinya tanpa pengetahuannya. (Air berkarbonat sekadar gambar hiasan).

SEBAGAI ibu bapa, adalah normal untuk mereka bersikap sedikit cerewet dan protective apabila menyentuh mengenai hal pemakanan anak-anak.

Tidak semua makanan atau minuman boleh diberikan kepada mereka, lebih-lebih lagi jika si kecil berusia di bawah lima tahun.

Silap hari bulan, perut si kecil akan meragam malah tidak mustahil mereka terpaksa dirawat di hospital gara-gara 'disumbat' makanan yang bukan-bukan.

Hal yang serupa juga berlaku kepada seorang bayi perempuan ini sehingga perutnya meragam semalaman, gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab seorang jiran yang memberinya minum air berkarbonat.

Apa yang dikesalkan, tindakan tersebut dilakukan tanpa kebenaran ibu mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi nyaris maut minum sirap disuap ibu saudara... isi perut yang dimuntahkan benar-benar mengejutkan - “Kalau aku jadi mak pak baby ni aku report polis”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ingat nak dukung je” - Ibu nyaris hilang anak selepas nenek suap sedikit air masak, apa dilihat dalam imej x-ray amat mengejutkan

Bercerita mengenai insiden yang menimpa anak kecilnya, Anggun baru-baru ini, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Bee Naiscyaa berkata ketika itu dia meminta bantuan seorang jiran untuk menjaga bayinya yang berusia 10 bulan buat seketika.

"Saya turun di lobi bawah untuk ke kedai, kebetulan bertemu jiran yang sudah berumur pangkat makcik. Saya singgah sebentar dan bersembang. Saya minta tinggal sekejap sahaja untuk ke kedai di tepi lobi.

BABY 1

Bayi Bee Naiscyaa mengalami sakit perut dan cirit birit semalaman gara-gara diberi minum air berkarbonat. Gambar hiasan

"Apabila saya kembali menuju ke arah anak yang sedang duduk dalam stroller, saya nampak makcik tu suap sedikit air berkarbonat kepadanya. Terus saya berlari ke arah makcik itu dan tegur air gas tak elok untuk bayi.

"Dia jawab anak saya nak rasa sikit, tak banyak pun," cerita wanita berusia 27 tahun ini kepada mStar ketika mengimbas kembali insiden berkenaan.

Menurut Bee Naiscyaa, dia langsung tidak melengahkan masa lantas terus bergegas membawa anaknya pulang ke rumah dan memberinya minum air masak.

Anak menangis, meragam... waktu itu sudah malam dan suami masih bekerja. Belum pulang ke rumah lagi. Saya hanya mampu sapu minyak ubat sambil urut perut anak.

BEE NAISCYAA

IBU

Bagaimanapun, hal yang dibimbangi Bee Naiscyaa berlaku jua apabila anak tunggalnya mula menangis semalaman, disyaki akibat sakit perut dek minuman berkarbonat yang diminum sebelum itu.

"Anak menangis, meragam... waktu itu sudah malam dan suami masih bekerja. Belum pulang ke rumah lagi. Saya hanya mampu sapu minyak ubat sambil urut perut anak.

"Sambil tu saya sulam dengan air masak. Alhamdulillah tak lama kemudian dia tidur dan selepas cirit birit dia beransur pulih. Mujurlah dia sakit perut malam itu saja," kata wanita yang menetap di Alam Damai, Cheras.

BABY 2

Antara komen netizen yang berkongsi cerita pernah mengalami situasi yang hampir sama.

Ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini, kejadian tersebut secara tidak langsung membuatkannya sedikit trauma dan serik untuk berjumpa dengan orang.

"Apabila saya kongsikan dekat TikTok, kebanyakannya memang minta saya bertegas dan jangan biarkan anak kepada sesiapa.

"Daripada perkongsian itu juga, saya ingin tegaskan supaya orang kita sedar dan jangan bawa budaya yang tak masuk akal. Suap menyuap bukan satu trend dan boleh membawa maut.

"Kalau sesiapa suka suap menyuap bayi, tegur dengan cara yang tegas. Beritahu mereka kepentingan pemakanan yang sihat untuk kanak-kanak bawah dua tahun," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain