REZEKI Allah tiada siapa tahu dan datang tanpa diduga. Dalam kegembiraan seorang wanita mendapat perkhabaran bahawa dia mengandung, dia juga menerima berita buruk mengenai kehilangan suami tercinta tidak lama selepas itu. Ketika dihubungi mStar, Noor Adibah Abdul Rahman memperincikan kisah pilu kematian suaminya pada 20 Jun lalu sewaktu lelaki itu dalam perjalanan ke tempat kerja di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya dapat tahu hamil pada 7 Jun lalu selepas suami tiba-tiba tak sihat. Masa tu saya rasa pelik sebab dia jarang sakit. Terus tergerak hati nak buat ujian jadi saya check pregnancy test dan keputusan positif. "Bila dapat keputusan tu suami bawa saya pergi klinik untuk pengesahan. Alhamdulillah saya disahkan mengandung oleh doktor," katanya. Menurut Adibah, suaminya dijemput Ilahi kira-kira dua minggu selepas menerima perkhabaran gembira itu apabila dia meninggal jam 9.30 pagi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. "Pagi tu dia nampak biasa tak sakit pun. Tak ada tinggalkan apa-apa tanda yang pelik. Arwah sempat salam dan cium saya sebelum pergi site. "Kebetulan hari tu saya memang tak sihat dan tak pergi kerja. Biasanya kalau dah sampai site, dia memang akan beritahu saya dah sampai. Tapi pagi tu tak ada mesej. Jadi saya terus WhatsApp dia dan tanya dah sampai site ke belum sebab jarang dia tak inform," imbasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami meninggal ketika usia kandungan 26 minggu... mujur ada rakan baik, tempat anak menumpang kasih - "Haddad menangis tersedu-sedu nak ikut Sharis" ARTIKEL BERKAITAN: Suami tenang umum di TikTok Cik Non meninggal... tiada live pengebumian, mungkin tak tunjuk jenazah Menurut Adibah yang menetap di Batu Muda, Kuala Lumpur, selepas menghantar pesanan WhatsApp itu, dia kemudian menerima mesej balas yang mengejutkan daripada telefon suaminya. Setelah membaca mesej yang tak disangka-sangka itu, dia terus membuat panggilan dan menangis serta merayu-rayu kepada individu yang menghantar mesej balas tersebut. "Tiba-tiba saya dapat notis mesej daripada suami, suruh saya call emergency. Rupanya hamba Allah tu tolong balas dari notification telefon milik suami. Adibah sudah berkahwin lebih tujuh bulan dengan Firdaus. "Lepas baca chat, terus saya call dan ada seorang lelaki yang jawab panggilan. Dia tanya fasal hubungan dengan arwah. Saya jawab saya isteri dia. Saya tanya kenapa dengan suami saya, dia okay tak? Memang saya terus menangis masa tu. Dia terus tenangkan saya lepas beritahu husband accident langgar belakang kereta Myvi tak sedarkan diri. "Masa tu Allah je tahu betapa takutnya saya kalau kehilangan dia. Saya merayu minta lelaki tu untuk check nadinya tapi dia tak berani dan nak tunggu ambulans sampai. Tapi hati kecil saya dah berkata... suami aku dah tak ada ke," imbas Adibah. Selepas memberitahu ibu bapanya, Adibah yang baru mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Firdaus Norizan, 26, selama tujuh bulan ini terus ke tempat kejadian bersama adik lelakinya. Ketika dalam perjalanan, Adibah menerima panggilan memaklumkan bahawa Firdaus disahkan meninggal dunia. Punca kemalangan masih dalam siasatan lagi. Pihak keluarga pun tengah tunggu rakaman CCTV (kamera litar tertutup) sebab tak ada saksi yang tampil bagi keterangan. ADIBAH "Saya terus beritahu ibu ayah saya dan ibu mentua dan pergi ke tempat kejadian dengan adik lelaki. "Saya tahu lokasi arwah sebab memang kami ada track location masing-masing melalui aplikasi find my friend tu. Dalam perjalanan nak ke sana, saya dapat call dari ayah mengatakan suami saya dah tak ada. "Jadi bila sampai saja dekat tempat kejadian, saya tak mampu nak terima hakikat. Terus jadi lemah longlai nampak sekujur tubuh yang saya kenal sangat. Walaupun meninggal sebab kemalangan tapi arwah macam tidur saja tanpa sebarang luka. "Punca kemalangan masih dalam siasatan lagi. Pihak keluarga pun tengah tunggu rakaman CCTV (kamera litar tertutup) sebab tak ada saksi yang tampil bagi keterangan," kata Adibah lagi sambil menambah suaminya meninggal ketika anak mereka berusia tujuh minggu. Tangkap layar perbualan Adibah dan 'hamba Allah'. Susulan kematian suaminya, Adibah mengakui bimbang untuk meneruskan kehidupan bagi menguruskan rumah tangga bersama anak yang bakal dilahirkan. Walaupun tiada sebarang pesanan terakhir ditinggalkan, dia yang berkahwin pada 20 November 2021 berkata, malam sebelum meninggal suaminya telah membawanya ke sebuah tempat makan yang telah lama diidamkan serta membawa pulang dua bakul durian untuk adik-beradiknya. Berikutan perkongsian di TikTok, rata-rata netizen mendoakan serta memberi kata-kata semangat buat ibu hamil ini supaya tidak patah semangat kerana bimbang akan memberi kesan kepada kandungannya. Adibah kehilangan suami pada 20 Jun lalu. "Saya bersyukur sebab masih ada ibu ayah dan adik sebagai tempat bergantung. Mereka yang banyak bagi kata-kata semangat untuk teruskan kehidupan. Tak lupa juga makcik pakcik saya serta keluarga arwah yang sangat mengambil berat tentang saya. "Kawan-kawan baik pun setia menemani. Walaupun suami saya telah dijemput Ilahi, saya bersyukur sangat masih ada ibu ayah yang sentiasa mendoakan kesihatan saya. Ada orang lain ujiannya lagi berat... jadi itulah yang membuatkan saya terus melangkah. Lagipun, ada amanah yang perlu saya jaga. Arwah sempat tinggalkan zuriat untuk jaga saya. "Lepas post di TikTok, saya pun terkejut video tu viral. Bersyukur sangat baca semua doa yang orang sampaikan untuk saya. Ada juga beberapa orang yang memang senasib macam saya. Tapi saya hanya mampu baca sebab tak terbalas satu-satu," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI