KEMATIAN seorang bapa sudah tentu memberi kesan yang mendalam buat seluruh ahli keluarga. Begitulah yang dirasai gadis ini apabila dia menyaksikan sendiri bagaimana si ibu bekerja keras demi menyara dia dan adik-beradik yang lain. Ujarnya, dia sebagai anak sulung nekad untuk belajar dengan cemerlang sehingga mampu membalas jasa si ibu dan menyara dua adiknya. Gadis itu kini sedang mengikuti pengajian tahun kedua. (Gambar Hiasan) "Saya anak sulung dan perempuan. Ayah saya dah meninggal enam tahun lepas. Saya ada dua adik dan mak saya masih bekerja. Saya tengah ambil degree sekarang, baru tahun kedua," ujarnya memulakan bicara. Bagaimanapun, gadis itu berdepan dilema apabila diajak berkahwin pada usia muda, sekali gus menyekat impiannya untuk berbakti kepada keluarga. "Teman lelaki saya nak ajak kahwin secepat mungkin. Dia dah ada kerja stabil. Tapi saya rasa tersepit sangat sekarang. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dijemput masuk TV, ibu tampil ‘back up’ Kak Long... yakin anaknya dapat harumkan nama negara! ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam buat ‘review’, dapat banyak followers... Kak Long rayu peluang kedua demi cari rezeki "Saya nak kahwin tapi saya takut belum lagi sempat balas jasa keluarga saya, terutama sekali mak saya. Sebagai anak sulung, sudah tentu ada rasa bebanan untuk tanggung keluarga," ujarnya. Menurut gadis itu, dia yakin lelaki tersebut mampu menyaranya, namun dia risau sekiranya tidak dapat berbakti kepada keluarga. "Saya ada buat bisnes juga sikit-sikit. Mampu la untuk tanggung diri sendiri. Dan saya yakin sangat bakal suami saya mampu tanggung saya lepas kahwin. Bapa kepada gadis itu meninggal dunia enam tahun lalu. (Gambar Hiasan) "Tapi masalahnya saya takut saya belum lagi tertunaikan tanggungjawab saya sebagai anak sulung untuk keluarga. Jadi perlukah saya tangguhkan dulu kahwin tu, tunggu saya habis belajar je atau teruskan kahwin?" soalnya. Dedah gadis itu, dia dan lelaki berkenaan sudah bersama selama lapan tahun dan merancang untuk bertunang pada hujung tahun 2022. "Apa patut saya buat eh? Rasa tersepit sangat nak pilih untuk tanggung keluarga atau kahwin je?" ujarnya lagi. Saya nak kahwin tapi saya takut belum lagi sempat balas jasa keluarga saya. KAK LONG Gadis itu berkongsi luahan hati serta dilema yang dihadapi kepada pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya menerusi laman Twitter. Di ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi situasi sama yang dihadapi mereka. Malah, sebilangan netizen turut menyuarakan saranan agar wanita itu menamatkan pengajian terlebih dahulu demi masa depan yang lebih terjamin. "Habiskan belajar, kerja sampai dah stabil baru kahwin. Kalau teman lelaki nak tunggu lah, jodoh rahsia Allah. Berbakti pada ibu selagi boleh. Dah kawin memang boleh bantu tapi komitmen banyak. Dan jangan percaya laki seratus peratus. Banyak je jadi bila dah kawin, tak bagi bantu keluarga. Antara komen netizen di Twitter. "Lepas ayah meninggal, tanggungjawab jaga mak tu memang dah jatuh pada anak-anak, apatah lagi anak yang dah cukup umur. Teruslah berbakti tanpa fikir dah sempat balas jasa ke belum. Sebelum kahwin tu, bincang siap-siap terus dengan pasangan. "Mak selalu pesan belajar dulu bagi habis, lepas tu cari kerja tetap yang bagus. Kemudian baru kahwin. Sebab risau lepas kahwin nanti terus tak kerja, harapkan suami je. "Habiskan dulu belajar baru kahwin. Dah banyak terjadi kata tak apa mampu je lepas kahwin dan belajar, tapi realitinya terlalu sukar dan ramai yang kecundang. "Habiskan degree dulu. Marriage can wait. 10 tahun bercinta pun, bila dah kahwin bukan cinta yang bagi kau kenyang," tulis beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI